Genius aulad


Followers

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, April 10, 2016

Malang Tak Berbau: Awasi Anak di Rumah

Anak-anak kecil sememangnya mudah tertedah kepada kemalangan-kemalangan yang tidak terduga. Tidak kiralah sama ada kemalangan besar atau kecil, di dalam rumah mahupun di luar rumah. 

Ini kisahnya Afif, waktu ni ketika dia berusia 2 tahun lebih. Kanak-kanak seusia ini sememangnya tidak tahu apa-apa, sebab itu la perlu pengawasan yang maksimun daripada ibubapa mahupun penjaga. Sebagai seorang ibu, saya adalah manusia biasa yang juga tidak lepas daripada melakukan kecuaian. 

Afif terjatuh dari basikal roda 3 nya, dan terhumban di pintu dapur. Hanya kerana terlepas pandang sedetik je, lupa nk tutup pintu dapur bersama grill. Afif meluru ke dapur  dan terhumban dengan basikalnya, menyebabkan bahagian dahinya luka teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital dan dijahit. Kira parah jugak la ni. Aduhhhh...sedihnya, menyesal pun ada. Ini la yang dikatakan malang tak berbau. Kalau la tahu nak jadi macam ni, memang tak bagi dia main basikal time tu. 

Kes yang satu lagi ni pulak, boleh diketegorikan kemalangan kecil, tapi berlaku dalam rumah jugak. Ibu jari Afif terluka akibat secara tak sengaja terkena bahgian tajam bawah sinki. Darah yang keluar banyak jugak la. Tapi selepas dibersihkan dan disapu oidin, ok la.

Itulah orang cakap menyesal dah tak berguna kan.. Amik pengajaran dari apa yang pernah terjadi, be in mind..kita kena sentiasa berwaspada, kalau boleh elakkan dari kecuaian. "YaAllah, Engkau lindungilah jauhkanlah dari segala-galanya dari kemalangan kecil atau besar ini".

Reminder untuk diri sendiri dan ibubapa serta penjaga juga, kita haruslah sentiasa berwaspada dan awasi anak-anak semasa mereka bermain. Antara peralatan-peralatan rumah yang sentiasa perlu dikawal dan dijauhkan dari anak ada seperti, cerek air panas, plug-plug elektrik yang berada di kawasan rendah, anak-anak tangga, kawasan yang licin, buju-buju meja, dan lain-lain lagi.

Ini selepas beberapa hari keluar hospital. Dah boleh makan ayam goreng kegemarannya ^_^

Saturday, March 7, 2015

Lama Menyepi dari Dunia Blog

Di dahulukan dengan ucapan Salam untuk semua. Harap semuanya baik-baik sahaja hendaknya. Aiiiseh...lama betul Ida tak menulis entry baru dalam blog ni. Tapi, alhamdulillah ada juga pengunjung yang tidak jemu-jemu meninggalkan jejak mereka di blog ini. Terima kasih.

Lama benar menyepi tanpa kata, last entry pun tahun lepas lagi. Ok, tak mengapa, syukur kerana sempat juga mencoretkan sesuatu buat permulaan entry bagi tahun 2015 ini walaupun sekarang dah masuk bulan Mac. hehe...

Sebenarnya Ida sibuk betul sejak akhir-akhir ni, memandangkan banyak perkara-perkara yang tidak diduga berlaku. Hujung tahun lepas semua dikejutkan dengan bencana banjir besar yang melanda, Ida dan keluarga juga terlibat sama. Syukur kerana tiada kecederaan mahupun kehilangan nyawa yang berlaku akibat dari bencana banjir tempoh hari, cuma hanya kerosakan dan kemusnahan harta benda sahaja yang berlaku. 

Tahun baru tahun 2015 juga merupakan permulaan cabaran baru buat Ida, kerana Ida sudah mula menceburkan diri dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ternyata memang mencabar tapi, tak mengapa, "I love new challenging" boring juga bila barada di takut yang lama sahaja kan. Move forward, move from my comfort zone!! Yes, I'll do. Haahh...nampak tak ayat yang berkobar-kobar gitu..;P

Ok..Bukan sekadar itu sahaja, ada lagi berita sedih yang menimpa..pada 9 Feb 2015 yang lepas Ida di kejutkan dengan kematian ibu mertua pula. Lumrah kehidupan, yang hidup pasti akan pergi. Semoga arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah. 

Ulang-alik dari Kelantan ke Terengganu, Terengganu ke Kelantan, sekejap ke rumah mak tinggal/ambik anak, sekejap ke rumah mertua di Terengganu, begitu la keadaannya sebulan dua ni. Boleh dikatakan memang tidak ada masa untuk personal life. (kesian...;( ) Alah bisa tegal biasa. Tuhan permudahkan segalanya bagi orang-orang yang bersabar. Alhamdulillah..

Ternyata apa yang berlaku memberi peluang baru, permulaan yang baru buat kita semua. Semoga yang kita lakukan diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah. Nanti la, kalau ada kelapangan Ida akan sambung menulis entry-entry baru yang masih tersadai dalam draf tu..;D

Salam rindu buat pembaca sekalian...^_^





Tuesday, November 18, 2014

Keguguran: Pengalaman Pertama yang Menyedihkan

Rasanya bagi mana-mana isteri yang sudah bergelar ibu atau yang bakal bergelar ibu yang mengalaminya pasti merasa sedih, tambahan jika kandungan anak pertama. Begitu juga dengan Ida, inilah pengalaman pertama keguguran kandungan yang berusia 2 bulan lebih.

Harapan untuk menimang cahaya mata yang kedua belum kesampaian apabila kandungan yang berusia 2 bulan lebih berakhir setelah gugur. Nasib la dah ada Afif, anak pertama dan masih lagi 'pertama' buat masa ini. 

Gambar Hiasan: Ehsan dari Google

Namun keguguran juga telah menjawab segala persoalan dan keraguan tentang pendarahan yang dialami sedikit demi sedikit, hari demi hari sehingga hari yang ke-5 di mana ianya berakhir dengan keguguran. Harapan untuk Afif mendapat adik berkecai setalah kandungan ini berakhir dengan gugur! Tapi diri ini redha, Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang.

Berbeza dari Kandungan Sebelumnya

Pada mulanya memang pelik, ada sedikit pendarahan ketika mengandung. Mustahil datang  haid ketika mengandung. Tapi setelah membaca info-info mengenai masalah ini di ruangan soal jawab bersama doktor di internet, ternyata pendarahan ketika mengandung adalah normal atas perubahan-perubhan tertentu yang berlaku. Namun, ada juga kemungkinan-kemungkinan lain yang memberi impak negatif kepada kandungan termasuklah tanda-tanda awal keguguran.

Sunday, August 24, 2014

Suri Rumah Sebuah Kerjaya

"Belajar tinggi-tinggi, tapi jadi suri rumah"
"Kalau setakat nak jadi suri rumah, lebih baik tak payah masuk U"
"Rugi la dulu penat belajar, duit banyak habis. Tapi...akhirnya jadi suri rumah"

Ini adalah antara keluhan dan desas-desus yang sering didengari selepas hampir 3 tahun berhenti dari alam pekerjaan setelah bergelar ibu dan menguruskan sendiri anak serta rumah tangga.

Kenapa Suri Rumah?

Terdetik di hati, kadang-kadang teringin juga menjadi seperti rakan-rakan yang lain, bekerjaya yang hebat-hebat tetapi pada masa yang sama mereka juga bergelar isteri dan juga ibu. Mungkin nasib lebih menyebelahi mereka (pujuk hati sendiri). Tapi, hal orang lain bukan semua kita tahu, Allah itu Maha Adil. Mungkin mereka tak bahagia? Mungkin mereka sering bergaduh perihal nak menguruskan anak-anak? Mungkin juga mereka sering kesuntukan masa untuk menguruskan makan pakai suami dan anak-anak? (Maaf, jauh benar fikiran ni, banyak betul yang 'mungkin').

Niat untuk bekerja sebenarnya masih ada, tapi sebagaimana semua maklum, zaman sekarang bukannya mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Masih segar dalam ingatan saat dan ketika mencari kerja zaman muda-muda dulu. Selepas graduate, bukannya terus dapat kerja. Sekarang umur sudah mencecah 30-an, peluang makin tipis, lambakan graduan yang semakin dihimpit dalam berebut peluang pekerjaan yang ada sekarang ni. Itu perihal nak bekerja, secara tak langsung terpasang jugak cita-cita ni nak sambung belajar (master degree) sekurang-kurangnya lepas habis belajar boleh jadi pensyarah (semudah itu ke?). Hmmm....Nampaknya niat yang terpasang tu, terpaksa la dipendamkan sahaja.

Tapi, Alhamdulillah diberikan suami yang amat memahami dan menyokong apa jua keputusan yang dianggap terbaik. Suami tak paksa untuk jadi suri rumah, tapi kalau itu yang terbaik akan diturutkan jua. Kita hanya merancang, Allah jua adalah sebaik-baik perancang. Mungkin ada hikmah di pada masa akan datang, tak siapa yang tahu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...