Genius aulad


Followers

Friday, August 31, 2018

Genius Aulad Kubang Kerian: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 2018

Salam Kemerdekaan Malaysia kali ke-61 buat semua. Saya juga tidak terlepas untuk menyertai dan melihat sendiri sambutan  hari kemerdekaan yang disambut di Genius Aulad Kubang Kerian pada tahun ini.  


Tertarik dengan sambutan hari kemerdekaan yang diraikan. Di Genius Aulad sentiasa ada akiviti yang melibatkan ibubapa bersama anak-anak menyertai aktiviti di sekolah yang dikenali sebagai (Students Parents Aktivities - SPA). Oleh itu, sambutan pada kali ini bukan sahaja melibatkan kanak-kanak tetapi melibatkan ibubapa juga. 

Begitu menarik sekali kerana ibubapa juga turut meluangkan masa, memberi sumbangan dan mangambil bahagian dalam acara yang disediakan. Laungan kemerdekaan serta nyanyian lagu patriotik turut menjadi sebahagian acara pada sambutan hari kemerdekaan pada kali ini. 


Bersempena hari sambutan kemerdekaan pada tahun ini yang bertemakan "Sayangi Malaysiaku", Genius Aulad Kubang Kerian mengambil inisiatif untuk menerapkan perasaan cintakan negara dengan memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisional pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Kuih Bulan, Tosai, dan sebagainya. 

Ibubapa diberi peluang untuk berkongsi info mengenai makanan tradisional yang mereka bawa bersama kanak-kanak. Bukan itu sahaja, selepas selesai mereka dapat berpeluang merasai sendiri makanan-makanan tersebut.


Dikesempatan acara ini juga, diselitkan juga acara sambutan hari ulang tahun kelahiran pelajar-pelajar yang terlibat. Mereka sama-sama menyanyi dan meraikan acara tersebut. Senyuman dan keseronakan terpancar wajah-wajah pelajar-pelajar. 


Bukan itu sahaja, selepasa acara tersebut, kanak-kanak juga turut menyertai aktiviti seni kraf yang popular dikalangan kaum India dan juga China iaitu 'Color of Rangoli' dan 'Kaligrafi Tulisan Mandarin. 


Mereka diberi peralatan seperti kertas lukisan beserta corak tertentu, beras bewarna (color of rangoli) beserta gam. Mereka berada di dalam  kumpulan melibatkan beberapa orang pelajar mengikut umur dikehendaki menggunakan kreativiti tersendiri untuk membuat 'color of rangoli' ini. Apa yang mengkagumkan ibu bapa sendiri turut serta dalam acara ini. 


Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah dapat meningkatkan seni motor halus mereka apabila mereka memegang dan menampalkan bijirin color of rangoli ini.  


Ini pula acara membuat 'Kaligrafi Tulisan Cina / Mandarin". Mereka perlu membuat kaligrafi tulisan Mandarin ini sebagaimana contoh yang telah dilukiskan di papan putih. Ternyata kanak-kanak di sini semua berbakat dan masing-masing ingin memcuba aktiviti ini sendiri. 


Acara seperti ini amat bagus dijadikan aktiviti pelajar untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai budaya dan kepelbagaian kaum di Malaysia. Alhamdulillah, aktiviti ini disambut baik oleh ibubapa dan mereka juga berpuas hati apabila berkongsi rasa gembira bersama. 

Psstt... Pendaftaran 2019 kini berlangsung! 
Hubungi 019-6370185 (Tc Ayuni) untuk maklumat lanjut. 

2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...