Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan sudah mula ditayangkan menggantikan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, TV3. Drama ini merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari novel "Kerana Terpaksa Aku Relakan", ditulis oleh Umie Nadzimah. Ia adalah sebuah novel setebal 772 muka surat terbitan Karya Seni.
Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Izreen Azminda (Indah Halina), Amar Baharin (Tajul Razin), Syafiq Kyle (Tajul Fahin), Eddy Asfar (Tajun Zahin), Dian P Ramlee (Dato Safiyah), Iqram Dinzly (Inspector Aryan), Ika Nabella (Hasma), Aliza Shadan (Mak Mariah), Nadia Aqilah (Zawati), Hairi Safwan (Yazid), Afzan (Saiful) dan ramai lagi.
Drama bersiri 24 episod ini bermula pada 21 Mei 2014 di Slot Akasia TV3, (Isnin-Khamis) jam 7.00 petang.
Dari episod pertama menonton drama ini nampaknya memang cerita ni best. Tak sabar nak mengetahui jalan ceritanya. Lagu tema drama ini bertajuk Patah hati (Nadia Aqilah) menjadikan cerita ni betul-betul menarik.




