Drama 'Aku Isterinya' nampaknya semakin mendapat tempat di hati penonton selepas cerita ini menggantikan drama di slot Akasia yang sebelumnya.
Nampaknya Ida pun macam dah jatuh hati dengan cerita ni.hehe...Selepas menonton episod 1, mula tercari-cari sinopsis dan jalan ceritanya.
Nampaknya Ida pun macam dah jatuh hati dengan cerita ni.hehe...Selepas menonton episod 1, mula tercari-cari sinopsis dan jalan ceritanya.
Drama bersiri ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di slot Akasia TV3. Ia adalah adaptasi dari novel Aku Bukan Mistress arahan Fairuz Loy dan di terbitkan oleh Global Station.
Pelakon yang terlibat ialah Izzue Islam (Mikail), Anzalna Nasir (Mya Arlissa), Syazwan Zulkifli (Adam), Elizad Sharifuddin (Lisa), Eizlan Yusof (Datuk Luthfi), Marissa Jasmin (Datin Adiba) dan Mardiana Alwi.
Berdasarkan sinopsis sebenar novel 'Aku Isterinya', rasanya jalan cerita yang ditayangkan di kaca tv adalah berbeza sedikit supaya lebih diterima penonton. Walaubagaimana pun Ida harap cerita ni berakhir dengan sebuah ending yang menarik nanti. =)
Sinopsis:
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
* Belum baca novel lagi sebenarnya ni..so, excited lebih nak tengok cerita ni untuk tahu jalan ceritanya...;p
Sumber Photo: Google image
Lain sket kan dari novel sebab episod 1st dorang dah nikah..kira halal dah.
ReplyDeleteye..maybe..x nk bagi ada unsur negatif yg boleh mmpengaruhi pnonton, trutamanya remaja=)
Delete