Genius aulad


Followers

Saturday, April 26, 2014

Resepi Ikan Cencaru Sumbat (Bakar) Special

Ikan cencaru juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti ikan jaket dan ikan kerongan. Ikan Cencaru sedap dan mudah dikendalikan apabila dibakar kerana ianya mempunyai kulit yang keras. 

Selalunya orang buat ikan cencaru sumbat goreng, tapi Ida kurang gemar sedikit sebab apabila digoreng habis bahan sumbat tu terkeluar dan apabila digoreng rasaya kurang menyengat berbanding dibakar.

Ikan cencaru ni memang ngam dibakar, even bakar tawar dicicah dengan air asam pun sedap. Tapi kalau rajin dan nak rasa resepi lain boleh la buat cencaru sumbat bakar ni. 


Ida mengolah sendiri resepi sos sumbat supaya tidak terlalu meleleh keluar bila dibakar ataupun digoreng. Bawang tu Ida cincang halus/dadu kecil-kecil supaya sos dia agak kasar dan melekat dalam belahan ikan tu. Lagipun untuk penyediaan sos ni kene "water less" supaya sos tidak terlalu lembik dan mudah terkeluar dari badan ikan. Minyak untuk menumis pun jangan terlalu banyak. 

Kalau boleh elakkan dari blander bawang, sebab sos akan jadi cair. Bagi ikan yang besar kene maximum kan bawang besar supaya cukup untuk isian padat ikan tersebut. Maunya menangis sampai terkeluar air mata nak habiskan bawang besar tu dicincang dadu halus-halus..huhu...sob..sob...(pengorbanan neh..hehe..)

Resepi Ikan Cencaru Sumbat (Bakar) Special

Okey...Jom tengok resepinya..;)


Bahan-bahan:
  • 2 ekor Ikan Cencaru (dibelah bahagian belakang)
  • 4 sudu cili kering (yang telah dikisar)/cili giling
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cm halia (ditumbuk)
  • 1 labu bawang besar (dicincang dadu)
  • 2-3 ulas bawang merah (dicincang dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang dadu)
  • Sedikit belacan (alternatif Ida gunakan 1 sudu kecil sambal belacan Adabi)
  • 1 sudu sos ikan
  • Sedikit asam jawa/1 keping asam keping
  • Sedikit minyak masak (untuk menumis)
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:
  1. Ikan cencaru dibasuh bersih dan diketepikan. 
  2. Panaskan minyak. Tumiskan semua bawang yang dicincang halus/dadu kecil-kecil sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili giling. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Selepas itu masukkan serbuk kunyit, halia, belacan, asam jawa dan sos ikan. Gaulkan sekata.
  5. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Setelah masak, boleh la angkat dan sejukkan.
  7. Kemudian boleh la diisikan/sumbat pada belakang ikan yang dibelah secukupnya sehingga habis.


      8.  Bakar/panggang ikan seperti biasa kedua-dua bahagian sehingga masak
      9.  Siap dan sedia dihidangkan.

Hasilnya....Ini lah, Ikan Cencaru Sumbat Bakar Special...^-^



Selamat Mencuba...=)



3 comments:

  1. sedapnyer tengok bulan puasa ini..nk cubalah,
    Terima kasih atas info tersebut.silalah singgah diblog saya http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...