Followers

Monday, January 27, 2014

Resepi Bubur Nasi Ayam ala McD

Mula-mula Ida yang demam. Lepas tu Afif. Nasib baik tak berjangkit kat papanya pulak. Time demam-demam cam ni, dah tak de selera makan. 


Tekak ni terliur plak nak makan bubur nasi ayam. Sedap juga time demam-demam ni makan bubur. Bubur ni, bubur ayam ala-ala kat McD tu. Cuma yang kat McD tu tak de ikan bilis goreng dan lada yang digunakan kalau tak salah lada benggala. Afif suka makan bubur ayam kat situ. Jom masak bubur...



Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam
  • Sedikit isi ayam (dipotong-potong kecil)
  • Air secukupnya
  • 1 biji lada merah
  • Sedikit daun bawang dan daun sup (hiris)
  • Bawang goreng
  • Ikan bilis goreng
  • Sedikit minyak bijan
Cara-cara:
  1. Masukkan air untuk rebus ayam sehingga empuk. Pastikan air rebusannya banyak untuk masak nasi, dan untuk 'kuah' bubur. Kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam. 
  2. Basuh beras sehingga bersih dan masukkan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa takot nasi kembang dan kering. 
  3. Semasa memasak nasi, kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.
  4. Selepas bubur dah masak, masukkan halia, serbuk perasa dan garam. 
  5. Masukkan hirisan isi ayam ke dalam bubur. 
  6. Siap. Hidangkan bersama hirisan lada merah, bawang goreng, ikan bilis goreng dan daun bawang/sup serta masukkan beberapa titik minyak bijan. 



Selamat mencuba=)


Sedikit tips:

* 1 1/2 cawan beras ni dapat 1 periuk (banyak tu...). Bagi yang nak cuba masak sedikit dahulu boleh la masak dalam 1/2 - 1 cawan sahaja.
* Rendamkan beras dengan air terlebih dahulu (dalam 30 min-1jam), selepas itu tumbuk sedikit (separa hancur) supaya beras cepat empuk, cepat lembik dan dapat tekstur bubur yang halus sedikit. 




22 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih..insyaAllah nnti singgah

      Delete
  2. buat sendiri lg sedap. xyah la contribute duit kt zionis laknatullah

    ReplyDelete
  3. cam sedap aje.anak saya pon demam.time bulan-ulan puase nie..lagi 5 nak raya nie...macam mane lah..

    ReplyDelete
  4. Sedapnye.. sesekali pekena bubur McD sedap juga ni..

    ReplyDelete
  5. hmmm...simple dan menarik..mesti cuba ni..
    sedap makan panas2..

    jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang diri, keidupan, anak2, tips kesihatan, tips kecantikan dan sebagainya..

    Moga sama2 beroleh manfaat daripada nya...amiinnn

    ReplyDelete
  6. Sedap ngat ye....kalau mkn time hujan2 ni memang best...
    www.eitaariflegacy.blogsport.com. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.eitaariflegacy.blogspot.com/2014/12/blog-eny-abdullah.html#comment-form

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Menu favourite anak-anak saya..Selalu masak nasi x guna air rebusan ayam, skang dah dapat resepi baru, esok kita cuba. Tq Ida Yuni...Salam perkenalan juga buat awk :)

    ReplyDelete
  9. Nak masak bubur ni juga, letak minyak bijan ya
    Tq sharing

    http://www.elnaomie.net

    ReplyDelete
  10. nak buat jugak la..tq for sharing..

    ReplyDelete
  11. nampak sedap dan simple.. boleh buat utk anak2 time xsihat.. kalau free... boleh ler singgah di sini http://mirabechok.blogspot.my/

    ReplyDelete
  12. Terima kasih untuk resepi ni..boleh cuba.. jmput singgah ke blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...