Pilihan tempat makan pada kali ni ialah Restoran Ayam Penyet di Sri Gombak. Selalunya Ida dan suami memang susah nak pilih tempat makan. Kalau nak pergi makan masing-masing bertanyakan soalan yang sama, "nak makan kat mana??" dan jawapannya yang selalu keluar ialah, "entah la, tak tahu...". hehehe..Sebabnya dah rasa boring asyik makan kat kedai yang sama, tapi nak makan kat tempat lain tak tahu la pulak.hehe...
Percaya tak this is our fist time kiteorang makan kat sini, sebab bila kiteorang dengar je ayam penyet, rasa cam muak la pulak, sebab selalu makan nasi ayam. So, dalam duk pening-pening nak makan kat mana tu, kiteorang memilih untuk ke restoran ayam penyet ni lah. Ternyata sangkaan kami meleset.hehe...Boleh tahan jugak la makan kat sini.
So, untuk pengetahuan semua ayam penyet ni adalah masakan tradisional Indonesia yang asalnya dari Surabaya. Hidangan ayam gorengnya diperap dengan pelbagai rempah dan herba yang menjadikan rasa ayam tu sedap.
Restoran ni menyajikan sajian utamanya ayam penyet rangup, dilengkapkan dengan tauhu goreng dan tempe, bersama kangkong rebus, kubis segar, sambal belacan yang tersendiri di samping hidangan-hidangan lain yang popular di Indonesia.
Untuk menu pilihan sudah tentunya kami ingin mencuba menu utama di sini iaitu set ayam penyet, beserta nasi putih dan sup. Ini pilihan suami Ida, dan menu pilihan Ida sendiri ialah mee bakso. Terliur pulak melihat gambar mee bakso kat menu book...:)
Untuk Afif, kami pilih kentang goreng sebab dia memang gemar makan kentang pun.
Dari segi minuman pula, bagi kami minuman kat sini memang lain dari yang lain. Jus buahnya pun sedap;) En.husband memilih jus durian belanda dan Ida pula vanilla ais...Errmm..sangat sedap.
Ok..rasanya puas hati juga makan kat sini. Harganya pula berpatutan la. Apa yang kami makan ni dalam RM30 lebih je (dah lupa harga betul-betul). Bagi penggemar-penggemar masakan tradisional Indonesia boleh la ke sini...=)
yeke..nnti nxt time boleh cuba mee udang kt AP=)
ReplyDeletew'kslm...insyaAllah jika ada kelapangan.
ReplyDelete