Kailam ikan masin selalunya menjadi menu pelengkap bila makan kat kedai-kedai makan kan..Terutamanya bila order nasi putih, sup atau tomyam serta telur dadar. Fuhh...menyelerakan...hehe....
Macam mana nak masak kailam ikan masin macam kat kedai-kedai tu? Okey jom tengok, inspirasi resepi ni Ida cuba dari Myresepi. hehe...tq yer..Bila dah siap masak...tak sabar nak rasa...sedap..:P
Bahan-bahan:
- 1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- seikat sayur kailam (dipotong dan asingkan batang)
- 2 ketul ikan masin (asingkan tulang)
- 2-3 biji cili padi (dihiris)
- 2 sudu sos ikan
- 2 sudu sos tiram
- 1/2 biji tomato (tambahan)
- Sedikit air
Cara-cara:
- Goreng ikan masin dengan sedikit minyak sehingga masak.
- Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan batang kailam serta sos ikan dan sos tiram. Kacau sekata.
- Selepas itu, masukkan sedikit air, sayur kailam dan cili yang telah dipotong.
- Biarkan masak seketika dan boleh la padamkan api.
Siap. Sedia dihidangkan..=)
sedapnye..mmg sedap makan dgn menu2 y disebut tu kan
ReplyDeletegabungan menu yg ngam..:)
Deletedah abis ke makan? heheheh
ReplyDeletedh lama abes kak...hehe..
Delete