Genius aulad


Followers

Thursday, January 9, 2014

Peringkat Awal Anak Memberus Gigi

Anak Ida, Afif sekarang dah berusia 1 1/2 tahun. Gigi susunya sudah mula memenuhi gusi hadapan bahagian atas dan bawah. Sebelum ni terfikir macam mana nak galakkan anak kita menggosok gigi. Tambahan pula anak kecil yang tak tahu apa-apa lagi ni.


So, hasil pembacaan dari sumber blog Dr. Leen kita hendaklah memupuk tabiat suka menggosok gigi di kalangan anak kita sejak dari peringkat awal lagi (ketika bayi). Amalan yang harus dilakukan ialah cuba lapkan gusi, lidah dan lelangit bayi selepas menyusu. Amalan ini adalah bertujuan untuk:
  • Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi dari plak yang terbentuk
  • Membiasakan bayi merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya mudah terbiasa apabila kita menggosokkan giginya kelak.
Nasihat dan tips dari blog Dr. Leen banyak menjawab persoalan-persoalan yang bermaian difikiran ni. Antaranya adalah seperti di bawah ni. 

Bila nak beli berus gigi anak?

Sebagaimana yang disyorkan oleh doktor, pemberusan gigi dibolehkan selepas gigi pertama tumbuh, biasanya selepas berusia 6 bulan. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Pilihlah berus gigi yang sesuai untuk anak kita. Apa yang penting, pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.

Seboleh-bolehnya pada peringkat awal gunalah berus gigi yang boleh disarungkan pada jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita memberus dan apa yang kita berus. Selepas anak kita mempunyai lebih banyak gigi, dan anak kita telah biasa, boleh tukarkan berus gigi kepada yang berbatang pula.

Boleh guna ubat gigi tak?

Menurut doktor lagi, bagi kanak-kanak di bawah usia 18 bulan tidak perlu menggunakan ubat gigi untuk memberus gigi.

Selepas anak berusia 2 tahun boleh la menggunakan ubat gigi berflorida. Ketika ini anak sudah tahu berludah. Penggunaan ubat gigi berflorida boleh mengelakkan anak dari risiko karies atau gigi berlubang. Tetapi, penggunaan ubat gigi hendaklah dalam jumlah yang sedikit sahaja. Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak. Sekiranya anak kita tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida boleh digunakan.

Berapa kali perlu menggosok gigi anak?
Saranan doktor, berus gigi anak sebanyak 2 kali sehari iaitu pagi dan malam (sebelum tidur).

Bagaimana cara memberus gigi anak kecil?

Antara cara-cara yang boleh diamalkan untuk memberus gigi anak adalah seperti berikut:
  • Posisi paling bagus ialah berdiri di belakang atau tepi anak dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
  • Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
  • Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
  • Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
  • Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak kita. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
  • Suruh anak berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
  • Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.

Tips Memupuk Anak Supaya Suka Menggosok Gigi?

Terdapat beberapa tips untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak. Antaranya adalah seperti berikut:
  • Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari.
  • Tunjuk demostrasi menggosok gigi kita sendiri kepada anak, kemudian suruh anak memberus giginya sendiri dan sudahkan pemberusan gigi.
  • Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya.
  • Nyanyikan lagu atau lakukan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan.
  • Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
  • Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak, sekiranya anak tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi.

So, inilah antara aksi Afif ketika memberus gigi.  Masalahnya bila diberi gosok sendiri dia akan isap air yang ada kat berus gigi tu. Haaaduiii...Tak apa la...Walaupun tak pandai lagi, tapi sekurang-kurangnya dia tahu menggosok gigi adalah salah satu amalannya.




Apa yang penting nasihat doktor kita hendaklah mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak kita akan menghadapi masalah untuk makan dan ia juga boleh mengganggu tumbesaran mereka.


2 comments:

  1. Alhamdulillah... anak abah takda masalah bab berus gigi... sbb dah latih dr awal... now umur dia dah masuk 2 tahun 9 bulan... tiap kali mandi mesti die yg ingtkan nak berus gigi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula...bila dh jd amalannya senang la kan..tak prlu nak suruh2..=)

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...