Genius aulad


Followers

Wednesday, October 2, 2013

Disebalik Cirit Birit Afif

Teringat plak time Afif cirit birit dulu. Time tu, dia baru masuk setahun. Dia minum susu badan. Tapi kadang-kadang campur jugak dengan susu formula. Nak di jadikan cerita, time tu susu badan teramat la kurang. Dia jadi cepat marah, sebab susu tak banyak. So, sebab tu banyak bagi susu formula. Time tu Afif minum susu Dupro (untuk bayi 0-12 bln). 

Cirit-birit Berlarutan.

Mula-mula Afif just cirit-birit biasa je. Sehari dalam 3 kali jugak la buang air besar, Najisnya pula kekuningan dan cair. Risau cirit-biritnya berlarutan Afif dibawa ke klinik (Klinik 24 jam, Seri Indah). Doktor ada berikan ubat cirit-birit, Oral Rehydration Salts (kami panggil air garam je) dan ubat untuk menghilangkan kesan melecet bila cirit-birit (anti bacteria).



Selain dari tu, doktor nasihatkan supaya cairkan susu untuk bagi Afif. Mula-mula pelik juga, kenapa kene cairkan eh? Bila dikaji-kaji...betol la kene cairkan supaya susu boleh sesuai dengan keadaan perut yang tengah cirit-birit. Makanan pula, tak boleh bagi makanan berminyak. Kalau sup, sup kosong je. Air pulak, kene bagi minum banyak air kosong atau suam. Botol-botol susu pula kene bersih. Kene basuh dan perlu sterile kan (rendam air panas/suam). Proses pembersihan dan pensterilan botol susu perlulah dibuat setiap hari.

Cirit-birit, Muntah dan Demam.

Selepas bagi ubat semua, cirit-birit Afif sama jugak. Tapi makin teruk. Afif tak nak makan lansung. Puas pujuk, dia tak nak. Perutnya macam kembung. Najisnya pula macam ada something putih-putih. Kami syak la, mungkin Afif ni ada cacing kot. Keadaan manjadi makin teruk apabila kali ni Afif demam dan muntah la pulak. Punggung dia pulak dah sampai melecet. Mungkin kesan dari kerap buang air besar. Bila nak basuh je dia akan menangis dan meronta-ronta, sebab pedih. Kesian anak mama...:( 

Afif dibawa ke klinik yang sama sekali lagi. Kami pergi waktu malam. Doktor lain pula yang merawatnya kali ni. Doktor cakap tak mungkin cacing sebab budak umur 1 1/2 tahun baru boleh bagi ubat cacing ni. Risau dengan keadaan Afif, doktor suruh bawa jumpa pakar kanak-kanak kerana cirit-birit, demam dan muntah berlarutan. Berkemunkinan sample darah Afif akan diambil. Risaunya....!!

Setelah temujanji dibuat, malam tu jugak Afif dibawa ke hospital Pusrawi, untuk temujanji dengan doktor pakar kanak-kanak di bahagian kecemasan. Tak lama menunggu, tiba giliran Afif. Bila lihat keadaan Afif, doktor cakap tak perlu ambil sample darah pun. Cirit birit memang biasa terjadi dikalangan bayi umur 1 tahun ke bawah. (huhh...baru lega sket rasanya...). 

Doktor just bagi adviced, kali ni macam sesi kaunseling pulak. Maklum la doktor pakar kanak-kanak kan. Cara dia bercakap dan bagi nasihat pun lain la sket. Apa yang ditegaskan ialah, cara pemakanan seperti susu. Kalau bagi susu formula kene cairkan. Seboleh-bolehnya bagi sepenuhnya susu ibu, sebab susu ibu ada antibodi tersendiri. 

Lagi, doktor inform, 'kuman baik' dalam sistem penghadaman Afif dah berkurangan disebabkan cirit-birit yang berlarutan ni. So, doktor akan bagi ubat seperti sejenis yogurt dan minuman kultur. Nama ubat tu lupa dah. Ubat ni kene sentiasa simpan dalam peti sejuk. Time doktor bagi ubat ni pun sekali dengan ais, balik rumah terus simpan dalam peti ais. 4 jenis ubat yang doktor bagi iaitu ubat demam, ubat kuman baik ni, ubat tahan muntah (ubat ni kene masukkan dalam dubur jika masih muntah-muntah) dan juga Oral Rehydration Salts (air garam yang sama macam Afif dapat sebelum ni).

Tukar Susu.

Doktor tak de la suggestkan supaya tukar susu. Tapi kami syak susu formula yang Afif minum mungkin salah satu sebabnya jugak kerana time tu Afif tak makan makanan lain pun, minum susu je. So, kami decided nak tukar susu Afif kepada susu yang lebih baik. Ramai yang cakap susu Dupro yang kami beri tu tak sesuai, kerana susu tu agak 'panas' dan boleh menyebabkan cirit-birit. Bukan nak 'down' susu Dupro tu tapi setiap baby kan tak sama tahap penerimaan terhadap susu. 

Setelah di survey dan tanya pendapat rakan-rakan kami belikan susu Enfapro A+ untuk Afif. Mahal jugak susu ni. Tapi apa pun kami nak yang terbaik untuk Afif. Sebenarnya mana-mana susu pun tak apa, yang penting susu tersebut sesuai dengan anak kita. 

Afif Sihat dan Kembali Aktif.

Bila dah bagi ubat dan tukar susu keadaan samakin Afif pulih. Ubat yang macam kultur tu betul-betul menjadi. Patut la ada petua cirit birit suruh minum air yakult atau minuman kultur kan. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, Afif dah kembali sihat dan aktif.



Info Penting Mengenai Cirit-birit yang Perlu Diketahui.

  • Cirit-birit dan muntah-muntah ini mungkin bermakna sistem pertahanan badan sedang diaktifkan kerana telah termasuk bahan asing ke dalam sistem penghadaman seperti jangkitan bakteria ataupun virus, makanan tercemar atau pun bahan-bahan lain yang didapati tidak bersesuaian dengan badan kita.
  • Bila cirit-birit berlaku dehidrasi (pengurangan air) akan berlaku dalam badan. 
  • Jika bayi mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. (Jika susu formula hendaklah cairkan susu dari biasa).
  • Cuba berikan beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam. ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. 
  • Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).
  • Jangan berikan ubat anti-cirit-birit tanpa arahan doktor kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir dan jangan bawa dia berenang untuk dua minggu seterusnya.
  • Selagi bayi tidak muntah-muntah dengan kerap, boleh berikan makanan pejal. Jika bayi berusia enam bulan atau lebih, boleh berikan makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. 
  • Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi dia minum untuk mengelakkan nyahhidrat. 
  • Ibu bapa perlu memberi lebih perhatian pada perubahan keadaan anak jika berlarutan segera membawa anak ke klinik berhampiran jika masalah cirit-birit berlanjutan.
  • Antibiotik jarang diberi untuk kes cirit-birit akut kecuali dalam kes tertentu. Ada kalanya antibiotik itu sendiri boleh menyebabkan cirit-birit.
  • Ubah pemakanan anak buat sementara waktu dengan memberinya makanan lembut seperti bubur, susu tanpa laktosa, bijirin, yogurt, buah-buahan seperti pisang dan sayur celur.
  • Beri air rebusan nasi kepada anak. Cara menyediakannya mudah, masak nasi sehingga menjadi bubur dan ambil airnya. Sejukkan air ini (atau sehingga suam) dan berikannya kepada anak anda.
  • Antaran minuman yang sesuai untuk mencegah dehidrasi semasa cirit-birit ialah:
    • Garam Oral Rehidrasi (ORS)
    • Susu ibu
    • Kanji (campuran cair bijirin yang telah dimasak dan air)
    • Sup
    • Air nasi (air didih)
    • Air buah-buahan
    • Teh cair
    • Air kelapa muda
    • Perbanyakkan meminum air masak 
  • Sentiasa menjaga kebersihan dengan mencuci tangan sekerap mungkin selepas menukar lampin anak. Bersihkan juga lapik yang digunakan ketika menukar lampin.
  • Untuk mengelak dubur bayi menjadi merah dan rengsa, lap secara perlahan-lahan dengan menekap tuala lembut di bahagian berkenaan. Jika perlu, sapukan krim atau jeli petroleum dan mandikan anak dengan air suam.

Antara Petua-Petua Lain Hilangkan Cirit-Birit Anak.
Ini ada beberapa petua untuk hilangkan cirit-birit sekadar untuk rujukan Ida. Boleh cuba. Tapi jika berlarutan kene dapatkan rawatan doktor cepat-cepat.
1.  1 sudu tepung gandum dibancuh dengan segelas air suam. Bila semua sudah larut boleh la diberi bayi minum. Boleh juga masukkan dalam botol susu, supaya senang minum. InsyaAllah, cirit-birit akan sembuh. Boleh diamalkan untuk semua peringkat umur. 

2.  Rebus kentang sehingga empuk tanpa ditambah garam atau perisa lain dan dimakan. InsyaAllah, cirit birit akan hilang bersama najis.



50 comments:

  1. Anak saya 8 bulan sedang cirit birit.Thanks utk info ni.InsyaAllah balik nanti akan cuba buat.

    ReplyDelete
  2. maaf, tak pasti la nama ubat kultur tu. tapi rasanya macam minuman yogurt. Untuk dapatkan ubat ni better atas nasihat doctor. sebab bayi bawah 1 tahun bahaya jika dberikan ubat sebarangan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas perkongsian bermakna ni. Akan dicuba pd anak sy nti..

    ReplyDelete
  4. Ni sama seperti kes anak saya baru-baru ni. Dek kerana panik, saya terlupa petua minum minuman kultur tu boleh merawat cirit birit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela..anak tak sihat ibu mana yang x risau n panik kan...=)

      Delete
  5. selalunyer dr bg probiotic ubat utk tambah bakteria sihat masa cirit birit. Probiotic ni pun ada dlm yoghurt drinks.

    ReplyDelete
  6. selalunyer dr bg probiotic ubat utk tambah bakteria sihat masa cirit birit. Probiotic ni pun ada dlm yoghurt drinks.

    ReplyDelete
  7. selalunyer dr bg probiotic ubat utk tambah bakteria sihat masa cirit birit. Probiotic ni pun ada dlm yoghurt drinks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bby 6bln bole gune ubt 2 x.. ade kt farmasi x.. da g jumpe doc. doc ckp normal n cume bg ors.. sbb bby xde demam/muntah/x active etc..

      Delete
    2. Now da 12 ary..still cirit bg susu tros mmbuang..da cube buat petua diats.. still sama

      Delete
    3. Sis mcam mna ank sis da oky ka .umur brapa? Ank sy pn lma sgt ny cirit birit tp mkin kurang da la cma isau lg sbb dok cirit lg .

      Delete
  8. Ank sy tgh kena cirit birit ni. Aritu g klinik, doktor xde bagi air garam tu, sy pulak lupa nak mnta. Dah 3 hari ni cirit-birit ni.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. yogurt drinks? kalau bg minum yakult ok tak? ank sy umo setahun lima bulan....

    ReplyDelete
  11. anak sy 8 bulan. tengah cirit birit ni. dah 2 hari. kesian dia T_T

    ReplyDelete
  12. Pn, tqvm info sgt2 membantu.Nak tanya, apa maksud cairkan susu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh biasenye awk buat susu bb 3sudu utk 3oz., jd bler bb cirit buatkan 2sudu utk 3oz. , kurangkan susu.,

      Delete
    2. hi mom. klu mcm sy sebelum ni buat susu 5oz 4sudu. jd sa perlu cairkan lg ka?

      Delete
  13. Bby sy da 6bulan..da 3hri cirit birit.minum dupro jgak..tp da 6bulan minum.bru ni cirit.nk tny..bby 6bln leh x gune ORS?

    ReplyDelete
  14. Anak sya pun 1 thn 1 bulan, cirit birit dah 2 ari sediynya tgk dia nangis mnahan sakit TT.tq for sharing

    ReplyDelete
  15. Anak sya pun 1 thn 1 bulan, cirit birit dah 2 ari sediynya tgk dia nangis mnahan sakit TT.tq for sharing

    ReplyDelete
  16. bawah 6mo bole kasi sikit2 yakult...
    atau pun puan boleh cari ubat nama CellMaxx ada prebiotic yang selamat untuk baby, insyaAllah dalam 2 hari boleh bantu hilang cirit birit baby bawah 6mths

    ReplyDelete
  17. Tq for info.. Anak saya pun cirit-birit. Nak try bagi yakult dan ors.

    ReplyDelete
  18. Tq for info.. Anak saya pun cirit-birit. Nak try bagi yakult dan ors.

    ReplyDelete
  19. Anak sye pn cirit birit...sedih tngok dia nangis....bila baca ni n kultur elok tok cirit birit....tngok glm peti ais ada soliveter...dlm ni pn ada kultur.....sye try bg....

    ReplyDelete
  20. Dia aktif,mkn,susu pn minum....tp bila mkn n minum susu dia cirit....sye bg enfagrow A+ susu formula....adakah x sesuai susunya 😭sdh tngok anak

    ReplyDelete
  21. Anak sye pn cirit birit...sedih tngok dia nangis....bila baca ni n kultur elok tok cirit birit....tngok glm peti ais ada soliveter...dlm ni pn ada kultur.....sye try bg....

    ReplyDelete
  22. anak sy cirit birit masa umo 7bulan... minum dutchbaby.. doc ckp alah lactosa ... mmg sebelum ni dia berak agak cair tp 1x sehari ...ingatkan normal... now dah tukar ke isomil soya based... berat badan naik walaupun dkt 3minggu cirit,tp kdg2 sembelit .... penah try similac LF tp anak x berape suka..

    ReplyDelete
  23. Dulu2 klu baby2 sy kena cirit birit sy guna petua org tua2 je. Beras dibasuh bersih dan keringkan. Goreng tanpa minyak smpi kecoklatan pekat. Masukkan dlm cwn dan tuang air panas menggelegak. Tunggu smpi suam. Tapis hampas beras tu dan bole bg baby/anak minum dlm 1 atau 2 sudu teh. Insha Allah dgn izinNya cirit birit akan berhenti

    ReplyDelete
  24. Anak I pun sama baru nak masuk 10 bulan. Sekrang masih lagi cirit birit dah masuk 2 minggu. I ingat x sesuai susu sebab I bagi Dupro langkah 2 (6-36 bulan)bila dia masuk 9 bulan. So I tukar balik langkah 1 (0-12bulan) tapi still cirit birit jugak. Kawan I nasihart bg susu soya (Isomil) tu dah dua hari minum tapi cirit jugak lagi. X berhenti. I dah tau nak bt mcm mna?Kesian dia, nasib dia masih lagi active and nak makan.

    ReplyDelete
  25. Ank saya umo sethn 2 bln.. cirit birit n muntah...dh 3 hr..minum air grm tp masih blum ada tanda berhenti. Nk try yakult.. pasal susu tu sy dpt ilmu sesat...saya buat lg pekat...patutla xde perubhn....

    ReplyDelete
  26. Anak sy pon tgh cirit muntah. Ni nk try bg air beras Dr bubur tu hopefully membantu. Yakult pon bg jugak tp tula skit2 je die minum Masih belum Ade selera lg. 😢

    ReplyDelete
  27. Anak sy pon tgh cirit muntah. Ni nk try bg air beras Dr bubur tu hopefully membantu. Yakult pon bg jugak tp tula skit2 je die minum Masih belum Ade selera lg. 😢

    ReplyDelete
  28. anak sy umur 1 thn 1 bulan lbh cirit birit lps demam, skng dh dkt 2 minggu cirit tp still aktif n mau makan, sblm ni susu lactogen xde masalah, bila tukar susu dupro 2 tu lps dmm je cirit, skng ni tukar lactogen 2 balik, tp still cirit, dh cairkan susu dah, mcm2 usaha dh nk try bg kentang n air rebusan nasi pulak. tq for info.

    ReplyDelete
  29. Salam..sekadar perkongsian,saya ank dh dua..mula mula masa anak pertama risau bila cirit birit tak berenti,sy GI Farmasi,Farmasi bagi active culture....ye,yg mcm sis mention,cultur hidup org panggil...memang berkesan..ni ank kedua pulak kena cirit birit..terlupa ubat APA,hihi...gigih carik.

    Nasib jumpa perkongsian sis...ingat balik...tq...misi esok pergi farmasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. APA YA NAMA UBAT TU SIS..ANAKSYA DAH SEMINGGU CIRIT TLNG WTSPP SYA NAMA UBAT BLH 073417301

      Delete
    2. Nama apa ubat tu sis .anak sy 3bulan da 2mngu cirit .mmg da mkin kurang dah tp dok cirit lg ada dk ubt untuk baby umuq 3bln .spa boleh tlg klau taw mai whtspp bgtaw sy sat sy susah hati sgt dah ni . 01136125759

      Delete
  30. salam . thanks for the info . sbb , skrg bby tgh cirit birit dah 3 hari . kt rumah mkn minum okay jer . kt umah bs , lbih 4 kli bby cirit . now , buntu da . hopefully , xla teruk sgt . as long as , dia mkn smpai knyg .

    ReplyDelete
  31. anak sy pun...risaunye..smpi meleleh d kaki ceret dia. yakult tu ambil yg asli ke..

    ReplyDelete
  32. bby 8bln blh ke minum. kultur tu... bby sy cirit birit. n demam.. risaunyaa.. nama apa ya kultur tu

    ReplyDelete
  33. bby 8bln blh ke minum. kultur tu... bby sy cirit birit. n demam.. risaunyaa.. nama apa ya kultur tu

    ReplyDelete
  34. Terima kasih info,
    sama dengan ank sekarang, njis strt ada putih ketul².. Mkn tak nak.. Letak cerelac je dlm susu.
    Kesian juga terketar² menahan pedih bontot..
    1 mlm ni 4x tukar pampers dia..

    ReplyDelete
  35. Terima kasih info,
    sama dengan ank sekarang, njis strt ada putih ketul².. Mkn tak nak.. Letak cerelac je dlm susu.
    Kesian juga terketar² menahan pedih bontot..
    1 mlm ni 4x tukar pampers dia..

    ReplyDelete
  36. kalau bg minum vitagen blh x utk baby 10bulan? vitagen pun ada kultur jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknye elak kan sbb kandungan gula tinggi kn...better g klinik n rujuk doktor 😊

      Delete
  37. baby saya cirit birit...baru kuar wad td 4hari kena tahn..elok je dpt blik kat umah mcm simtom sblom masok wad berulang...jd boleh ke baby 7bulan kita bg yakult..klu boleh botol yg warna merah atau biru? please tlg saya ibu runsing...bby sy payah sgt nk mkn ubat yg doc bekalkn bile kita bg die muntah balik...sy harap sgt ada cara lain boleh rwt penyakit ni...

    ReplyDelete

  38. Antara tanda-tanda anak mengalami penyahhidratan adalah:

    * kulit atau bibir kering.

    * letih dan lesu.

    * ubun-ubun mengecut (bayi bawah setahun).

    * menangis tanpa air mata.

    * kaki dan tangan pucat.

    * air kencing berwarna kuning pekat.

    * kurang kencing berbanding biasa.

    Apa yang perlu dilakukan?

    1. Pastikan banyak minum air

    Jika bayi anda berusia bawah enam bulan, teruskan memberinya susu ibu. Susu ibu boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit. Sekiranya bayi berusia enam bulan ke atas dan sudah makan makanan pejal, pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan daripada ternyahhidrat.

    2. Beri air garam rehidrasi

    Biasanya doktor akan membekalkan air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) kepada bayi berusia enam bulan ke atas. Anda boleh bagi anak minum beberapa kali dalam sejam mengikut nasihat doktor. ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Di samping itu terus kerap menyusukan bayi seperti biasa.

    3. Jangan minum jus buah

    Jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

    4. Jangan beri ubat cirit-birit

    Walaupun bayi anda mengalami cirit-birit tetapi jangan sekali-kali memberinya ubat cirit-birit kerana ia ditakuti boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius sekiranya diberi kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

    5. Jangan hantar ke taska/pengasuh

    Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kepada kanak-kanak lain, jangan letak anak di taska atau pengasuh sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas berakhirnya simptom cirit-birit yang dialaminya.

    6. Jangan berenang!

    Jika anak anda biasa berenang, seeloknya rehatkan dia dulu daripada aktiviti berenang untuk tempoh dua minggu seterusnya sehingga dia benar-benar sembuh.

    Untuk mengurangkan sebarang risiko jangkitan cirit-birit, pastikan anda sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah berpindah daripada tangan ke mulut. Oleh itu pastikan anda mencuci tangan bersih-bersih selepas menggunakan tandas dan selepas menukar lampin bayi.

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...