Followers

Wednesday, October 30, 2013

Cara Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk.

Dulu masalah kesan gigitan nyamuk ni kerap jugak berlaku pada Afif. Kulit bayi kan sensitif. Kene hinggap nyamuk je dah tinggal kesan merah sana sini, apatah lagi kene gigit. Lagi la nampak kesan merah tu timbul sebijik-sebijik. 




Untuk elak digigit nyamuk Afif akan tidur berkelambu dalam baby kot, kalau dalam buaian pun ada kelambu jugak. Tapi still kene gigit waktu siang semasa dia bermain-main. Haissy…


Kesan gigitan nyamuk menyebabkan kegatalan. Kalau dah gatal-gatal, dia akan menggarunya. Lagi la memudaratkan sebab akan jadi kudis plak. Kesan merah je boleh consider la lagi, kalau nyamuk yang mendatangkan penyakit. Aduss…mintak dijauhkan.

Macam-macam yang dah di cuba untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk ni, antaranya crem mopiko ni. Boleh didapati kat mana-mana farmasi atau pun kedai. Tapi ubat ni tak menjadi pun kat Afif ni. Agak merbahaya, sebab cream ni macam ‘berangin’. So, risau takut Afif tersapu dan kena kat mata. 



Bila tanya kakak Ida, katanya dia cuma sapukan Vicks untuk anaknya. Kesan gigitan nyamuk terus hilang. So, Ida pun try jugak la beli Vicks ni. Tapi tak menjadi jugak. Hmm…




Ida mintak pendapat adik Ida pula, katanya dia selalu sapu Beavate cream, 15gm. Doktor bagi untuk kulitnya yang selalu gatal-gatal. Bila anak dia kene gigit nyamuk, dia try sapu cream ni jugak. Memang mujarab. Kesan gigitan nyamuk hilang. Ida terus suruh husband cari cream ni kat farmasi. 



Alhamdulillah..Cream ni memang sesuai jugak untuk kulit Afif bila ada kesan gigitan nyamuk. Tak ada dah kesan merah bila digigit nyamuk..=)





*Ehsan photo dari Google.




4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalam , masalah parut gigit nyamuk ni memang sangat tak disukai ramai kan ?Rasa geram je bila tengok bekas bekas gigtan tu ha.Sebenarnya ada Cara Untuk Mengatasi Masalah Parut Gigit Nyamuk.
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita buang parut gigit nyamuk tu dari badan kita .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete
  3. Trime ksh utk tips2 di ats.,sgt bergune sbb xthu nk pkai ape.,pkai vicks pn xjd,,kecian tgok kulit baby,merah2.,trime ksh yew

    ReplyDelete
  4. Mana nk dpt cream tu ye. Yg bwh skali.

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...