Followers

Tuesday, October 8, 2013

Resepi Grill Chicken Chop + Kentang Putar


Tekak ni selera nak makan macam-macam. macam mana nak diet ni. hehe... Apapun masak tetap kena masak. Menu last week. Ida buat grill chicken chop ni. Hidangan western la pulak kan. Tapi, bukan western sepenuhnya pun, sebab resepi dah diubah suai mengikut citarasa sendiri. 

Mula-mula, Ida nak buat chicken chop dengan spaghetti + mushroom soup. Tapi husband plak tak nak. Katanya nak makan nasi. So, bila diolah-olah resepi tu, Ida sediakan chicken chop dengan nasi goreng lada hitam untuk husband. Anyway..dia suka:-) 


Bagi Ida yang tengah diet sekarang ni (diet la sangat kan..hehe...), Ida x nak makan nasi so, Ida just buat chicken chop dengan roti dan mushroom soup je. Mushroom soup tu just beli yang instant punya. Just campur dengan air panas=)


Untuk Afif pulak, special kentang putar:) Sebab Afif memang suka sangat kentang putar kat KFC tu. Kali ni makan yang mama buat sendiri pulak. :) Ada juga rakan fb yang request nak resepi kentang putar ni. So, Ida buatkan resepi ni khas untuk yang nak okeh. Tapi rasanya tak de la sama macam kentang putar yang KFC punya. Tapi boleh la...:)

Nak tengok resepi, jom la...apa tunggu lagi...:p



Grill Chicken Chop

Bahan-bahan:
  • Ayam (4 bhgn-dada,paha)
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 3 ulas bawang putih (di tumbuk)
  • 1/2 inci  halia(tumbuk)
  • Sedikit lada hitam (ditumbuk)
  • Secukup rasa maggi
Cara-cara
  1. Potong dan bersih ayam dan toskan.
  2. Kelar/cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu supaya bahan perap masuk ke dalam isi ayam.
  3. Tumbuk semua bahan-bahan tumbuk dan masukkan secukup rasa, kicap manis dan sos tiram.
  4. Lumurkan bahan tadi pada ayam yang telah dikelar/dicucuk.
  5. Kemudian perapkan selama beberapa jam. 
  6. Last sekali, bakar/panggang ayam sehingga masak. 

Sos Black Pepper

Bahan-Bahan:
  • 1 labu bawang besar potong halus/dadu
  • 3 sudu tepung gandum
  • Secukup rasa
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 4 sudu sos lada hitam 
  • beberapa biji lada hitam ditumbuk kasar (jika perlu)
  • Air secukupnya
  • 2 sudu mentega
Cara-cara:
  1. Cairkan mentega ke dalam kuali. Tumiskan bawang besar, lada hitam hingga layu dan wangi.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau.
  3. Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki. Kacau sebati. 
  4. Masukkan sos lada hitam,sos tiram, kicap dan secukup rasa maggi. Kacau sebati. 
  5. Biarkan masak seketika, boleh la padam api. 
  6. Siap. Curahkan atas ayam yang di grill tadi.

Kentang Putar

Bahan-Bahan:

  • 2-3 biji kentang besar
  • 1 sudu kecil besar mentega (jika perlu)
  • Sedikit susu segar/susu cair
  • Serbuk lada hitam  (jika perlu)
  • Sedikit garam

Cara-cara :
  1. Kupaskan kentang dan potong kecil supaya cepat embuk.
  2. Rebus kentang sehingga empuk  dan masukkan sedikit garam.  
  3. Bila empuk boleh la, kisar menggunakan blender kering. Kisar sedikit demi sedikit. 
  4. Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaulkan.
  5. Siap. Curahkan sedikit sos lada hitam jika perlu.

Bahan-bahan sampingan yang lain:
  • Kentang goreng
  • Salad
  • Mushroom soup 
  • Roti
  • Mayonnaise
  • Sos Cili 
  • dan lain-lain

Selamat mencuba=)











2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...