Genius aulad


Followers

Thursday, October 3, 2013

Susu Ibu Tiada Tandingan


Info Penting Mengenai Susu Ibu. 

*(dari hasil pembacaan dan pencarian maklumat untuk dikongsi bersama)

Banyak faedah kepada ibu dan bayi apabila mengamalkan penyusuan susu badan. Perkara ini tidak dapat disangkal lagi kerana dalam Al-Quran juga ada menyatakan tanggungjawab untuk ibu-ibu menyusukan anak. 

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)


Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan. Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Banyak kebaikan diperoleh oleh bayi yang diberikan susu ibu. Bayi akan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, terhindar daripada jangkitan-jangkitan penyakit seperti cirit-birit berbanding susu formula yang mendedahkan mereka dengan risiko masalah ni. 


Penghasilan Susu Ibu.

Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat . Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.

Khasiat Susu Ibu berdasarkan Kandungannya.

Susu ibu dijadikan Allah s.w.t  khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Ini secara tak langsung membekalkan khasiat yang maksimum seperti:


Baik untuk pertumbuhan otak bayi.

Susu ibu mengandungi AA dan DHA yang membantu merangsang otak bayi. Kandungan protin, laktosa dan lemak secukupnya wujud dalam susu ibu dan penting pertumbuhan otak bayi. IQ bayi yang diberikan susu ibu lebih tinggi disebabkan nutrisi dari susu ibu tetapi harus disertai dengan rangsangan yang berterusan.

Sumber nutrisi terbaik untuk bayi.

Susu ibu mengandungi sumber gizi yang ideal dan komposisi seimbang untuk setiap anak dan berubah mengikut peringkat perkembangan anak seperti minyak omega 3 yang terkandung secara semulajadi dalam susu ibu. Ia membantu perkembangan otak dan mata bayi baru lahir. Omega 3 ni sangat penting semasa ibu hamil dan tahap awal bayi di mana otak dan saraf berkembang.

Bayi pramatang yang disusui dengan susu ibu mendapat kebaikkan susu ibu yang lebih tinggi kandungan zat lemak, protin, natrium, klorida dan besi sesuai untuk keperluan mereka. Malah fungsi mata mereka memperlihatkan kecekapan yang lebih baik berbanding bayi pra matang yang tidak diberi susu ibu.

Membantu dalam meringankan sistem pencernaan bayi

Sistem perncernaan bayi masih belum sempurna pada bulan bulan pertama kelahiran. Nutrisi yang mereka perolehi haruslah tidak komplex dan mampu diproses serta tidak memberatkan sisitem perncernaan mereka. Susu ibu mrngandungi enzim yang dapat membantu meringankan proses pencernaan.

Susu ibu meningkatkan kekebalan tubuh bayi

Susu ibu melindungi bayi dari serangan penyakit sistem pernafasan dan pencernaan. Ia menyediakan persekitaran yang bagus untuk bakteria baik yang disebut flora normal dan menghambat perkembangan bakteria, virus dan parasit yang berbahaya.

Antara Kelebihan-kelebihan lain:
  • Susu ibu mudah dicernakan bayi
  • Susu ibu tidak mudah tercemar
  • Susu ibu menghindarkan bayi dari alahan
  • Susu ibu mengurangkan risiko obesiti di kemudian hari
  • Susu ibu tidak menimbulkan karies gigi pada bayi
  • Susu ibu menyihatkan paru-paru bayi
  • Menyusu sebagai cara mendidik bayi sejak awal
  • Menyusu dapat menjalin interaksi antara bayi dan ibu

Tips Mendapat Susu Ibu yang Banyak. 
  • Kerap menyusukan bayi/sentiasa perah susu. Apabila susu kerap diperah, lebih banyak susu dihasilkan. 
  • Elakkan dari keletihan, sedih, marah dan stress, kerana ia mempengaruhi penghasilan hormon oksitosin yang menyebabkan pengeluaran susu terhenti.
  • Bagi melancarkan pengeluaran oksitosin, ibu perlu duduk di tempat yang sunyi, lihat gambar bayi dan mendengar muzik-muzik lembut. Dengan kata lain tenangkan fikiran. Keadaan tersebut membolehkan susu keluar.
  • Jika mempunyai masalah penyusuan, jangan segan untuk berjumpa dengan pakar laktasi, doktor dan jururawat di hospital untuk dapatkan nasihat. 

Kelebihan Susu Ibu Berbanding Susu Formula.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi, berbeza dari susu formula yang tidak ada semua ini. 

Susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser. Ini kerana sejumlah besar zat-zat di dalam kandungan susu ibu dapat membunuh sel-sel kanser.

IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain yang tidak minum susu ibu. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Susu Ibu bukan sekadar bermanfaat untuk bayi sahaja, malah untuk ibu yang menyusukan bayi juga mendapat manfaat.  Apabila ibu menyusukan bayi, ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.

Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa. Berbeza sekali dengan penggunaan susu formula.

Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi. 

Kesimpulannya, tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. MasyaAllah...


No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...