Genius aulad


Followers

Thursday, October 24, 2013

Membeli Belah di Rantau Panjang, Kelantan

Balik kampung kali ni agak lama, seminggu husband cuti. Habis bercuti di Terengganu, turn untuk bercuti di Kalate plak. Oleh kerana cuti kali ni pengisiannya tidak la sesibuk mana, so kami sepakat ingin shopping di Rantau Panjang. Walaupun Ida ni orang Kelate, tapi ini baru kali ke-2 Ida ke Rantau Panjang ni. hehe...(Jarang sangat ke sini). Tak heran la, teruja nak update entry kali ni.hehe...

Kawasan Zon Bebas Cukai
Photo ni Ida search by Google. Tak sempat nak pergi snap sendiri.hihi..
Sebagaimana yang kita tahu, Rantau Panjang ni merupakan salah satu tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan kerana ia tempat zon bebas cukai. Sudah tentu barang-barang kat sini murah-murah. 

Ia dibuka 8:00 pagi hingga 6:00 petang. Kalau time cuti sekolah, tak usah cakap la, pekan Rantau Panjang ni antara tempat yang paling sibuk dan paling sesak. Huhh... Berduyung-duyung orang datang untuk shopping di sini, bukan setakat orang tempatan sahaja, malah pengunjung dari luar Kelantan juga turut datang ke sini. 

Untuk elak dari  jem, kami bertolak pagi-pagi lagi dari rumah. Pukul 9:30 pagi dah terpacak kat situ.hehe... Parking pun senang dapat. Bayar parking RM2 je. Bukan apa, kalau lewat, faham-faham la, memang parking penuh. Orang pulak sesak, dengan cuaca panas lagi. Peniaga pun senang hati berniaga pagi-pagi ni, nak tawar-menawar memang tak ada masalah. 

Bila dah tengah hari parking pun penuh.
Ini salah satu kedai makan kat sini. Kami sampai kedai ni pun tak buka lagi..heheh...

Apa yang menariknya di sini?? Kat sini barang-barang memang murah. Antaranya seperti toto, periuk belanga, pinggang mangkuk, jersi, barang perhiasan rumah, barangan pengantin, barang mainan kanak-kanak, cenderamata dan macam-macam lagi la. Memang 'gile' shopping kat sini. Kalau boleh sume barang nak. Cuma duit poket je yang kureng..hehe..


Ini antara salah satu tempat yang menjual periuk belanga dan pinggang mangkuk. Ia merupakan salah satu bagunan yang masih lagi dibina dari kayu, lantainya pun disusun dengan papan yang masih kukuh. 


Buah-buahan serta makanan ringan seperti pelbagai jenis kekacang dan makan tradisi Kelantan seperti dodol juga banyak terdapat di sini.


Apa yang Ida suka, yang ni. Nama dia apa ntah. Ada ikan bilis goreng, kacang tanah yang disalut tomyam. Rasanya pedas ala tomyam gitu. Sedap jugak. RM5 sebungkus.


Tidak ketinggalan ni ha...asam dalam botol ni ada mangga, asam jawa yang di salut gula halus dengan rasa masam,masin, manis..hurrmm..3 botol RM10. Boleh la makan atas kete on the way balik KL nanti.


Sampai tengah hari, kami dah settle shopping. Perut pun dah lapar. Orang ramai pun dah membanjiri tempat ni. So, kami makan kat gerai-gerai yang banyak terdapat kat situ. Antara kebanyakan menu ialah bihun sup, mee sup dan seangkatan dengannya. Boleh tahan sedap, sup ala-ala masakan Thai.

Seronok juga membeli belah kat sini. InsyaAllah ada masa, boleh la membeli belah di sini lagi. =)


4 comments:

  1. Waa..saya pernah g dulu,tp masa bdk2 lg..ni da kawen tringin nk shopping kt sana.x lama lg cuti sek..ada rezeki isha allah smpi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas kwen mmg byk yg nk bli, trutama brg2 dpur cam priuk blanga tuh kan....hehe...ct sek rmai org.kne g pagi2 la..=)

      Delete
  2. menarik..tq

    https://www,diyanarazim.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. saya pregnant dan mengidam nak makan asam jawa dalam botol ni .saya duduk di ns .so ada tak mana2 blog untuk saya nak beli online

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...