Hari Raya Korban; walaupun sudah berlalu, namum ia tetap meninggal seribu makna kepada setiap umat Islam. Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji atau Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Ianya cukup bermakna dengan bermulanya Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi hari raya.
Sambutannya diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Ibadah korban begitu meriah terutama di pantai timur seperti di Kelantan dan Terengganu. 2,3 hari asyik makan daging je, rasa nak muntah daging je..huhuhu...
Ida sekeluarga juga tidak ketinggalan untuk menjalankan ibadah korban pada pagi hari raya pertama. Kali ni, ianya cukup meriah, kerana lembu mak Ida sendiri yang 'ditumbangkan'. Seekor lembu tu dapat 7 bahagian. Ida sendiri, mak, kakak dan adik di antara kepunyaan bahagian-bahagian tersebut. Selebihnya bahagian saudara mara lain yang terdekat. Masing-masing ada yang korban dan ada juga yang akikah.
Ida sekeluarga juga tidak ketinggalan untuk menjalankan ibadah korban pada pagi hari raya pertama. Kali ni, ianya cukup meriah, kerana lembu mak Ida sendiri yang 'ditumbangkan'. Seekor lembu tu dapat 7 bahagian. Ida sendiri, mak, kakak dan adik di antara kepunyaan bahagian-bahagian tersebut. Selebihnya bahagian saudara mara lain yang terdekat. Masing-masing ada yang korban dan ada juga yang akikah.
Selalunya adat-adat yang diamalkan berbeza diantara sesebuah negeri namun ia tetap berlandaskan hukum-hukum agama. Di Kelantan, penyembelihan lembu dimulakan dengan adat jual beli terlebih dahulu. Apa yang Ida kagum, kali ni adik ipar sendiri yang menyempurnakan penyembelihan tersebut. Mana tak kagum, bukan calang-calang orang yang pandai sembelih lembu ni.
Amalan yang baik dapat diterapkan di sini ialah kerjasama. Masing-masing bekerjasama sehingga proses penyembelihan, melapah daging dan memotong daging sehingga selesai. Selesai semua proses ni baru la tiba giliran mak-mak, akak-akak dan makcik-makcik pulak untuk memasak terutamanya bagi yang akikah. Bagi yang korban, 2/3 bahagian daging diagihkan kepada golongan miskin.
Dari segi menu pula, selalunya dimasak dengan masakan yang simple je, supaya sempat masak pada waktu makan tengah hari seperti daging goreng, sup, masak kicap atau pun singgang. Untuk beberapa menu lain nanti Ida akan update kemudian.
Seronok sangat pengalaman meyambut Aidiladha tahun ni kerana sangat meriah. Namun, walau di mana pun ia disambut, Aidiladha tetap menjadi perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)