Genius aulad


Followers

Wednesday, October 23, 2013

Popia Gulung Mini Serunding Ikan

Buat popia serunding lagi. hohoho...Tapi kali ni Ida gunakan serunding ikan pula. Guna serunding ikan ni rasa dia lebih sedap. 

Bahan-bahan dan cara-caranya sama la seperti yang Ida buat popia gulung mini yang sebelum ni. Cuma kali ni berbeza inti nya iaitu menggunakan serunding ikan.



Bahan-bahan:
Kulit popia
Serunding ikan
Putih telur 
Minyak masak

Cara-cara:

1. Gunting/potong kulit popia bentuk empat segi tepat. Nak potong 3 segi pun boleh. Ikut kesesuaian. 



2. Letakkan inti serunding ikan atas kulit popia tu.



3. Lipat kulit popia dan lekatkannya dengan putih telur. 

4. Ulangi langkah yang sama sehingga kulit popia habis digulung. 



5. Dah siap kesemuanya, boleh la digoreng sehingga kekuningan.



6. Sejukkan, dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. 






2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...