Masih belum habis lagi cerita part Ida berdiet ni. Bila cakap je nak diet, ramai kawan-kawan suggest 'jangan makan nasi'. Tapi betul ke tak makan nasi boleh kurangkan berat badan? Kenapa? So, Ida sempat buat research sket pasal ni.hehe...
Ok..Fakta, secara umumnya, nasi tak menggemukkan, tapi kalau kita makan nasi melebihi jumlah karbohidrat yang diperlukan oleh badan kita, secara automatik karbohidrat membentuk glukosa akan disimpan dalam hati. Bila ia sudah penuh,secara tak langsung ia akan ditukar menjadi lemak. Lemak ni akan membentuk di mana-mana bahagian badan terutama dibawah kulit.
Amalan untuk kurangkan berat badan:
1. Bakar lemak dengan betul.
Lemak yang terdapat dalam badan terutama di bahagian perut perlukan teknik yang betul untuk dibakar. Secara logiknya, jika tidak makan nasi, kita boleh kurangkan jumlah pengambilan sumber karbohidrat. Ia lebih dikenali sebagai amalan pegambilan makanan rendah lemak dan karbohidrat. Tetapi teknik ini mungkin bersifat sementara.
2. Makan makanan yang rendah GI (glycemix index).
Dengan kata lain, makanan rendah kadar karbohidrat seperti roti whole meal, spaghetti, beras perang, yogurt rendah lemak. Makanan ini boleh mengurangkan kadar lemak serta kolestrol.
3. Periksa label makanan.
Tak kira makan apa yang kita beli, mesti periksa label dulu. Untuk tujuan diet, kene tengok jumlah yang rendah untuk kandungan karbohidrat per hidangan dan jumlah kalori serta lemak per hidangan. Selalu memang ada per 100g atau setiap hidangan yang kita ambil. Cara ini juga berkesan bagi mengurangkan risiko stroke dan sakit jantung.
4. Bersenam.
Lemak-lemak yang sedia ada seperti di perut perlukan teknik bakar lemak yang betul. Paling senang amalkan 'sit-up' 10-20 minit sekali untuk bakar lemak di perut. Kalau rajin, boleh la amalkan senaman-senaman lain seperti berjoging, berkebun, dan macam-macam lagi.
P/s: InsyaAllah, nak kurangkan berat badan tak susah pun. Apa yang penting kene amalkan diet yang berterusan. Selebihnya kita berdoa dan bertawakal sahaja la yer=)
Biasanya jgn makan nasi waktu mlm..gntikn dgn sayuran dan buah2an..
ReplyDeleteWaktu mkn mlm yg sesuai adlh dri pkul 7-8 mlm
betol tu atien....:))
Deletenak diet tapi nafsu makan membuak2.... kite suka makan nasi sangat2... tak de ke cara y nak diet tapi tak skip makan nasi.. hahah
ReplyDeletekalau saya..banyak kan sayur dgn buah..lebihkan dr nasi..still kenyang tp kalori rendah.. tu yg penting!
ReplyDelete