Seronok betul datang sini, tambah-tambah lagi Afif, anak bujang Ida yang baru boleh berjalan ni. hehe...Kat mana lagi, kat taman layang-layang ni la. Taman Tasik Layang-layang atau nama lainnya Taman Tasik Metropolitan, Kepong.
Sesuai dengan gelarannya taman layang-layang kat sini bukan sahaja tempat untuk orang datang berjoging atau beriadah tetapi tempat untuk orang bermain layang-layang.
Pemandangan tasik kat sini sangat cantik dan kawasan riadahnya yang sangat luas. So, tak heran la tempat ni selalu menjadi pilihan untuk diadakan event-event tertentu. Macam beberapa minggu lepas kami pergi, kebetulan ada event anjuran DBKL, Malaysian International F3000 Powerboat. So, kami pun join sekali lah tengok aktiviti-aktiviti yang dilancarkan seperti, belon panas, lumba boat, pertunjukan helikopter dan macam-macam lagi. Ala-ala macam expo la, ada juga booth jualan dan belon angin untuk kanak-kanak bermain.
Okey, stop cerita mengenai event DBKL tu yer. Apa yang Ida nak cerita kat sini adalah Taman Layang-layang ni sendiri. Boleh dikatakan banyak kali juga kami ke sini sebelum ni. Sebab memang best, macam picnic plak. Bawak tikar, beli makanan sket, duduk tempat-tempat redup sambil melihat orang main layang-layang, main skate board, main 'roda bleat' dan macam-macam lagi.
Sebut pasal makanan, kat sini ramai peniaga yang menjual macam-macam makanan seperti keropok, satay ikan dan jambu disamping pelbagai jenis minuman ringan. Antara kegemaran kami ialah satay ikan ni..ore kelate panggil 'lokcin' =)
Paling seronok ialah anak-anak, sebab boleh bawak basikal, kereta mainan, motor mainan untuk bermain di sini. Afif plak baru boleh berjalan. Jalan pun masih macam robot lagi. hehe..tapi, nampak sangat dia seronok, nak berjalan kesana kemari.
Selain dari jalan-jalan, apa yang digemari ialah main di tempat permainan yang banyak dikhaskan seperti buaian dan jongkang-jangkit serta macam-macam lagi. Ini la buaian yang selalu Afif naik. Ia sesuai untuk budak kecik macam Afif ni supaya selamat dan tak jatuh. Seronok dia berayun dengan buaian ni.
Ini pula belon angin/udara sempena event yang dilancarkan. Kalau Afif dah besar, comfirm merenget-renget nak bemain benda ni.
Ada rabbit jugak. Tapi mungkin time event je kot, sebab sebelum ni pergi takde pun.
Pemandangan dan panorama kat sini memang cantik terutama pada waktu petang. Tengok la, ini beberapa view menarik yang sempat Ida amik gambar. Cantik kan....
Tapi awas! Kalau nak datang sini kene datang awal sebab tempat ni memang sesak dan parking mula penuh bermula jam 5:00 petang keatas. Jalan raya area tempat ni pun dah start jem dan kalau tak salah tempat ni tutup jam 7:00 petang.
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)