Genius aulad


Followers

Saturday, October 5, 2013

Resepi Solod Lada

Resepi lagi. Kali ni resepi dari Kelantan special from my mom. Solod lada ni sedap dimakan dengan nasi kerabu atau dengan nasi putih biasa pun sedap juga. 

Husband Ida suka sangat solod lada ni. Tambah-tambah yang mak Ida buat kat kampung. So, bila balik KL, dia suruh buatkan yang sama. Siap pergi beli lada hijau untuk wat balik, sebab kat KL susah nak dapat lada hijau yang macam ni.

Macam mana nak buat yang sama macam mak buat tu kan..huhu...tak pe la yang penting bahan-bahannya sama. Jenuh la pulak kene tefon mak kat kampung, nak tanya bahan-bahan dan cara buat.  

Okey..habis bercerita panjang. Jom tengok resepinya...

Bahan-bahan:
  •  10 biji lada hijau muda ( dibelah dan dibuang bijinya-tangkai jangan buang)
  •  6 ulas bawang merah
  • 4 ekor ikan selayang (direbus dan diambil isinya)
  • 1 inci halia 
  • 2-3 biji lada hitam
  • 1 biji telur
  • 2-3 cawan kelapa parut (ditumbuk separa lumat)
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Serbuk perasa



Cara-cara:

Solod Lada: Sebelum Masak.

  1. Tumbuk bawang,halia, lada hitam dan isi ikan.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk.Masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
  3.  Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut yang di tumbuk separa lumat.
  4. Pecahkan sebiji telur. Gaul sekata.
  5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digaul tadi kedalam belahan lada hijau sehingga habis.
  6. Susun elok-elok didalam periuk dan curahkan santan keatasnya.
  7. 4- Tutup periuk. Dengan api yang sederhana biarkan sehingga santan agak kering sedikit.
  8. Siap. Sedia di hidang.


Solod Lada: Sesudah Masak.

Selamat Mencuba=)

4 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...