Kali ni dinner kat luar lagi. Macam biasa lah, kalau dah keluar jalan-jalan dan shoping ni. Penat nak balik masak. So, kami decide untuk dinner kat one of our favorite place, iaitu kat Ani Sup Utara. Ani Sup Utara adalah salah satu restoran yang terkenal kerana supnya. Sebagaimana motto restoran ini, "Ingat Sup, Ingat Ani Sup Utara".
Kalau dulu time study dulu-dulu, Ida selalu makan kat cawangan seksyen 2 dan seksyen 7, Shah Alam. Sekarang masih lagi menjadi tempat kegemaran, tapi kat cawangan Sri Gombak. Kenapa suka tempat ni? Pertama, kerana sup dia boleh tahan la, ada pelbagai jenis sup untuk dimakan dengan nasi putih, dan juga pelbagai jenis menu selain nasi seperti mee, bihun dan kuey teow sup.
Sup Tulang |
Antara pilihan sup yang terdapat kat sini seperti sup tulang, sup gear box, sup puyuh, sup perut dan macam-macam sup lagi la. Paling penting sebab ada bubur nasi sup untuk anak saya, Afif. Afif pun gemar makan bubur nasi kat sini. Sedap jugak la, boleh pilih sama ada bubur nasi ayam ataupun daging dan dihidangkan bersama telur masin.
Bubur Nasi |
Selain daripada tu jugak, kat sini terdapat pelbagai jenis minuman jus buah. Untuk Afif kami selalu minta di asingkan jus buah dan ais. So, boleh la dia minum. Suka plak tengok dia minum dengan straw. Favorite my hubby apa lagi, tea ais. Katanya kat sini tea ais dia sedap.
Ramai kan orang kat sini.. |
Time dinner area pukul 8-10 p.m. selalu nya ramai orang. Time kami pergi tu, sampai tak cukup kerusi baby. So, that why Afif (budak suka main ais..hehehe....) seronok duk atas meja tu. Apa pun kat sini sesuai la untuk hidangan seisi keluarga tu =)
Afif siap duk atas meja:) |
Antara aksi mama yang sempat posing:) |
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)