Genius aulad


Followers

Thursday, October 24, 2013

Sup Gear Box Marvellous

Sebagaimana yang Ida janjikan, Ida akan update resepi menu semasa hari raya korban hari tu. So, salah satunya sup gear box ni. 

Sedapnya bukan kepalang.huhu...mana nak cari, setahun sekali je boleh rasa ni. Kalau nak makan kat kedai memang lambat la rasanya. Mana taknya harga semangkuk sup gear box ni dah tentu-tentunya mahal kan...

Sup ni sedap dimakan dengan nasi putih dan telur dadar. yummy delicious..Siap hirup sum-sum tulang gear box ni dengan straw tau. Marvellous! 

Okey, jom tengok resepinya.

Resepi Sup Gear Box Marvellous



Bahan-bahan:
  • Tulang Gear-Box (lutut lembu*) 
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • Rempah sup tulang 
  • Rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  • Garam, gula, secukup rasa
  • Bawang goreng
  • Limau nipis
  • Cili api 5-6 biji (terpulang)
  • Daun sup
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. Rebus tulang sampai empuk *petua supaya cepat empuk letak sudu besi
  2. Tambah air jika kuahnya hampir kering. Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan lengkuas. Rebus lagi.
  3. Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar dengan rempah 4 sekawan sehingga naik bau.  
  4. Kemudian masukkan tumisan tadi kedalam periuk rebusan tulang.
  5. Tambahkan garam, gula dan secukup rasa. Padam api bila dah masak.
  6. Sedia dihidangkan dalam mangkuk. Taburkan dengan bawang goreng, daup sup, dan lada yang dihiris serta perahkan limau nipis. 
Alhamdulillah..kenyang makan, sedap betoi...=)





2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...