Sebut mengenai susu ibu ni Ida nak share sket
pengalaman menyusukan Afif. Sejak dari lahir, Afif menyusu badan. Tapi mungkin
anak pertama, selepas bersalin susu badan masih belum banyak. So, kadang-kadang
diberi susu formula. Time tu, bagi susu Anmun (new born) sebab kat hospital pun
doctor bagi susu Anmum kerana susu ibu yang masih belum keluar time tu.
Bila
susu badan dah mula banyak Afif minum susu badan sepenuhnya cuma sometimes time
keluar jalan-jalan, bergilir-gilir jugak bagi susu formula. Sepanjang tempoh 6
bulan pertama, memang tak ada masalah menyusu. Afif pun sihat je. Tapi selepas
6 bulan, penyusuan Afif makin meningkat. Dia perlukan makin banyak susu. Tidur
malam pun kene berjaga sampai 2-3 kali bangun kerana Afif nak menyusu.
Selepas melahirkan Afif, Ida memang sudah tidak
bekerja. Jadi Ida mempunyai banyak masa untuk menjaga Afif dan tiada masalah
untuk menyusukan Afif sepenuh masa. Kadang-kadang susu badan ni berlebih-lebih
pula, sampai baju pun basah. So, kadang-kadang terpaksa gunakan pam juga, untuk
elak dari payuradara bengkak kerana susu yang banyak.
Dari kecil Afif memang baik, tak banyak meragam.
Tak banyak menagis, waktu tidur- dia tidur, waktu makan - dia makan, waktu
mandi- dia mandi.hehe.... Senang sangat jaga dia. Sehinggakan Ida sempat untuk
menjahit baju pada waktu malam.
Apabila susu kerap diperah/diminum oleh
bayi, lebih banyak susu dihasilkan. Namun, apabila kita letih, sedih, marah dan
stres ia akan mempengaruhi penghasilan hormon oksitosin yang menyebabkan
pengeluaran susu terhenti. Mungkin Ida banyak menjahit waktu malam, tidur pun
lewat (pukul 1-2 pagi baru tidur). Bila tidur, kadang-kadang Afif pulak yang
kejutkan nak menyusu.
So, bila Afif dah dekat nak masuk 1 tahun, baru perasan
susu badan dah mula kurang. Afif pula, perlukan susu yang banyak memandangkan
usianya yang semakin meningkat.
Bila susu badan dah semakin kurang, pernah nak
recover balik dengan mengambil supliment untuk menambahkan susu badan. Ida cuba
minum Shaklee ESP (Soy Protien Isolate Powder). Sampai 2 tin jugak habis minum
Shaklee ni. Mula-mula agak membantu jugak, perasan jugak la yang ada sedikit
pertambahan susu badan ni. Tapi sedikit je tak banyak.
Malangnya, masih belum
cukup untuk menampung keperluan susu untuk Afif. Bila minum susu badan, Afif
jadi cepat marah (menangis) kerana susu yang sedikit menyebabkan dia tidak mahu
untuk menyusu badan. Sebaliknya dia lebih suka untuk minum susu formula dalam
botol susu, yang lebih mudah untuk dia minum dengan cepat dengan kuantiti yang
banyak.
So, bila Afif dah tak minum susu badan, automatik
susu badan yang kurang tu menjadi semakin kurang dan lama kelamaan ia stop
dengan sendiri. Hmmm...rugi pulak rasa. Tapi nak buat macam mana, mungkin
rezeki Afif untuk minum susu badan setakat umur dia 1 tahun 1 bulan
je.
Sekarang Afif minum susu Enfagrow A+. Walaupun susu ni agak mahal tapi
ia tetap tidak setanding dengan susu ibu. Macam-macam risiko apabila Afif minum
susu formula ni, mula-mula dia cirit-birit kemudian sembelit plak..Apa pun, susu ibu memang yang terbaik, tak boleh ditandingi dengan mana-mana susu formula.
Lihat juga Susu Ibu Tiada Tandingan
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)