Selain dari buat air asam, perut lembu sedap dibuat kerabu. Perut lembu ni antara hidangan yang cepat habis time raya korban. hehe...
Kerabu perut ni pun merupakan salah satu resepi time raya korban hari tu. Menu ni mak Ida yang buat. Sedap tau. So, time sama-sama buat kat dapur tu, Ida godek-godek resepi air tangan ibu ni.
Resepi Kerabu Perut Pucuk Paku
Bahan-bahan
- 2 ikat pucuk paku (dipotong dan dicelur)
- Perut lembu (direbus)
- Daun kesum (dihiris halus) *jika mahu
- Bunga kantan (dihiris halus) *jika mahu
- Sebatang serai (dihiris halus)
- 2 ulas bawang merah (dimayang halus)
- 1 ulas bawang putih (dimayang halus)
- 1 biji bawang besar (dimayang kasar)
- 3 sudu kerisik
- Sedikit santan
- 3 biji limau nipis
- 3 tangkai cili merah (dihiris)
- Sedikit belacan (jika mahu)
- Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
- Rebus perut lembu sehingga empuk, sejukkan kemudian dihiris nipis-nipis.
- Sementara tu celur pucuk paku sehingga empuk dan toskan.
- Campurkan perut lembu bersama pucuk paku tadi.
- Masukkan semua bahan yang telah dihiris/dimayang termasuk kerisik dan digaul sekata.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukan juga lada yang telah dipotong.
- Masukan santan dan gaulkan. Perahkan limau nipis dan gaul lagi.
- Sedia dihidangkan.
sedap!
ReplyDeletemmg sedap sgt!
MG suka masam2 skit rasanya
aduh! kecur ...lapa gler nampak bnde alah ni ..huhu
yelo...time Ida upload gambar ni pn, rasa kecur air liuq ni..huhu..
DeleteTerima kasih sudi berkongsi. Kerabu ini salah satu makanan kesukaan sy..
ReplyDeleteSama2..Yeke,sma la..=)
Delete