Genius aulad


Followers

Saturday, October 26, 2013

Grilled Beef Steak with Black Pepper Sauce

Ini menu last untuk daging korban hari tu. Sebab dah habis dah...hehe... 2,3 ketul juga yang Ida wat balik KL. Jemu dah asyik makan daging goreng je...so, terlintas nak masak macam ala-ala chicken chop or lamb chop. 

Search punya search kat intenet ni, rupanya untuk daging lembu orang buat steak ek..huhu...So, dengan penuh kerajinan memasak penuh semagatnya, Ida buat la Beef Steak with Black Peper Sauce ni. 

Sedap la jugak. Berselera jugak la en. husband makan. Alhamdulillah... =) 

Sumber inspirasi untuk resepi ni dari blog Amirah dan Kasih Salina. Tq ya.. Okey, jom tengok resepinya.



Beef Steak

Bahan-bahan perap:
  • 4-6 ketul daging 
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan lada hitam (dikisar)
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara:
  1. Bersihkan daging dan toskan.
  2. Cucuk-cucuk daging dengan garfu atau ketuk-ketuk kan sedikit supaya daging lembut.
  3. Campurkan kicap, sos tiram, garam dan secukup rasa dengan bahan kisar yang lain. 
  4. Masukkan daging dalam bahan campuran tadi dan perap daging selama semalaman supaya bahan perap meresap dalam isi daging.
  5. Bakar daging yang telah diperap dengan oven sehingga masak.
  6. Sedia dihidangkan bersama sos lada hitam.


Black Pepper Sauce

Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 butter untuk menumis
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu sos lada hitam
  • Secukup rasa maggi
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter sehingga berwarna perang.
  2. Masukkan tepung gandum (tanpa dibancuh supaya tidak berketul) ke dalam tumisan bawang tadi. Tumis lagi.
  3. Masukkan air.
  4. Masukkan secukup rasa, sos lada hitam dan garam.
  5. Kacau sehingga mendidih dan sehingga pekat yang dikehendaki.

Mashed Potato

Bahan-bahan:
  • 4-5 biji kentang (dikupas dan dipotong kecil)
  • 2-3 sudu besar susu segar
  • Sedikit lada hitam/ lada sulah
  • 1 sudu kecil butter
Cara-cara:
  1. Rebus kentang sehingga empuk. Toskan. Lenyek kentang tadi.
  2. Masukkan butter dan lenyek sehingga sekata.
  3. Masukkan lada hitam/ lada sulah.
  4. Akhir sekali masukkan susu segar.

Coleslaw

Bahan-bahan:
  • 1/2 batang carrot (dihiris halus atau disagat)
  • 4-5 daun kubis (dihiris halus)
  • Yogurt asli
  • Mayonis
  • Sedikit lada hitam (ditumbuk kasar)
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan dan perasakan secukup rasa.
  2. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
* Untuk bahan-bahan tambahan boleh tambah kentang goreng, tomato, salad, timun, or what ever yang sesuai. 







No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...