Genius aulad


Followers

Wednesday, October 30, 2013

Petua Menghalau Nyamuk

Tak tahu la korang pernah mencuba petua ni ke tak. Ida ada terbaca petua ni kat facebook. Tertarik nak cuba sebab masalah nyamuk ni memang part of our problem jugak la. 

So, petua nya senang je. Ambil limau nipis dan dibelah dua. Kemudian ambil beberapa bunga cengkih dan dicucuk-cucukkan atas limau nipis tadi.



Ini pengalaman sendiri mencuba petua ni. Menjadi tau. Lepas kita cucuk-cucuk dengan bunga cengkih atas limau nipis tu, bau dia memang macam ubat nyamuk la. Nyamuk pun tak de. Cara ni boleh jadi alternative untuk ubat nyamuk. Sebagaimana yang kita tahu asap ubat nyamuk ni kan bahaya. Boleh sebabkan batuk. So, boleh la cuba cara ni.

Tapi, malangnya petua ni menjadi hanya untuk 30 minit - 1 jam yang pertama je. Huhu…Lepas tu bau dia dah kurang dan nyamuk pun datang semula. Haha… Mungkin kene tambah lagi limau nipis dan bunga cengkih kot, supaya petua ni bertahan lama sket. 

Okey..apa pun sape-sape yang ingin mencuba boleh la try sendiri. Selamat mencuba =)



4 comments:

  1. 1st time dengar petua ni..hee...bagus jugak ni kak:)

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pulak petua macam ni..thanks..boleh try nanti sebab kalau gune ubat nyamuk pun nanti berbau je kan.

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...