Hai..rasa lama plak tak update entry baru pasal bercuti ni. Ok
la,entry kali ni story-mory pasal percutian di Port Dickson last week. It's not too much holiday..tapi boleh la
consider sebagai holiday. Dari KL nak g PD tak de la jauh pun. Actually last
week husband ada kursus kat Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson selama 5
hari. Lama tuh..so, en.husband decided nak bawak family bersama, sambil-sambil bercuti..:)
hehe….seronok, seronok, seronok….
Survey Hotel.
Semua preparation telah dibuat, cuma tinggal hotel je tak
booked, sebab kami nak cari hotel atau penginapan yang berhampiran dengan
Residence Desa Lagoon Resort. Nanti tak de la jauh sangat suami nak ulang-alik.
Orang kata, kalau pergi PD tak perlu risau pasal penginapan sebab banyak hotel dan resort kat
situ. Cuma kalau nak cari yang murah sket, kene la rajin survey dulu. Survey
dalam Internet semua kena booked online la pulak yang guna web agoda.com tu.
Sepanjang yang kami survey, hotel kat situ memang banyak,
tapi kebanyakannya RM200-RM250 dan ke
atas/per night. Makk aii…!! Nak berkampung 5 hari, 5 malam ni. Kene cari hotel
yang murah sket la. Hotel yang paling murah kat situ ialah Hotel Suria yang di charged RM65/night dan The Guest
Hotel
& Spa (tak sure berapa). Tapi jauh la pulak dengan Residence Desa
Lagoon Resort tu. Tengah duk survey tu jumpa pulak Hotel Tanjung P.D. Sama
murah jugak, RM65/per night. Mula-mula dah berkenan dengan hotel tu tapi belum survey lagi hotel-hotel lain seperti e-Hotel dan Hotel Budget.
Tengah duk survey-survey jumpa lagi penginapan lain iaitu PD World Marina Resort,
RM60/per night je. So, we decide to stay
here;) Dekat dengan Residence Desa
Lagoon Resort, dalam 5 minit drive je. Bukan setakat murah tapi selesa. Apartment satu bilik, satu bilik air, complete
dengan set ruang tamu, dapur, dan ada sliding door.Tak de la macam hotel yang
kami survey sebelum ni, hanya bilik je, nanti bosan, anak nak bermain pun tak
selesa.
PD World Marina Resort.
PD World Marina Resort
ni terletak kat 7th miles, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan. Nampak safety la sket kerana ada guard 24 jam
yang jaga pintu masuk. Time check in, kami diberi kunci, cerek air dan tuala.
Kira ok la kan. Bilik tidur ada air
cond, katil, dan almari solek dan almari pakaian. Ruang tamu pula ada set sofa,
meja dan tv (walaupun tak ada astro-boleh la..). Bilik air cantik dan luas, ada
paip hujan air panas (sonang nak mandikan Afif). Then dapur pulak, ada sinki
dan peti ais.Hmmm.. Boleh la berkampung kat sini untuk 5 hari ni. Hehehe…
Ini la wajah-wajah gembira Afif bila ber' holiday...:)
Tempat Menarik di Port Dickson.
Kalau datang PD ni, tak sah kalau tak pergi mandi pantai kan.
So, mula-mula sampai lagi kami dah ronda-ronda kawasan pantai kat sini. Pantai
Saujana adalah pantai pertama yang kami singgah bila sampai PD ni. Memang best
dapat merasa angin laut ni. Sejuk dan nyaman je.
Cantik sungguh panorama kat pantai ni...Subhanallah...
Ini antara photo yang kami sempat pose...peace!!:D
Second last day, baru berkesempatan untuk mandi manda di Pantai Teluk Kemang. Ramai sangat orang walaupun hari tu bukan hari cuti umum. First time bawak Afif mandi laut ni. Takut jugak dia mula-mula tu. Lama-lama baru ok.:D
Sempat main bola je, tak sempat nak main bina istana...=) |
Nice view..
Ini la antara pemandangan di sekitar Pantai Teluk Kemang ni.
Aktiviti sebelah malam pula, kami jalan-jalan ke Pasar Malam
Teluk Kemang. Tak tahu sangat kat sini orang panggil tempat ni apa. Tapi ia ala-ala
macam uptown jugak la. Ada jual barang-barang seperti baju, tudung, permainan
kanak-kanak, cenderamata dan macam-macam lagi la. Sambil-sambil mencari souvenir
untuk dibawa pulang, boleh juga window shoping kat sini..;P
Selain daripada itu, tempat yang paling best waktu malam
yang kami pergi ialah di Muzium Tentera Darat. Kenapa waktu malam? Sebab waktu
malam boleh tengok pemandangan yang cantik dengan lampu-lampu yang menghiasi
bagunan dan pokok-pokok kat situ. Ala,
macam kat i-city tu…hehe..Tapi kami tak masuk pula muzium tu. Tak sempat la,
coz siang hari husband kursus. Muzium ni ditutup kepada pelawat pada hari Isnin
dan Selasa.
Sepanjang berada dekat sini, boleh dikatakan setiap hari
jugak la kami makan kat luar terutama untuk dinner. Kat sini memang banyak
tempat makan yang best dan menarik. Dah
memang kawasannya dekat dengan pantai, makanan yang terkenal kat sini sudah
tentu lah seafood/makanan laut. Banyak restoran atau kedai makan yang menjual
masakan yang berasaskan seafood seperti tomyam seafood, ikan bakar, kerang
rebus dan macam-macam lagi. Untuk mengetahui tempat makan yang best sepanjang
kami di sini boleh tengok entry seterusnya mengenai Tempat Makan yang Menarik di PD.
p/s: Apa pun seronok juga datang PD ni. InsyaAllah lain kali
boleh datang lagi.:)
So, ini time kami dah packing nak balik dah...c u next time PD. |
Memang ok juga pi pd since tak jauh dr kl. Banyak gak aktiviti boleh buat
ReplyDeletesalam kak, boleh bg no tepon tmpt penginapan akak ni tak? mmg kompom laa ea 60/night?
ReplyDeleteBukan sana ade hantu ke?marina is popular with ghost story thats why they r cheap
ReplyDeleteNenek luu punye hantu kot...haiyaa kasi sembahyang sikit lorr
DeleteBoleh share number tak.....kami rancang g sna hujung blan ni
ReplyDeleteWahhh.. cantiknya tempat ni.. pernah jugak bercuti di Port Dickson, tp masa tu sambil team building..
ReplyDeletehttp://miaqaisarah.com/2015/04/20/team-building-supermom-di-port-dickson-day-1/
pergi corus aparment.rm 100 je..view laut..astro pn ada..buka pintu brandar laut..tenang.
ReplyDeletepergi corus aparment.rm 100 je..view laut..astro pn ada..buka pintu brandar laut..tenang.
ReplyDeletemcm mana nk dptkan harga rm100 utk corus paradise tuh
ReplyDelete