Genius aulad


Followers

Monday, November 18, 2013

Nasi Goreng Cendawan Special

Pernah makan nasi goreng cendawan tak? Sedapkan.... Selalunya Ida pernah makan nasi goreng cendawan yang tak berkuah je, tapi kali ni Ida masak nasi goreng cendawan special ni, berkuah sedikit. Dulu-dulu pernah makan nasi goreng macam ni kat Plaza Alam Sental, Shah Alam. Sedap...Tak tahu sekarang ni masih ada ke tak. 

Haa...Ini la rupa nasi goreng cendawan tu...K la, jom tengok resepinya.



Resepi Nasi Goreng Cendawan

Bahan-bahan:

  • 3-4 cawan nasi (di leraikan)
  • 4 sudu sos tiram
  • Lada hitam (ditumbuk halus)
  • Bawang merah (dipotong kasar)
  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Sedikit isi ayam (dipotong kecil)
  • Garam dan serbuk perasa
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bawang, lada hitam sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sekata.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika sehingga ayam agak masak.
  4. Kemudian boleh masukkan nasi. Gaul dan kacau sekata. 
  5. Siap. Hidangkan di atas pinggan.


Resepi Sos Cendawan

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk cendawan tiram (dibersihkan dan dicarik-carik)
  • 4-5 ekor udang bersaiz sederhana (jika ada)
  • Sedikit isi ayam (dipotong kecil)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • Sayuran campur (putik jagung, bunga kubis, carrot)
  • Sedikit sebuk lada hitam
  • 2 sudu sos tiram 
  • 1 sudu tepung jagung
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih,
  2. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, dan tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air).
  3. Kemudian masukkan isi ayam dan udang. Biarkan masak seketika.
  4. Masukkan pula, sayuran campur tadi, kacau seketika sehingga masak. Biarkan berkuah pekat-pekat sedikit. 
  5. Siap. Sedia dicurahkan atas nasi goreng tadi. 

Selamat mencuba=)



4 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...