Ada sesiapa yang mengidam ke sekarang? hehe...risau..kan upload pasal jeruk mangga ni, kan terliur pulak..tapi tak pe, nak dapat jeruk ni tak susah pun.hehe..Buat sendiri pun boleh.
Ini la hasil jeruk mangga muda yang dibuat beberapa minggu lepas. Jeruk ni lebih selamat kalau kita buat sendiri sebab tak ada bahan pengawet. Boleh makan tanpa was-was..=)
Bahan-bahan yang digunakan hanyalah gula, garam dan air masak sahaja. Cara nak buatnya pun senang je. Just buang biji mangga tu dan potong. Bersihkan, dan masukkan dalam botol berserta garam, gula dan air secukupnya.
Jeruk mangga muda ni juga boleh dibuat aiskrim. Kalau nak buat aiskrim, time jeruk buah mangga tu masukkan air lebih sket. Jadi, air jeruk tu boleh la dimasukkan dalam plastik aiskrim dan diikat kemas. Kemudian masukkan dalam peti ais tempat beku tu sehingga menjadi aiskrim.
Ini la hasil aiskrim jeruk mangga muda yang sedia dimakan.
Hmmm.. Sedap dimakan time cuaca panas. Fuhh...dapat membasahkan tekak dengan aiskrim ni, mesti best kan.
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)