Followers

Friday, November 15, 2013

Resepi Ikan Tongkol Masak Merah

Ikan tongkol ni selalunya sedap di buat masak lemak dan dimakan dengan nasi dagang. Memang best.. Tapi ikan tongkol ni sedap jugak kalau kita buat masak merah. Ida tak tahu menu lain macam mana. Tapi Ida selalu buat resepi turun-murun dari mak ni, iaitu rebus dahulu ikan tongkol ni. Sama jugak kalau kita nak buat ikan tongkol masak lemak. Jangan risau, ikan tongkol ni tak akan lembik, kerana isi ikan agak keras tak macam ikan-ikan lain. Malah jika direbus dahulu rasanya lebih sedap. Ok, jom tengok camner caranya. 



Resepi Ikan Tongkol Masak Merah

Ikan Tongkol Rebus

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan tongkol (dipotong dan bersihkan)
  • 4-5 hiris lengkuas
  • 1 keping asam keping/gelugor
  • 1/2 sudu garam
  • Sedikit air (untuk merebus)

Cara-cara:
  1. Masukkan ikan ke dalam periuk. 
  2. Masukkan lengkuas, asam keping, garam serta sedikit air.
  3. Rebus sehingga air rebusan ikan agak kering sedikit kemudian padamkan api. 
  4. Kemudian panaskan minyak dan goreng ikan yang direbus tadi sehingga masak garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
  5. Jangan buang air rebusan ikan tongkol tadi (boleh guna untuk buat sambal tumis nanti).


Sambal Tumis Ikan Tongkol

Bahan-bahan:
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 batang serai  (dikisar/diketuk pun boleh)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 4 sudu cili giling (dikisar)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil asam jawa (adabi X-tra)
  • ulas bawang besar (dihiris)
  • 1 helai daun limau purut (jika ada)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa Maggi



Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar termasuk ciling giling sehingga naik bau atau pun sehingga agak pecah minyak sedikit.
  2. Kemudian masukkan asam jawa, gula dan kacau sekata. 
  3. Masukkan air lebihan rebusan ikan tongkol tadi. (optional menggantikan air)
  4. Masukkan serbuk perasa dan garam (kurangkan sedikit sebab ikan dah masin). Biarkan mendidih dan kuah agak pekat sedikit. 
  5. Kalau nak masukkan daun limau purut boleh masukkan. Kemudian masukkan sekali bawang besar. 
  6. Kecilkan api dan boleh la masukkan ikan tongkol yang digoreng tadi. 
  7. Biarkan seketika dan padamkan api. 
  8. Siap, sedia dihidang. 


Sedap dimakan bersama nasi putih beserta ulam-ulaman.  

Selamat mencuba=)





3 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...