Genius aulad


Followers

Thursday, November 14, 2013

"My First Writing Art" - Afif

Suka pulak mama tengok Afif sekarang ni. Dah pandai! Yeay....! Sepandai budak umur 1 tahun la. hehe... Sekarang dia berusia 1 tahun 4 bulan. Hmm...besar dah. Cepat pulak rasanya. Sekarang hobinya ialah bermain dengan buku. Sejak beberapa bulan lepas lagi dia asyik duk berebut buku dengan papanya. Setiap kali papanya nak menulis, time tu la dia nak menulis jugak. "Hmm...budak-budak, biarkan la", kata papanya. 


Kanak-kanak tengah membesar seusia sama macam Afif ni memang cepat belajar. Apatah lagi, bila setiap hari semuanya benda baru bagi mereka. Dia mula faham apa yang kita buat dengan melihat dan mendengar apa yang kita cakap. Kalau sebelum ni, tak reti apa-apa, melainkan lapar dan mengantuk je dia tahu. huhu.. 



Dalam mendidik anak-anak kita sentiasa kene memberi sokongan dari segi mental dan fizikal supaya anak kita membesar dengan sempurna. (ceeewahh..macam pakar motivasi pulak). Sokongan yang macam mana? Sokongan yang berbentuk semangat dan dorongan la..seperti kata-kata pujian, tonjolkan perasaan gembira, memberi hadiah atau seumpamanya. Macam Afif, dia memang suka orang memuji-mujinya. Bila dapat pujian, dia akan bertepuk tangan siap berjoget-joget. haha... Itu tandanya dia suka, dan dia akan buat lagi, supaya mama dan papanya akan memujinya lagi. Contoh...bila kami menyuruhnya mengambil bola (benda yang simple2 la). Kami akan cakap, 'Yeay..Afif pandai, sambil menepuk tangan gembira bila dia berjaya mengambil bola'. Dengan serta merta dia pun akan suka, tersengeh-sengeh sambil ikut sama menepuk tangannya. 


Sama jugak dengan menulis. Bila dah dapat buku sendiri dia akan ingat itu adalah buku dia punya dan tak kacau lagi buku papanya. Malah dia akan terikut sama nak menulis di bukunya setiap kali melihat papanya menulis. Buku tu buku lama, dan dah tak guna lagi. Jangan bagi buku yang kita sayang pulak. Kan dia koyak-koyak dan conteng-conteng. Habis la....

Teringat sewaktu balik kampung beberapa bulan yang lepas. Bila atuknya melihat Afif sedang bermain dengan pen serta buku. Macam terpegun atoknya bila melihat Afif cuba menconteng-conteng sesuatu kat buku tu. Tapi waktu tu, sengaja kami tak tekan muncung pen tu, sebab bimbang kalau-kalau dia cucuk kat mata ke, conteng tangan sendiri ke, kaki sendiri ataupun conteng kat baju. Yelah...time tu dia kecik lagi, tak reti apa-apa.. Katanya atoknya, pandai Afif ni pengang pen. Pegang macam cara nak menulis tu, muncung ke bawah. Yela, selalunya budak-budak sebesar ni mana reti lagi, pegang pen pun macam alat mainan la, melintang, menegak sumekan. hehe.. 


Apa yang ditulisnya?? Ini la hasil seni dari tulisan tangan Afif. Walaupun sekadar conteng-conteng macam tu je, tapi baginya ini la yang dia nak tunjukkan supaya mama dan papanya memuji. So, puji je la..."Cantiknya..Afif tulis apa tu?" Ini teknik membina komunikasi yang baik dengan anak. Jangan tak tau.hehe.. Sentiasa bercakap dengan anak, bertanyakan soalan walaupun dia belum boleh bercakap juga merupakan cara yang baik untuk perkembangan mindanya. 


Salah satu cara mudah ialah dengan membimbing anak. Pengang tangannya bersama dan cuba tulis benda-benda mudah. Seperti ABC, 123 dan sebagainya. Walaupun anak kita tak tahu apa yang kita tulis tapi, dia melihat dan apa yang dia lihat akan disimpan dalam kotak ingatannya. 


Pengajarannya jangan sekat minat anak-anak, sebaliknya berilah sokongan kepada anak supaya anak tidak membesar dalam keadaan tertekan. So, kita layankan aje lah...Tengok la macam-macam aksi anak mama sorang ni. 

Aksi: Meniarap pun ada.
Aksi melihat pada kamera: Mula-mula dia pun blur.
Aksi melihat pada camera: Pastu mula tersengeh. Dia tahu bila orang nak
ambik gambarnya.
Aksi melihat pada camera: Pastu, cuba buat spontan dan senyum..
Lepas tu.. Dah tak hirau dah..satu dua gambar je dia layan.
Then, lansung tak endah..walaupun ada orang nak ambik
gambar dia buat derk je..
Hopefully, lepas ni Afif akan jadi seorang yang rajin membaca dan bijak. Harap-harap la..hehe..Minat membaca kene pupuk sewaktu kecil lagi kan..kan..Okey la, itu saja setakat ni. Celoteh mengenai anak-anak ni tak pernah habis, nantikan entry seterusnya pula. 




2 comments:

  1. afif nomeyy lukis ape tuh heheh..ske buat muke gitu..tiut errr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..TB..afif ni suke sangat wt muka kiut gitu..huhu

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...