Genius aulad


Followers

Tuesday, November 12, 2013

PengalamanMakan: Kedai Makan Upin & Ipin, Taman Melati

Salam..

Kedai Makan Upin & Ipin, satu nama yang semakin mendapat tempat di kalangan penjejak tempat-tempat makan sekarang ni. Dulu one of my friend ada suggest kan tempat ni,  tapi tak pernah pulak ke sini sampai la last week tetiba je ajak husband makan kat restoran ni. Lagi pun Afif minat sangat dengan siri kartun animasi Upin & Ipin ni. Nak jugak tengok dan rasa macam mana la pulak kedai makan Upin & Ipin ni. 

Buku Menu

Tapi, rasanya 1st time ke kedai ni, kami 'langkah kiri' kot. Ada la beberapa yang boleh membuatkan mood yang berkobar-kobar nak makan kat sini 'down' serta-merta. Mungkin kedai makan ni masih baru bertapak kot, so masih banyak lagi yang belum menepati citarasa pelanggan. 

Bagi yang masih belum tahu, dan ingin tahu kedai makan Upin & Ipin ni one of the francias Upin & Ipin yang terbaru dari Les' Copaque Production. 
Yay! Ada ayam goreng!. Ha!, begitulah reaksi kawan-kawan kita apabila sampai ke Kedai Makan Upin & Ipin. Kedai Makan Upin & Ipin ini adalah merupakan salah satu francias Upin & Ipin yang terbaru dari Les’ Copaque Production. Kalau dulu kawan-kawan hanya boleh menonton siri Upin & Ipin di kaca TV, sekarang kawan-kawan dah boleh makan di Kedai Makan Upin & Ipin.":Petikan dari website Upin & Ipin 
Okey, back to the story. Apa yang buat kami tak puas hati ni?? Time kami pergi, that day's public holiday, cuti 1 Muharam. So, bila menu sampai kat meja kami membuat order seperti biasa. Tengok semuanya macam sedap-sedap. Tapi sebelum kami buat order tu, pelayan kat situ dah inform awal-awal yang makanan yang 'berdaging' tak ada hari ni. Okey..kami accept. Tekak ni teringin nak makan mee rebus, husband pula nak try nasi ayam kat sini. Afif pula kami order bubur ayam. (semua ayam kan).  Salah satu sebab kami ke sini adalah sebab ada bubur nasi untuk Afif, 1 tahun. Selalunya Afif suka makan bubur nasi kat McD, kali ni nak try bubur nasi kat Kedai Makan Upin&Ipin pula. 

Menu: Bubur Ayam
Bila pelayan tu dah ambil order, dalam 2-3 minit pelayan tu datang lagi. Dia beritahu yang mee rebus, dan bubur ayam tak de. Haa?? Dah rasa 'down' kat situ kan.. Habis tu.. bubur tak de, Afif nak makan apa. Kertas order bukan main cun dah..tapi camni pulak jadinya. 

Borang Pesanan
Kami minta suggestion dari pelayan tu, menu apa lagi yang sesuai untuk Afif ni. Ada tak makan lain yang macam bubur.. Katanya 'Tak de'. Huh...So, tanpa fikir panjang dan malas nak belek-belek buku menu lagi, we just decided nasi ayam je lah kedua-duanya. Kami tak salahkan pelayan tu sebab dia pun dah cakap elok-elok. Katanya, tukang masak tak de hari ni. So, kami fikir mungkin hari ni ramai pekerja cuti kot. Hmm.. nak buat macam mana kan..Nasib kami 'langkah kiri' hari ni. 


Walau apa pun, tak dinafikan nasi ayam yang kami makan tu boleh tahan sedap jugak. Tapi, bagi kami minuman kat sini agak mahal, semuanya RM3.00 ke atas. Tea ais, RM3.00, rasanya agak mahal jugak kan?


Dalam 'banyak-banyak' yang tak best tu, ada jugak yang best, sebab Afif tak hiraukan makan sangat sebab dia syok duk tengok tv cerita Upin & Ipin yang dipasang tu. Selain dari tu, kios atau tempat jual barangan Upin & Ipin ni bagus juga. Ini boleh jadikan sebagai alternatif untuk tarik minat kanak-kanak yang datang untuk membeli selain dari datang untuk makan. Tapi rasanya harga juga agak mahal. 



Walau apa pun, kami tetap sokong kedai makan Upin & Ipin ni (tak nak orang lain pun rasa down) hehe... Mungkin kene buat pembaharuan sedikit supaya orang lain yang datang ke sini tidak mendapat nasib yang sama. Apa yang berlaku hanyalah berdasarkan pengalaman kami sahaja, tapi mungkin cawangan-cawangan berbeza. InsyaAllah, ada rezeki kami akan cuba makan di cawangan lain pula. 

Suasana dalam Kedai Makan Upin & Ipin
Kami percaya pihak pengusaha Kedai Makan Upin & Upin ni sedang berusaha sedaya untuk memberi service yang terbaik untuk pelanggannya. Lihat saja kertas maklum balas (survey) dari pelanggan yang berkunjung ni. 

Kertas maklum balas pelanggan (customer survey)

Harapan kami, moga lepas ni tak de lagi kes-kes yang macam ni, supaya kami tak serik untuk berkunjung lagi. Even kedai mamak pun, selalunya tak terjadi kes tukang masak tak de ni. hehe....Okey..Peace!







No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...