Genius aulad


Followers

Saturday, November 16, 2013

Sandwich Sardin

Selamat pagi...Selamat pagi...(^_^) Bersarapan dengan apa pagi ni? Pagi ni Ida dah buat sandwich sardin. Memandangkan dah lama sardin yang ada tu tak guna. Buat nescafe segelas sedap juga kalau makan dengan sandwich ni. Tapi Ida lebih gemarkan hot chocolate, jarang-jarang minum coffee/nescafe boleh la, kalau kerap sangat nanti sakit kepala dibuatnya. 

Dulu-dulu, time nak  g kerja, sebelum naik LRT tu..selalu je beli sandwich ni. Hehe...sebab mana sempat nak buat pagi-pagi nih..huhuhu.. K la, pada sesiapa yang rajin pagi-pagi ni. Jom buat sandwich sardine ni. Anak-anak, suami pun boleh makan sekali. =)



Resepi Sandwich Sardin

Bahan-bahan:
  • 1 tin kecil sardin (ayam brand @ marina) - sardin yang sedap, sandwich pun sedap=)
  • 6-8 keping roti sandwich 
  • 1/2 biji bawang besar (dihirs)
  • 1 biji bawang merah (dihiris halus)
  • Sedikit garam (jika perlu)
  • Serbuk perasa (untuk tambahkan rasa)
  • Sayur dihiris (boleh guna timun, tomato, kubis, salad) - Ida just guna tomato n timun je. 
  • Sedikit air (jika perlu)
  • Sedikit minyak


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sardin dan harcukkan isi sardin tersebut. Gaul sebati.
  3. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air. (sedikit je tau)
  4. Kemudian, rasakan. Kalau perlu garam, boleh tambah. Tapi ida dah guna serbuk perasa maggi.. so, tak perlu garam, sebab dah cukup masin dah. 
  5. Pastu boleh padamkan api.
  6. Sediakan roti. Sapukan pada sekeping roti dan letak timun dan tomato. Kemudian tindan dengan sekeping roti lagi. 




Buat langkah yang sama sehingga sardin habis. 
Lepas tu. Buang tepi sandwich tu dan potong berbentuk 3 segi. (Tepi roti tu, kalau tak nak membazir, buat cicah air sedap jugak).


Dah siap. Hidangkan sebagai sarapan pagi.




* Ini ida guna roti gardenia, so rotinya agak lembik sedikit. Tak pe la, main hentam saja. Sedap juga=)
* Kalau nak lebih sedap taruk salad dan mayonis. Lagi sedap.  






No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...