Genius aulad


Followers

Friday, November 15, 2013

Lunch Time @ The Chicken Rice Shop

Makan time lagi. hehe...Kali ni dekat The Chicken Rice Shop, Wangsa Maju dekat Carefour tu. Soronok pulak pergi shopping kat Carefour tu, sebab lepas penat-penat shopping boleh makan-makan kat pelbagai kedai atau restoran kat situ. Pilih je nak makan apa, KFC, McD, Pizza dan banyak lagi. Kalau nak makan kat dia punya food court pun boleh jugak. So, tak payah nak susah-susah nak kuar parking pergi cari tempat makan yang jauh-jauh. 

Kiteorang kalau pergi Carefour tu, memang spend masa half day, pagi-pagi pergi, petang baru balik. Shopping time sahaja pun dah berapa jam dah, pastu terus makan kat situ. Mana taknya, kat Carefour ni selalu ada promosi, nak-nak promosi diapers dan juga susu baby. Laju benar je pi terkam.hehehe.. Eh, eh..apa yang dah melalut sampai ke laut ni. Maaf la yer...


Okey..Mood makan kali ni ialah nasi ayam. Kali ni nak makan kat restoran yang memang tersohor dengan menu khasnya nasi ayam ni. 


Baby Boy kami baru bangun tidur. Time shopping dia tidur, time makan
dia bangun..huhu =)

So, pilihan menu kami ialah Set Chicken Rice Meal, RM15.50/set. Apa yang ada dalam set ni, Pai Tee, Serve Chicken Roast, Chicken Rice, Soup, Pak Choy Oyster Sauce dan dessert (macam kokteal gitu). Menu tambahan Roasted Chicken Rice (single)-nasi ayam sahaja. Minuman pula Strawberry Ais dan Teh Tarik. Teh tarik kat sini RM4.80. Huuuh... 

Hidangan untuk nasi ayam.
Menu: Chicken Roast 
Menu: Pai Tee
Menu: Pak Choy Oyster Sauce 
Menu: Rainbow Delight Dessert.
Minuman: Strawberry Ais
Minuman: Teh Tarik 

By the way, semua hidangannya sedap. Tapi paling suka bila makan Pai Tee tu. Sedap! Ala-ala popia, tapi isi sayur-sayuran dimasukkan dalam kulit atau cup yang rangup. Untuk menu-menu lain kat sini korang boleh la refer menunya di sini.

Total semua yang kami makan ialah RM31.95 termasuk service charge. Ok la kan lebih kurang makan kat McD dan KFC tu.





2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...