Salam...
Tak habis lagi entry pasal bercuti ni kan.hehehe..Sebenarnya, this time kami bukan bercuti pun kat Melaka. Just jalan-jalan di sekitar Bandar Melaka ni. Ini sambungan dari pergi bercuti ke Port Dickson, sebelum balik KL, kami singgah jalan-jalan ke negeri Melaka ni pula. Alang-alang PD dan Melaka ni dah dekat, so tak nak lepaskan peluang ke negeri yang bersejarah ni.
Seronok jugak dapat melihat dan menghayati sendiri sejarah negari Melaka ni. Jom tengok antara tempat-tempat yang sempat kami lawati.
1. Kota A Famosa
Kota A Famosa ni tempat yang wajib di kungjungi kalau ke Melaka ni. Ia merupakan kubu pertahanan orang Portugis suatu ketika dahulu. Nak masuk ke sini tak ada tiket dan tak perlu bayar pun kerana masuk percuma. Rugi la kalau tak datang sini kan..Tapi, nak naik atas Kota A Famosa ni kene panjat tangga sket la..=)
|
Kota A Famosa: Sebelum ni pernah tengok dalam buku Sejarah je.hehe.. |
|
Welcome: Kota A Famosa |
|
Afif: Teruja dapat jalan-jalan di sini. |
|
Jom tengok apa yang ada dalam Kota A Famosa ni. |
|
Posing ala-ala model gitu..Jangan marah..=) |
|
Ini antara yang terdapat dalam Kota A Famosa ni. |
|
Pemandangan yang boleh dilihat dari atas Kota A Famosa. |
|
Afif tak mo di pegang. Nak jalan sendiri. |
|
Wah...sape ambik gambr sape ni...=) |
2. Menara Taming Sari
Kalau nak melihat pemandangan di sekitar bandar Melaka ni boleh la naik Menara Taming Sari ni. Menara ni, dibina dengan replika keris taming sari dengan ketinggian 110 meter. Tinggi kann... Tapi bila ditengok-tengok tak nampak macam keris pun..hehe..Objek besar susah nak nampak bentuk keris tu kan.
|
Menara Taming Sari: Pemandangan dari atas
Kota A Famosa. |
|
Benda bulat ni akan naik ke atas sambil berpusing dengan kelajuan perlahan. |
3. Dataran Pahlawan
Dataran Pahlawan ni juga merupakan tempat popular dikalangan pengunjung. Di sini terdapat mall atau bagunan-bagunan seperti pusat membeli belah.
4. Istana Kesultanan Melaka.
Nak masuk dalam istana ni, kena beli tiket. Tak mahal, murah je...RM2/seorang. Dalam istana ni kita boleh melihat sendiri patung-patung dan lukisan pahlawan terdahulu dalam sejarah kesultanan Melaka. Kat sini, terdapat banyak cerita atau sejarah yang boleh dibaca sendiri.
|
Nak masuk dalam Istana ni kene tanggalkan kasut/selipar. |
|
Aii..membaca sejarah Melaka ke...hehe... |
5. Muzium Samudera.
Kalau nak merasa naik kapal besar pada zaman dahulu, boleh la ke Kompleks Muzium Samudera. Nak masuk kene beli tiket berharga RM6/seorang. Suasana kapal besar ni lebih kurang sama dengan suasana Istana Kesultanan Melaka. Kalau tak salah kapal ni ada 3 tingkat. Ia dihiasi dengan lukisan-lukisan dan nota-nota sejarah Melaka yang terpangpam disegenap dinding kapal ni. Kat sini boleh la tengok sendiri tempat kurungan atau penjara dan juga tempat captain atas kapal tu.
|
Selamat Datang ke Muzium Samudera. |
|
Ini la rupanya kapal tu yer...=) |
|
Ini la 2 tiket kami..boleh buat kenangan jugak ni=) |
|
Best dapat bergambar atas kapal ni... |
6. Tempat-tempat lain.
Terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami belum pergi. Tapi di sekitar bandar Melaka ni sempat la kami melihat dan bergambar dekat keretapi tanah melayu (KTM) versi lama dan baru, kapal pesawat tentera ni dan yang paling best kalau dapat naik beca. Kat Melaka ni memang popular dengan beca berhias ni. Beca ni dihias cantik-cantik untuk membawa para pelancong ronda-ronda ke sekitar kawasan bandar Melaka ni. Tiket untuk sebuah beca RM40/per jam.
|
Keretapi |
|
Kapal pesawat |
|
Tambang beca RM40/1jam |
|
Beca berhias |
Paling seronok ialah Afif ni. Tengok sendiri la telatahnya bila dapat jalan-jalan ke sini.
|
Seronok nak berjalan sendiri. Have his own journey. Penat mengejar..huhu |
|
Ini pula time kat Kota A Famosa. Afif geram sangat tengok kucing ni..=) |
|
Mak aiii...Sempat lagi bersembang dengan anak omputeh..Afif ni sume orang
dia layan..aduii...=) |
Sebelum pulang, tak sah kalau tak beli cenderamata ni. Kalau datang ke sini tak perlu risau, kat mana-mana pun ada dijual dengan cenderamata untuk di bawa pulang.
|
Pelbagai jenis cenderamata untuk kenangan. |
Tak sabar rasa nak gi Melaka jugak, hotel mana yang best or puan rekomen?
ReplyDeleteTerima Kasih
best jalan2 =) maaf la kami prgi tak bermalam pn. xpasti pulak bab2 hotel kt sana.
Delete