Apa nak buat dengan kentang ni ek. Kalau dibuat potato wedges sedap juga kan..Sesuai untuk makan petang-petang ni. Buat air secawan. Perrggh...Sedap kan... Jom..Jomm... Ke dapur la kita. Kejap je..Resepi ni senang je nak buat. Nak buat Cheesy Wedges macam KFC tu, keju pulak tak de. Tak pe..nanti dah ada keju kita buat Cheesy Wedges ala-ala macam kfc tu pulak ek. So, sekarang gunakan bahan yang ada untuk buat potato wedges ni.
Resepi Potato Wedges
Bahan-bahan:
- 3-4 biji ubi kentang (potong tanpa dibuang kulit)
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk cili (jika mahu)
- 1 biji putih telur (dipukul terlebih dahulu)
- Tepung gandum secukupnya
- Sedikit tepung jagung (untuk rangup)
- Garam secukupnya
- Serbuk perasa
- Air (untuk merebus)
Cara-cara:
- Kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran pada kulit. Lepas tu, potong berbaji kentang tu tanpa buang kulitnya yang nipis tu.
- Rebus kentang bersama sedikit garam sehingga empuk (jangan terlalu empuk sehingga lembik pulak yer). Lepas tu boleh la angkat dan toskan.
- Selepas itu, gaulkan kentang dengan serbuk lada hitam dan serbuk cili sehingga sekata. Nak masukkan kentang dalam bekas/plastik pun boleh. Senang nak goncang supaya serbuk tadi bersalut sekata dengan kentang tadi.
- Kemudian celup/salutkan kentang dengan putih telur yang dipukul supaya melekat dengan tepung.
- Selepas tu salutkan pula dengan tepung gandum dan tepung jagung yang diadun bersama sehingga kentang habis.
- Then, boleh panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan hingga masak kuning keemasan.
- Dah siap. Boleh hidangkan bersama moyonis dan sos cili.
* p/s: Kentang direbus terlebih dahulu supaya masa menggoreng tu, tak amik masak lama sangat. Tapi terpulang la, tak nak rebus nak goreng terus pun boleh.
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)