Terliur tengok ayam panggang kat pasar malam..aduii...meleleh..heheh..tapi rasa nak buat sendiri, lebih puas hati kan. Tapi ayam panggang yang Ida buat ni bukan la sampai seekor dipanggang bergolek-golek tu.hehe..dua tiga ketul je. Cukup untuk 2 orang makan. Sikit je, senang menggunakan pemanggan ajaib tu. Kalau nak buat seekor pun boleh juga. Tapi kalau seekor tu kene masuk oven la jawabnya..
Ayam panggang madu ni sedap sebab terasa madu dan rempah tu melekit-lekit pada ayam. Wah...Makin mengiurkan neh.. Tapi kalau tak de madu boleh juga digantikan dengan gula melaka atau gula. Tapi rasanya kureng la sket berbanding madu. K la, meh kita memanggang ayam pulak=)
Resepi Ayam Panggang Madu
Bahan-bahan:
- 4-5 ketul ayam (kepak, paha @ bahagian-bahagian lain yang diminati=)
- 3-4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1/2 inci halia (ditumbuk)
- 3-4 sudu besar madu
- 3 sudu sos tiram
- 1-2 sudu kicap manis/pekat
- 1 sudu cili giling (jika mahu rasa pedas-pedas sket)
- Sedikit serbuk lada hitam
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara:
- Potong ayam, bersihkan ayam dan ketepikan.
- Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.
- Satukan bahan tumbuk tadi dengan madu, sos tiram, kicap, cili giling, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sekata.
- Kemudian, lumurkan pada ayam dan perap seketika (dalam 1-2 jam).
- Selepas tu boleh la panggang ayam samada menggunakan oven atau pemanggang ajaib. So, nak senang just gunakan pemangang ajaib.
- Panggang sehingga masak dengan api yang perlahan supaya tidak mudah hangus.
- Siap. Ayam panggang madu sedia dihidang=)
Ayam Panggang Madu
Selamat Mencuba=)
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)