Genius aulad


Followers

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, August 31, 2018

Genius Aulad Kubang Kerian: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 2018

Salam Kemerdekaan Malaysia kali ke-61 buat semua. Saya juga tidak terlepas untuk menyertai dan melihat sendiri sambutan  hari kemerdekaan yang disambut di Genius Aulad Kubang Kerian pada tahun ini.  


Tertarik dengan sambutan hari kemerdekaan yang diraikan. Di Genius Aulad sentiasa ada akiviti yang melibatkan ibubapa bersama anak-anak menyertai aktiviti di sekolah yang dikenali sebagai (Students Parents Aktivities - SPA). Oleh itu, sambutan pada kali ini bukan sahaja melibatkan kanak-kanak tetapi melibatkan ibubapa juga. 

Begitu menarik sekali kerana ibubapa juga turut meluangkan masa, memberi sumbangan dan mangambil bahagian dalam acara yang disediakan. Laungan kemerdekaan serta nyanyian lagu patriotik turut menjadi sebahagian acara pada sambutan hari kemerdekaan pada kali ini. 


Bersempena hari sambutan kemerdekaan pada tahun ini yang bertemakan "Sayangi Malaysiaku", Genius Aulad Kubang Kerian mengambil inisiatif untuk menerapkan perasaan cintakan negara dengan memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisional pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Kuih Bulan, Tosai, dan sebagainya. 

Wednesday, August 29, 2018

Genius Aulad Kubang Kerian: Pendaftaran Pengambilan Pelajar Sesi 2019

Pendaftaran untuk pengambilan sesi 2019 di Genius Aulad Kubang Kerian kini sudah dibuka. 
Sebarang maklumat lanjut boleh walk-in ke lokasi atau menghubungi no. telefon berikut. 


Lokasi: 
Genius Aulad Kubang Kerian
PT 1581, Bandar Baru Kubang Kerian, 
16150 Kota Bahru, Kelantan.

Contact No.:
09-764 3442 @
019-6370185 (Tc. Ayuni) 

Peta Lokasi:

Monday, August 6, 2018

Menu Sarapan: Breakfast Diet Challenge

Hi...Tercabar betul bila berat badan dah naik kan...Terus rasa tak senang duduk dan nak diet. Habis google info-info pasal diet..haha....Walaupun tak tahu sangat tips-tips diet yang berkesan, tapi sememangnya pengambilan sarapan pagi adalah sangat penting. 

Selalunya bagun tidur minum air kosong je segelas, terus buat itu, ini....sampai tengah hari baru baru la nak lunch. Itu pun sebab perut dah berbunyi minta diisikan.huhu....teruk betul. 

Jadi untuk seminggu ni saya cabar diri saya WAJIB ambil breakfast.. Menu yang saya sediakan ni mudah dan simple je. Ambil je apa yang ada kat dapur..



Menu: Roti Bakar, Telur masak separuh, Madu, Teh O tanpa gula.


Menu: Rot Bakar dengan Scramble Egg, Teh O tanpa gula, Buah Anggur. 

Menu: Mushroom Soup, Roti Bakar, Buah Anggur, Teh O Tanpa Gula. 

Wednesday, August 1, 2018

Video Cara-cara Memasak Bubur Nasi Ala McD Simple

Salam..Hye korang buat apa? Tengah masak ke tu? hehe...Suka pulak saya tengok dekat 8 Rainbow Post Most Popular ni lebih-lebih lagi top 1 dalam ranking ialah Resepi Bubur Nasi Ayam ala McD. Top ranking ini di ambil pada August 2018. Sah-sah korang juga suka dengan menu simple seperti ni kan. Ada juga yang pm untuk detail resepi ni. 

Apapun saya akan tolong setakat yang termampu. Sebenarnya memasak ni lahir dari minat, inspirasi sendiri tau. Bagi saya la, ia adalah terapi stress yang sangat best..hahaha..Masak je, tapi tak semestinya kita yang makan. Orang lain yang habiskan..
jangan rosakkan mood tengah diet ni..haha...

Jadi alang-alang terlebih rajin ni, mood mengedit video pun tengah ON kan. So, saya nak share video pendek lagi simple cara-cara memasak resepi Bubur Nasi Ala McD. 

Friday, January 5, 2018

Best Ever Holiday! Bercuti ke Lost Wold of Tambun

Baru berkesampatan nak upload photo masa bercuti ke Lost Wold of Tambun. Ya Allah..This is very joyful trip setakat ni, bawa anak-anak. Dorang happy sangat. Pasal tiket masuk dah lupa, korang boleh la google untuk yang up to date info. Tapi serius agak mahal la...rasa hangin jugak kalau tiket mahal-mahal tapi tak best kan..By the way rasa berbaloi la mahal pun sebab memang best you all.. tak rugi pun sebab memang anak-anak enjoy habis..

Mula-mula pilih nak datang sini ada survey jugak, rata-rata semua bagi feedback yang memuaskan. So, that why decide untuk bawa anak bercuti kali ni ke sini. 



Korang kalau nak ke sini baik ceduk info banyak-banyak dulu tau..sebab nanti tak de la macam rusa masuk kampung bila ke sini. Ok, Lost World Of Tambun ni terletak di Ipoh, Perak. Tempat ni sangat luas, dan kalau nak pergi better pergi pagi-pagi lagi tau. Kawasan dia ada theme park, beach, dan zoo. Haa....mana tak menarik kat sini kalau nak bawak anak-anak memang sesuai sangat la. Anak-anak boleh main dan explore sampai penat tau dorang. 

Sunday, May 21, 2017

Nurraysa Raya Sale 2017: Dapatkan Produk Nurraysa dengan Harga Lebih Murah!!

AIDILFITRI SALE KEMBALI LAGI!

Ehh...awal bebenor plak sale raya Nurraysa ni. Betul ke ni?? Ha..Kalau uolls nak tahu, Raya Sale atau Aidilfitri Sale Nurraysa 2017 telah pun bermula pada 15 Mei 2017 sehingga 30 Jun 2017

Tak de awalnya uolls, sebab time ni la waktu korang nak berjimat. Kenapa pulak? Bila dah masuk bulan puasa, dan dah dekat nak raya macam-macam lagi uolls nak beli tau. Baju raya nak kena beli, kuih raya nak kena beli, hiasan rumah nak kena beli..itu nak baru, ini nak baru..semua tu nak kena beli.. 

Kalau last-last baru uolls nak beli mau bankrupt poket tu.. So, beli sikit-sikit dari awal, jadi tak de la pening kepala di saat-saat akhir nanti. Kan,kan...?

Haa.. korang mesti tak sabarrr kan nak dapatkan produk Nurraysa dengan harga promosi.
Nah! Mulai 15 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 korang akan menikmati harga promosi kaw kaw tau.  😍😍


Jom tengok set harga sale produk-produk Nurraysa. "Alamak! Saya dah ada produk yang ni, saya cuma nak produk yang ni je." Jangan risau harga loose satu-satu produk pun ada.. boleh refer sini. Walaubagaimanapun harga ada juga yang tak sama setiap sale, harga berlainan. Harga adalah tidak termasuk kos pos. 

Saturday, May 13, 2017

Kenali Produk Nurraysa: Kenapa perlu memiliki Produk Nurraysa?


"Kenapa perlu pilih produk Nurraysa Beauty sebagai pilihan utama ANDA ?? "

Kurma Nurraysa: Khasiat dan Info Kurma Lu'Lu'


🌴 KURMA LU'LU' 🌴 
KEISTIMEWAAN



🔹 isi tak lembik tapi lembut
🔹 rase tak terlalu manis tapi sedap
🔹 takde tangkai
🔹 Jenis lu'lu' bermaksud mutiara, berwarna lebih cerah berbanding kurma ajwa (kurma nabi)

Nurraysa Collagen Powder: Info dan Testimoni

JOM KENALI NURRAYSA COLLAGEN POWDER (NCP)😍

NCP adalah supplement dalaman yang membantu anda menjadi sihat dan cantik dengan mudah, hanya koyak dan kemam sahaja(",)

Sunday, April 17, 2016

Cerita Pump Susu - Breast Feeding

Salam...Annyyosayoo!! Dah kenapa keluar bahasa Korea neh..huhu... Ok, sebut mengenai pump susu ni, actually time pregnant lagi dh sibuk survey dan fikir nak beli pump susu brand apa. Bercelaru jugak dengan persoalan "which one is better?". Naik stress jugak bila rasa tak tahu nak pilih yang mana satu nak.

Mana tak nya this is fist time nak beli breast milk pump. Takut bila dah beli nanti menyesal plak. So, antara aspek-aspek bermain di fikiran yang menjadi ciri-ciri pembelian yang "win-win" sudah tentulah harga, flexibility, tahan lama, tahan lasak dan yang penting skali haruslah memberikan productivity yang bagus.

Haaa...serabut kepala nak buat pemilihan yang bijak ni..:-) So, bila ditanya pendapat mr.husband, jawapannya "biar la dulu, tunggu bila dah baby lahir baru fikir nak beli yang mane". Full stop....alahai terbantut plak nak buat preparation awal.

However....dah set in mind 2 brand yang boleh dikatakan bagus, iaitu samada brand Avent ataupun Medela. Either nak yang manual or elektrik masih lagi buntu. Huhu..

Bila dah deliver baby...baru la en.husband nak g beli breast milk pump. Tapi still lagi bukan urgent coz baby menyusu direct, tak ada masalah, cuma susu plak yang melebih-lebih, sampaikan baju pun basah dan sometime sakit sebab breast bengkak. So, kene pump jugak. Lagi pun sayang membazir, sebab dah boleh buat stock express breast milk (ebm). Senang bila dah start kerja nanti stock susu dah banyak.

Hasil dari duk survey online, brand avent yang manual murah je bawah RM200, yang elekrik pula range RM800. Brand Madela plak bagus jugak, tapi mak aiiiii...mahal la plak, yang elektrik range RM1000 lebih, tapi orang kata puas hati walaupun mahal kualiti dan semua kreteria "tiptop". Consider this is 1st time nak beli, tak ada experience lagi so, better try yang biasa dan murah dahulu. So, I have make decision nak breast milk pump Avent, Manual.

Mula-mula ingatkan nak beli online je, tapi en.husband plak cakap better beli direct kat kedai. Any problems, warranty ke boleh directly refer kedai tu. Ok la...so, beli la breast milk pump, manual dekat kedai peralatan bayi Manjaku.


Saturday, July 4, 2015

Hiasan Dalaman: Lampu Hiasan Penyeri Rumah

Tiktoktiktok....masa berlalu. Rumah Ida sudah pun dah masuk fasa untuk mendeco-deco dah. Selesai sahaja proses mengecat rumah, en.suami terus mengajak untuk membeli lampu-lampu di dalam dan luar rumah. Apa lagi perasaan melonjak-lonjak happy nak hias rumah, walaupun Ida bukannya pandai sangat. Maklum la rumah sendiri, perasaan tu lain sket nak bagi rumah tu cantik!!!

Planning awalnya rumah kami siap sebelum raya, tapi banyak benda lagi tak setle, so kene tunggu lepas raya jugak la.. Takpe, yang penting tak kelam kabut sebab banyak benda lagi tak siap, termasuk langsir yang masih tersadai dalam bilik jahit tu..huhu..

Haa...kami memilih sebuah kedai area Kota Bharu untuk membeli lampu hiasan ni. Tokey cina. Lampu-lampu kat kedainya cantik-cantik dan murah. Macam-macam jenis lampu ada. Suka sangat:-). Ini la Afif, dia pun sibuk memilih lampu jugak...


Bahagian ruang tamu dan dapur kami guna lampu downlight. Untuk bilik kami gunakan lampu pendafloor biasa. Ruangan yang bewarna oren ni adalah dining. Ida suh en.husband letak satu lampu kristal. Lampu ni boleh bertukar-tukar cahaya/warna. Cantik sangat. Tu la yang pi ambik jugak walaupun lampu ni tinggal hanya yang display.


Monday, April 13, 2015

Makan di Restoran Mawar Merah, Wakaf Che Yeh

Restoran Mawar Merah, Wakaf Che Yeh, Kelantan. Restoran ni dah jadi favorite restoran Ida dan suami. 1st time datang sini, husband yang bawak; katanya kat sini makanannya sedap. Hmmmm...pernah datang sini la tu dengan kawan-kawan dia. 


Tapi, memang betul sedap..1st time datang sini dah jatuh hati dengan menu chicken chop nyer.. Kebetulan, Ida memang penggemar chicken chop. Chicken chop kat ni ada yang biasa dan special. 

Bezanya yang special ni ada hot dog dan apa lagi entah.. Tapi yang regular (biasa) ni pun dah kenyang, tak habis makan..huhu..Kalau tak salah hanya RM8/set (biasa) dan RM11/set (special). 


Kat sini boleh dikatakan makanannya sedap, tempat selasa, dan harga berpatutan..(thumb up!!)..hehe..caya la, bukan senang Ida nak bagi pujian macam ni tau kalau bukan yang betul-betul..

Tuesday, March 10, 2015

Koleksi Photo Album

Photo album? Zaman sekarang ada lagi ke yang suka kumpul koleksi album gambar macam ni? Apa yang dimaksudkan ialah hard copy photo album. Ha..sekarang ni, kecanggihan teknologi sudah mengatasi zaman-zaman manual dulu. 

Sekarang ni kalau sebut photo album,  rasanya semua orang ada, tapi dalam bentuk digital folder. Telefon serba canggih, gambar-gambar semua tersimpan dalam bentuk digital.


Sebenarnya ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri digital photo album dan hard copy photo album ni. Semua orang tahu digital album photo ianya mudah dibawa ke mana-mana, senang untuk di upload, boleh disimpan secara banyak, dan banyak lagi kelebihan-kelebihan lain. 

Namun ada kelemahan yang tersendiri antaranya mudah 'ter delete' (kalau tak ada backup maknanya hilang terus).

Pelbagaikan Cita Rasa Aiskrim Vanila dengan Buah

Sejak akhir-akhir ni musim panas melanda negara kita. Kene jaga kesihatan betul-betul. Perbanyakkan minum air kosong. Sekarang ni, tak kira dewasa atau kanak-kanak memang mudah terkena demam, batuk, selsema serta sakit tekak.

Walau apa pun musim-musim panas macam ni kalau dapat rasa icecream vanilla dengan buah ni pun sedap jugak kan. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja dan sesuai juga untuk dihidangkan sebagai dessert. 

Sesetengah pendapat ada juga menyatakan aiskrim vanila ni membantu menyembuhkan demam selsema. Ha..elok sangat la tu kalau makan aiskrim ni.

Ermmm...Yuuummmy!! Ok, jom tengok antara yang sempat dihidangkan.

Vanilla Ice cream with Kiwi and Choc.

Sunday, December 7, 2014

Alat Bantuan Penglihatan: Mata Oh Mata!!

Mata adalah anugerah yang amat berharga kurniaan Allah S.W.T. Tanpa anugerah ini kita tidak dapat menikmati keindahan ciptaan-Nya malah mungkin tidak dapat hidup secara normal seperti orang lain.

Subhanallah besar sungguh nikmat yang telah dikurniakan ke atas hambanya. Beruntunglah orang yang memiliki mata yang bukan sekadar cantik tetapi sihat dan tidak rabun.

Rabun

Sebut mengenai rabun, tidak kira samada rabun jauh atau rabun dekat, kedua-duanya adalah masalah kepada penlihatan. Dari zaman belajar di univesiti Ida mula memakai cermin mata, kerana mata kurang nampak bila objek jauh. 

Kalau bukan kerana terpaksa pakai, tak ingin jugak nak pakai. Tapi selepas mula pakai, power mata ni makin naik la pulak. Then, sekarang memang kene bercermin mata memandangkan dengan alat bantuan ini sahajalah yang membantu melihat dengan jelas. Kalau tak, memang terkapai-kapai dibuatnya..hehe..

Sebenarnya rabun bukan sejenis kecacatan. Bagi rabun jauh, sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah normal. Apa yang berlaku ialah, biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun. Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus pada kedudukan di depan retina.

Monday, November 24, 2014

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan: eBook Berguna Persiapan Sebelum Temuduga

Sekarang ramai yang memperkatakan dan mengimpi-impikan kerja dalam sektor kerajaan. Bestnya kalau dapat kerja kerajaan! Bagi yang sememangnya sudah bekerja dalam sektor kerajaan mungkin boleh tersenyum lebar. Tapi, mungkin sebelum ini juga mereka bersusah payah juga untuk mendapatkan kerja. 

Sebenarnya Ida sendiri sudah banyak kali dipanggil temuduga dalam sektor kerajaan. Tapi, tak dapat. Mungkin boleh dikatakan nasib kurang menyebelahi. Maklumlah calon temuduga beribu-ribu orang untuk mengisi hanya beberapa jawatan kosong sahaja. 

Terasa kecewa juga bila keputusan yang mendukacitakan selepas temuduga. Tapi, mungkin sebelum ini masih belum cukup persediaan? Atau terlalu mengharapkan kepada untung nasib? Berpuas hatikah dengan usaha yang kita lakukan sebelum ni untuk menghadapi temuduga?

Panduan Lengkap Temuduga: Persediaan Penting Menghadapi Temuduga

Dah lama dah tinggal alam temuduga ni, tapi beberapa minggu lagi bakal menghadapi temuduga semula. Sekarang baru terkial-kial nak cari balik panduan dan tips untuk menghadiri temuduga. 

Macam mana ni, risau juga kan? Penguat semangat, jangan bimbang kalau semua persiapan sudah buat kenapa nak risau. hehehe...

Temuduga adalah proses penapisan kelayakan yang penting bagi sesebuah syarikat untuk mengambil pekerja. Apabila kita dipanggil untuk ditemuduga kita hampir melepasi 50% saringan kelayakan untuk dapat kerja tersebut. 

Oleh itu, persiapan sebelum menghadiri temuduga perlulah dititik beratkan antaranya seperti persiapan dari segi:
  • Fizikal - Tidur awal, berada dalam keadaan sihat, nampak bersemangat dan bertenaga
  • Dokumentasi - Persediaan rapi mengenai sijil-sijil dan resume
  • Pengetahuan Dalam Diri - Membuat penyelidikan latar belakang syarikat dan jawatan serta isu-isu semasa berkaitan jawatan yang dipohon.
  • Emosi - Kawal perasaan gementar dan tunjukkan keyakinan diri yang maksimun 
  • Keterampilan Diri  - Pakaian yang sesuai untuk temuduga

Alang-alang membuat persiapan temuduga untuk diri sendiri, lebih baik Ida share kan juga bersama pembaca. Ebook Panduan Lengkap Temuduga telah banyak membantu dalam membuat persiapan dan memberi tips sebelum, semasa dan selepas temuduga. 

Panduan Lengkap Temuduga eCover

Sunday, November 23, 2014

Rhizoplus Azzahra: Penawar Gout, Resdung & Migrain Paling Mujarab

Pening mencari ubat yang sesuai untuk gout, resdung atau migrain? Sudah banyak mencuba bermacam-macam ubat tapi tidak ada perubahan??

Berbagai persoalan menjengah ke kotak fikiran apabila sekian lama mengalami resdung dan migrain yang berterusan walaupun sudah pergi klinik, makan ubat dan sebagainya. Setelah banyak survey telah dibuat, rasa tertarik untuk mencuba Rhizoplus Azzahra.


Kenapa Rhizoplus Azzahra?? Rhizoplus Azzahra adalah sejenis penawar yang mujarab diformulasikan daripada 100% herba semulajadi tanpa sebarang campuran bahan kimia atau steroid. Ianya tidak memberi kesan sampingan kerana ia diformulasikan daripada herba-herba terpilih dan terbaik.

Apa yang penting ianya TIDAK mengandungi ubatan kimia atau dadah seperti mana ubatan yang lain dan telah terbukti berkesan dalam menyembuhkan penyakit gout, migrain dan juga resdung.

Panduan Belajar Cara Berenang: Mengajar Asas Berenang Dengan Mudah

Tak pandai berenang? hehe...Sama la kita!! Sebenarnya banyak kelebihan apabila kita pandai berenang. Kemahiran berenang adalah amat diperlukan oleh setiap orang terutamanya kanak-kanak. 

Sukan renang salah satu sukan yang penting dan digalakkan sebagaimana sebuah hadis:-

"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah": (hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Kajian telah membuktikan kanak-kanak yang didedahkan dengan berenang menunjukkan peningkatan dalam berberapa kelebihan berbanding kanak-kanak lain, termasuklah:
  • Kemahiran motor kasar dan halus
  • Refleksi (masa tindak balas)
  • Kuasa tumpuan (fokus)
  • Kepintaran / kecerdasan
  • Tabiat sosial
  • Interaksi sosial
  • Keyakinan diri
  • Kebebasan
  • Boleh menangani situsi yang diluar jangka.

Ternyata banyak kelebihan yang perolehi daripada kebolehan pandai berenang. Apa yang jelas ialah dari segi keselamatan apabila berada dalam situasi cemas terutamanya ketika berada di pantai, sungai, kolam atau sebagainya.

Sumber: Google Image

Wednesday, November 19, 2014

Beli Panduan Lengkap Haji dan Umrah Online

Rasanya semua umat Islam mempunyai impian dan cita-cita untuk memenuhi rukun Islam yang ke-5, iaitu menunaikan Ibadah Haji bagi yang mampu. Manakala, Ibadah Umrah pula adalah ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut bagi sesiapa yang mampu. Jadi memang patut kita membuat persedian dengan sekurang-kurangnya kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai ibadah haji dan umrah ni. 

Sekarang banyak buku-buku boleh dibeli secara online  iaitu menerusi ebook sahaja. So, jimat masa dan tenaga untuk ke kedai buku semata-mata utuk membeli sebuah buku. 

Sebenarnya ebook panduan haji dan umrah ni amat berguna bukan sahaja untuk mak ayah kita, malah untuk rujukan kita sendiri. Siapa tahu, ada rezeki boleh la kita menunaikan ibadah haji atau umrah ketika usia kita masih muda.


Terdapat begitu banyak panduan Haji dan Umrah yang terdapat sekarang ni, tetapi setelah diselidik, rasa lebih tertarik dengan ebook Panduan Lengkap Haji & Umrah yang ditulis oleh Ustaz Abd Rahman bin Jamaan iaitu seorang penulis yang terkemuka dan tidak asing lagi tentang persediaan-persediaan asas jemaah haji dan umrah untuk ke tanah suci serta banyak lagi panduan-panduan lain mengenai haji dan umrah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...