Mata adalah anugerah yang amat berharga kurniaan Allah S.W.T. Tanpa anugerah ini kita tidak dapat menikmati keindahan ciptaan-Nya malah mungkin tidak dapat hidup secara normal seperti orang lain.
Subhanallah besar sungguh nikmat yang telah dikurniakan ke atas hambanya. Beruntunglah orang yang memiliki mata yang bukan sekadar cantik tetapi sihat dan tidak rabun.
Rabun
Sebut mengenai rabun, tidak kira samada rabun jauh atau rabun dekat, kedua-duanya adalah masalah kepada penlihatan. Dari zaman belajar di univesiti Ida mula memakai cermin mata, kerana mata kurang nampak bila objek jauh.
Kalau bukan kerana terpaksa pakai, tak ingin jugak nak pakai. Tapi selepas mula pakai, power mata ni makin naik la pulak. Then, sekarang memang kene bercermin mata memandangkan dengan alat bantuan ini sahajalah yang membantu melihat dengan jelas. Kalau tak, memang terkapai-kapai dibuatnya..hehe..
Sebenarnya rabun bukan sejenis kecacatan. Bagi rabun jauh, sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah normal. Apa yang berlaku ialah, biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun. Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus pada kedudukan di depan retina.
Antara kaedah rawatan untuk masalah rabun adalah melalui penggunaan cermin mata dan menggunakan kanta lekap yang diletakkan di atas lapisan kornea. Rawatan terbaru ialah rawatan laser yang memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata.
Menurut dari sebuah sumber bacaan Ida, tidak kira la sama ada cermin mata dipakai atau tidak, tahap rabun akan meningkat setiap enam bulan di mana kuasa cermin mata harus ditukar. Ini satu proses semula jadi dialami individu yang rabun. Penambahan tahap rabun berlaku sehinggalah individu berkenaan mencapai usia dewasa iaitu apabila meningkat umur 18 hingga 25 tahun.
Cermin Mata
Bercakap mengenai cermin mata, ini lah antara beberapa cermin mata yang banyak membantu penglihatan Ida dari awal-awal rabun sehingga la sekarang.
Yang ini, masa mula-mula pakai. Cermin mata tanpa bingkai atau frame less dan agak kecik sedikit, kononya untuk keselesaan bila bertudung. Nampak ala-ala sivik sedikit. Maklum la,time tu masih study lagi..huhu..
Then selepas tu tukar lagi yang ni.
Cermin mata yang ini bewarna dark blue dengan half frame ataupun bingkai separuh. Okay la, lebih nampak matured sedikit. hehe...Time tu memang tengah famous dengan cermin mata half frame macam ni.
Bila dah tahun berganti tahun, kena tukar spek lagi sebab power mata dah naik. Design dan model ala-ala sama jugak seperti sebelum ni. Yang ni bewarna coklat silver atau light brown juga half frame. Kononnya nak yang lebih tough, sebab anak selalu duk tarik-tarik dan terjatuh. Memang tahan, sebab tak pernah patah atau pecah.
Mungkin selepas ni bakal tukar cermin mata lagi...Haduuii..tengah pikir nak cermin mata yang macam mana pulak ni.
Bagi Ida memakai cermin mata adalah lebih selesa berbanding memakai contact lens. Untuk menjaga cermin mata adalah lebih mudah berbanding contact lens. Hanya lapkan cermin mata dengan kain yang bersih untuk membersihkannya.
Ini adalah antara cecair pencuci cermin mata. Just, sembukan pada cermin mata dan lapkan dengan kain bersih.
Ini adalah antara cecair pencuci cermin mata. Just, sembukan pada cermin mata dan lapkan dengan kain bersih.
Contact Lens / Kanta Lekap
Contact lens?? Di samping memakai cermin mata sebenarnya Ida juga ada menggunakan contact lens. Kononnya pakai contact lens nampak lebih cantik tambah-tambah lagi yang bewarna.
Tapi Ida banyak memakai yang 'jernih' daripada yang bewarna kerana lebih murah dan lebih nampak natural untuk ke tempat kerja sehari-hari.
Antara yang menjadi pilihan untuk jenama contact lens ialah Bausch &Lomb. Selalunya Ida akan beli 1 kotak yang mengandungi 3 pasang contact lens kerana lebih jimat. Sepasang contact lens normally tahan 3 bulan, tapi kebiasaanya Ida tukar lebih awal atas faktor kebersihan.
Tetapi sekarang ni, selepas ada anak rasa kurang selesa plak pakai contact lens. Lebih selesa memakai spek sahaja untuk kegiatan seharian.
Pemilihan contact lens yang sesuai dengan mata kita adalah perlu, untuk mengelakkan kesan sampingan ke atas mata.
Pemilihan contact lens yang sesuai dengan mata kita adalah perlu, untuk mengelakkan kesan sampingan ke atas mata.
Penggunaan contact lens selalunya menyebabkan mata menjadi kering. Eye moist juga perlu bagi membantu melembapkan mata.
Selapas memakainya, contact lens juga harus disimpan elok-elok dalam bekas berlarutan saline. untuk mengekalkan kelembapan contact lens tersebut. Apa yang penting kebersihan adalah aspek utama yang perlu diambil kira dalam pengendalian contact lens ini.
Ini cuma sample larutan saline sahaja, terdapat banyak lagi jenis larutan ini di pasaran. Leceh betul la kan.. Itu la rasanya sesekali boleh la nak pakai contact lens, tapi pakai spek lebih selesa.
Tetapi ramai juga yang memilih untuk memakai contact lens kerana apabila dibandingkan dengan cermin mata. Ini kerana kanta lekap atau contact lens kurang terjejas oleh cuaca lembap, tidak mengelembung naik, dan menyediakan satu medan penglihatan lebih luas. Ia lebih sesuai digunakan untuk aktiviti seperti bermain.
Semua alat bantuan penglihatan ini mempunyai pro's and con's yang tersendiri. Apa yang penting kita pandai-pandai la menggunakannya.
Nice sharing :)
ReplyDeletesama la kita rabun jauh... sekarang rasa kabur cermin mata yang pakai ni.. rasaa last buat tahun 2011 tak silap ekin la... ekin start pakai cermin mata dari tingkatan 1.. tetapi masa tu tak teruk lagi boleh pakai kadang2 bila umur meningkat ni kena pakai selalu dah sampai la sekarang... contact lens pulak first guna masa kahwin bulan 5 or 6... best gak pakai rasa macam orang lain... hhihi...
ReplyDeletehttp://cikash.blogspot.com/2014/05/rasa-macam-orang-lain-bila-tak.html
yeke...lama dh tu becermin mata. nampaknya makin tua makin tinggi la power. tp slalunya bila dah tua nnti rabun dekat la pulak..huhu
Deletesy teringin nak buat contact lens tapi power tinggi + silau dan end up harga contact lens sama harga macam buat spec. tapi pakai contact lens lagi best la kot kalau nak buat aktiviti lasak macam paragliding, skydiving T__T
ReplyDeletehttp://www.hanisamanina.com/2014/12/segmen-follow-and-blogwalking-by.html