Genius aulad


Followers

Thursday, December 11, 2014

Selera Kampung: Resepi Masak Lemak Siput Sedut

Siput sedut sememangnya jarang-jarang boleh didapati. Selalunya ianya sedap jika dibuat masak lemak. Nak merasa resepi siput sedut masak lemak ni bukan selalu tau. Maklum la bukan hari-hari turun ke bendang. hehe...


Sebenarnya resepi ni di masak oleh mak Ida sewaktu kami balik bercuti kat kampung, di Kelantan. 

Cakap mengenai siput sedut ni husband dah mula mengidam nak makan. Nasib baik tak kene turun ke bendang kerana ada je di jual di pasar-pasar tani. Lagi senang kerana yang dijual tu dah dipotong ekor/bontot belakangnya. Cuma tinggal balik basuh bersih-bersih je.

Sejurus kami membeli siput, ternampak pulak pelbagai jenis 'ikan darat' yang turut dijual. Memang jarang-jarang sekali boleh dapat ni. Apa lagi, husband terus membeli ikan puyu, katanya sedap digoreng dan makan panas-panas bersama nasi putih dan masak lemak siput tadi.

Kalau nak masak sendiri ni agak terkial-kial jugak ni. Nasib la mak ada, so kiteorang masak bersama-sama sambil belajar resepi masak lemak siput sedut ni. Resepinya sebagaimana di bawah ni yer.


Bahan-bahan:
  • 1 kg siput sedut (potong ekor/bontot dan basuh bersih)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar) (serbuk kunyit pun boleh)
  • Santan dari 1 biji kelapa
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 helai daun kunyit (disimpul)
  • 3-4 cili padi (diketuk-kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:
  1. Masukkan siput yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk bersama santan.
  2. Kemudian masukkan pula bawang merah, bawang putih serta kunyit yang telah dikisar tadi. Gaul sekata bersama siput dan juga santan.
  3. Selepas itu masukkan serai yang dititik, asam keping serta daun kunyit.
  4. Kacau sehingga mendidih dan masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Agak-agak dah masak boleh la padamkan api dan hidangkan.



Cadangan Hidangan: (versi Klate selera kampung)

1.  Memang sedap dihidangkan bersama ulaman-ulaman seperti buah kerdas @ petai, budu dengan perahan limau nipis dan hirisan bawang serta cili padi. 



2.  Ikan puyu tadi diperap dulu dengan garam kunyit, kemudian digoreng garing dan dihidangkan bersama-sama nasi putih panas-panas.


3.  Hidangkan bersama siput sedut masak lemak tadi. 


Selamat mencuba dan menjamu selera...=)


7 comments:

  1. lamanya xmkn siput sedut nii....dulu selalu kutip kt sungai,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..time kecik2 slalu juga cari siput sedut ni...=)

      Delete
  2. sedap. baru mkn minggu lepas. Buat kari campur pucuk kaduk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah boleh juga campur dgn pucuk kaduk dan batang keladi...marvelous!

      Delete
  3. sedapnya siput sedut.. ntah braa tahun tak makan.. dulu ada 1 restoran nih jual siput sedut masak lemak cili padi.. tetiba rasa nak terjah restoran tuh.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus jgk ada rstoran mcam tu..kene pergi restoran tu=)

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...