Genius aulad


Followers

Monday, December 1, 2014

Resepi Ayam Percik Sedap

Ayam panggang sememangnya sedap, tambahan pula jika buat percik. Setiap kali ke pasar malam ayam percik memang selalu menjadi pilihan pembeli walaupun harganya agak mahal. 

Lebih puas hati jika dimasak sendiri di rumah. Makan ramai-ramai, setengah ekor ayam dapat la seketul sorang. hehe... 

Penat-penat memanggang, tapi puas hati dapat makan bersama nasi putih bersama ulam-ulaman, memang berselera!


Kalau sebelum ni Ida masak ayam percik Kelantan yang kuahnya putih, tapi yang ni ayam percik kuah merah. Haa....Jom tengok resepi ayam percik yang boleh dikatakan sedap ni...

Bahan bahan:

(anggaran 1/2 ekor ayam)
  • Ayam secukupnya (dipotong mengikut kesesuaian) - cuci bersih dan toskan

Bahan-bahan Perapan:
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan Kuah Percik:
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 4 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Santan dari 1/2 biji kelapa 
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 asam keping
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:

Kuah Percik
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai sehingga naik bau. 
  2. Masukkan santan dan kacau dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian, masukkan asam keping, gula, garam dan serbuk perasa.
  4. Biarkan kuah sehingga pekat-pekat sedikit dan boleh angkat. 
  5. Setelah siap, lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang panggang.
  6. Lebihan kuah boleh lah dicurahkan ke atas ayam yang siap dipanggang.
Ayam panggang
  1. Ayam boleh juga direbus atau kukus terlebih dahulu supaya cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama sekejap sahaja.
  2. Kemudian, kisarkan semua bahan-bahan perap dan tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Perap ayam sehingga 1-2 jam. 
  4. Panggang ayam yang telah diperap menggunakan pemanggang.
  5. Lumur-lumurkan kuah percik tadi di atas ayam yang dipanggang berulang kali sehingga kuah percik menyerap ke isi ayam. (boleh guna serai yang diketuk untuk melumur)
  6. Bila dah masak boleh la angkat dan curahkan lebihan kuah percik tadi.  
  7. Setelah siap, boleh la dihidangkan. 



Selamat mencuba...=)

3 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...