Genius aulad


Followers

Thursday, October 16, 2014

Resepi Roti Gulung Sosej Goreng

Pernah dengar tak roti gulung sosej atau hotdog?? Ida lebih gemar menggunakan perkataan 'sosej' berbanding 'hotdog'. Roti gulung sosej ni lebih kurang sama dengan roti gulung sardin, ini kerana sosej juga boleh digantikan dengan inti sardin.  


Roti gulung sosej ni sedap dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan atau pun sebagai hidangan pada waktu petang. Ianya sedap dimakan bersama sos chili dan juga mayonis. 

Resepinya sangat mudah. Ok, kalau nak cuba boleh tengok resepi Roti Gulung Sosej Goreng seperti dibawah. Resepi ni special sket, ada gambar step by step..:)

Bahan-bahan:

> 3 keping roti
> 3 sosej
> 1 biji telur (dipukul dalam mangkuk)
> Secubit garam
> Minyak secukupnya (untuk menggoreng)
Cara-cara:

1.  Panaskan minyak. Goreng sosej separuh masak. (Terpulang untuk goreng atau rebus). Angkat,toskan dan ketepikan, biarkan sejuk seketika. 



2.  Selepas itu dengan menggunakan gelas atau alat penggiling, leperkan roti sehingga nipis. Buat satu persatu sehingga habis. Ini tujuannya untuk membuang udara dalam roti supaya tidak menyerap minyak semasa menggoreng nanti. 



3.  Seterusnya pukul telur sehingga sekata dengan secubit garam. 

4. Kemudian boleh la gulung roti tersebut berintikan sosej yang digoreng tadi. Cara menggulungnya seperti biasa dan perlekatkan roti yang digulung dengan telur tadi. 



5.  Salutkan telur ke seluruh permukaan roti yang digulung tadi. 


6.  Kemudian boleh la panaskan minyak dan gorengkan sehingga kekuningan selama lebih kurang 2 minit. Terbalik-terbalikkan dan terus angkat. (Guna api yang sederhana kerana telur cepat hangus).



7.  Potong roti gulung sosej tadi mengikut citarasa sendiri supaya senang dan mudah untuk di makan, Hidangkan bersama sos chili dan sedia dimakan.



Semoga resepi ini senang dan mudah difahami. Selamat mencuba yer...xoxo

6 comments:

  1. Terima kasih...sy nak buat dah ni... 😍

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.. sy dah buat pagi ne utk bekal husband kat office. Senang cepat & sedap. TQsm resepinya ��

    ReplyDelete
  3. naĸ cυвe вυaт υnтĸ вғaѕт eѕoĸ lн..тrιngιn pυlaĸ..naмpaĸ ѕenang& ѕedap pυlaĸ😊😇

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...