Genius aulad


Followers

Tuesday, October 14, 2014

Bercuti dan Beriadah: Tarikan Persisiran Pantai di Kuantan, Pahang

Gembiranya rasa takkala mendapat berita daripada suami untuk ke Kuantan, Pahang. Mana taknya, fikiran terus melurus untuk berjumpa dengan 2 orang kawan baik Ida di sana. Nanti boleh la keluar jalan-jalan bersama. 

Walaupun suami ke sana atas urusan kerja, namun hasrat untuk ke sana tetap untuk bercuti sambil berjalan-jalan di sekitar Kuantan. Kalau sebelum ini, kami bercuti dan dibawa berjalan-jalan di sekitar Temerloh, sekarang kami nak jalan-jalan di sekitar Kuantan pula. 

Wajah Afif yang girang seronok dapat jalan-jalan...:)

Dari pagi kami bertolak dari Kuala Lumpur sehingga lah tiba di sana lebih kurang waktu tengah hari. Selesai lunch bersama dengan rakan-rakan, kami berbincang untuk meneruskan 'misi' untuk jalan-jalan waktu petang pada hari tersebut. So, kami decided untuk menjelajah pantai-pantai di Kuantan sambil beriadah dan menghirup angin pantai pada waktu petang.

Bunyinya macam seronok je kan!! Sebenarnya dah lama tak pergi pantai. Antara pantai-pantai yang sempat kami terokai ialah Teluk Chempedak, Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam (Black Stone Beach).


Teluk Chempedak

Jika ke Kuantan, Teluk Chempedak merupakan salah satu 'must visit beach'. Kenapa?? Kawasan pantainya memang menarik. Ianya hanya terletak dari jarak 5km ke timur daripada pusat bandar Kuantan.


Ianya merupakan sebuah pantai berpasir putih dan dipenuhi dengan pokok-pokok yang tumbuh teratur di sekitar pantai dan sesetengah kawasan pantai adalah berbatu bagi menahan gelombang ombak yang  berterusan dari laut. 


Ianya merupakan sebuah pantai yang menjanjikan sebuah ketenangan dan amat sesuai untuk bersantai bersama keluarga. 

Keunikan pantai ini ialah, ianya meliputi beberapa bahagian pantai yang berbeza. Bahagian utama pantai merupakan kawasan pantai yang dipenuhi pengunjung dan pelbagai jenis kedai cenderamata, kedai-kedai dan beberapa buah restoran. 



Seterusnya ialah bahagian teluk yang dipenuhi dengan batu-batu. Di sini terdapat sebuah titi yang panjang menghubungi ke seberang teluk tersebut. Pengunjung boleh ke Teluk Tongkang yang terletak bersebelahan dengan pantai ini. Panjang jambatan kayu atau titi ini adalah lebih kurang 1km dan bersebelahan hutan dan bukit. Memang terasa penatnya bila berjalan di sepanjang titi ini. 


Sambil berjalan menyusuri titi ini pengunjung boleh menikmati pemandangan yang cantik sambil menghirup udara segar dan mendengar deruan ombak memukul pantai. Bukan sahaja pejalan kaki yang berjalan di atas titi ini, malah ada juga yang cycling (menunggang basikal) menggunakan titi ini. Menarik bukan???


Bahagian terakhir ialah bahagian pantai yang di seberang hutan. Bagi yang suka 'jungle trekking' kemudahan  trek juga telah dibina untuk memanjat hutan berdekatan. Pengunjung boleh meredah hutan dan melihat sendiri pelbagai jenis lapisan pokok-pokok hutan yang tumbuh serta dapat melihat pelbagai jenis haiwan hutan seperti burung, serangga, tupai dan juga monyet. 

Di sini ada daya penarik yang tersendiri, iaitu monyet!! Monyet-monyet di sini seolah sudah biasa dengan kehadiran pengunjung di sini. Ianya seolah-olah terlalu jinak menunggu makanan yang di berikan oleh pengujung. Tapi dalam hati ni, Tuhan saja yang tahu berdebar-debar dan takut juga bila monyet berkeliaran di situ. 


Antara aktiviti sukan air yang popular di sini ialah seperti berenang, berlayar, mandi-manda, dan bermain jet ski. Bagi yang datang sekadar untuk menghirup udara segar bolehlah berjalan kaki di laluan pejalan kaki yang dibina berhampirannya sambil melihat keindahan pantai dan ombak memukul batu-batu di kawasan pantai tersebut.


Selain daripada itu, di sini juga terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung antaranya seperti kemudahan-kemudahan asas (tandas dan surau), menara tinjau, restoran dan gerai-gerai (termasuk KFC dan McD), titi atau jambatan di sepanjang pinggir bukit, tembok di pinggir pantai dan tempat parking kereta yang luas. 


Setelah penat berjalan meredah titi kami berehat seketika sambil membasahkan tekak yang sudah kering. Sambil-sambil itu sempat juga temankan Afif bermain di mini playground yang disediakan. 


Tidak lupa juga untuk bergambar kenangan bersama berlatar belakang pemandangan pantai yang cantik. Tak sah kalau tak bergambar kan...:)



Haa...banyak betul kemudahan dan tarikan yang terdapat di sini, mungkin ini la agaknya yang menjadikan Teluk Chempedak ni sebuah pantai yang pupular dan gemar dikunjungi ramai.

Pantai Balok

Sejurus dari Teluk Chempedak, kami terus ke Pantai Balok yang terletak kira-kira 15 km ke utara bandar Kuantan tidak jauh dari Teluk Chempedak. 

Berbeza dengan Teluk Chempedak yang sentiasa dipenuhi dengan ramai pengunjung, Pantai Balok pula suasananya agak lengang dan tenang sedikit, namun, ianya tetap mempunyai keunikan dan daya tarikan yang tersendiri.


Apa yang menariknya di sini?? Pantai Balok sememangnya terkenal sebagai sebuah pusat rekreasi yang tersedia dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan untuk perkhemahan dan juga sesuai untuk kegiatan luar (outdoor). 



Kemudahan yang disediakn termasuklah kemudahan bilik air, bilik persalinan, tandas awam, surau dan sebagainya. 


Rata-rata peserta adalah dari persatuan-persatuan dan badan-badan berunifom sekolah serta dari organisasi untuk tujuan sukan dan event tertentu. Kaum keluarga  juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan aktiviti hari keluarga mahupun sekadar akitviti berkelah


Keadaan pantai ini sememangnya sesuai untuk aktiviti riadah dan menenangkan fikiran. Ini kerana di sini kawasan nyaman dan redup diteduhi pokok-pokok rhu


Tidak hairanlah pantai ini digemari untuk dijadikan aktiviti rekreasi seperti berjoging, bermain bola tampar dan sebagainya. Angin pantai bertiup sepoi-sepoi bahasa meniup dahan-dahan pokok rhu menjadikan kawasan ini sangat mendamaikan terutama pada waktu petang. 


Bila ke sini, tidak perlu risau untuk mendapatkan gerai-gerai makanan, kerana di sini juga terdapat banyak gerai-gerai dan warung-warung yang menyediakan masakan dari menu-menu seperti ikan bakar, keropok lekor, masakan ala thai, seafood dan sebagainya.

Hotel dan resort juga banyak dibina di sini bagi pengunjung-pengunjung yang datang dari jauh. Kehidupan di sini lebih kepada sebuah perkampungan nelayan kecil yang tenang dan aman.

Tidak lama mengambil masa untuk bersiar-siar di sekitar Pantai Balok, kami meneruskan penjelajahan pantai pada hari tersebut ke Pantai Batu Hitam (Black Stone Beach) pula. 


Pantai Batu Hitam (Black Stone Beach)

Bunyi nama pantai ini agak unik dan pelik. Seolah-olah tidak sabar untuk melihat sendiri suasana di Pantai Batu Hitam ini.


Pantai ini juga tidak jauh dari bandar Kuantan, hanya lebih kurang 10km dari bandar Kuantan sahaja. Lokasi pantai ini juga amat mudah dicari kerana ianya terletak di laluan menghala ke Terengganu iaitu di antara Kg. Beserah dan Kg. Sungai Karang. 


Pantai ini dinamakan sedemikian mungkin kerana terdapat banyak batu-batu hitam dipinggir pantainya. Batu-batu hitam ini makin jelas kelihatan semasa air pantainya surut dan airnya cetek. 



Walaupun tidak ramai yang berkunjung seperti pengunjung di Teluk Chempedak, namun pantai ini juga tetap mempunyai daya tarikan dan keunikan tersendiri. Pantai ini juga sesuai untuk aktiviti berkelah, mandi-manda, atau bersantai di bangku-bangku yang disediakan. 


Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk beriadah sambil menghirup udara segar terutamanya pada waktu petang. Kanak-kanak yang gemar bermain layang-layang, mencari siput boleh la ke sini ditemani ahli keluarga sambil-sambil beriadah dan beristirehat. 



Kemudahan untuk para pengunjung juga disediakan seperti tempat parking, tandas awam, dan kedai-kedai makan juga mudah didapati di sini.


Melihat pada warung yang terdapat di sini, kami terus ke sana untuk minum-minum dan makan-makan petang. Setelah penat jalan-jalan di sekitar pantai ini, tekak ni terasa haus pulak. Kami tidak pasti menu special di sini. Apa yang penting dapat pekena Ais Batu Campur (ABC) dan Ais Laicikang pun sedap jugak ni. 



Pada waktu-waktu petang begini sedap betul dapat merasa makan-makanan ringan seperti keropok lekor. Sotong goreng panas-panas juga tidak ketinggalan. Boleh tahan sedap..Alhamdullillah cukuplah sekadar makan waktu petang.



Selesai aktiviti menjelajah pantai di Kuantan pada hari tersebut. Terima kasih kawan-kawan Ida yang sudi keluar dan jalan-jalan bersama. InsyaAllah pada masa dan waktu yang lain kita ke tempat lain pula. 

Penginapan

Sepanjang berada di sana Ida dan family bermalam di Seasons Boutique Hotel. Hotel ni terletak di Jalan Berserah, Kuantan, Pahang. 

Badan pun dah penat, seharian travel dan berjalan-jalan menjelajah pantai di Kuantan ni, boleh  la balik rehatkan diri pula.


Hotel ni boleh tahan la, selesa dan harga pun berpatutan. Kalau datang kat Kuantan ni, tak perlu risau pasal penginapan. Hotel dan resort banyak. Cuma kena pilih yang sesuai dengan budget je la. 



Ni la..kalau tak pernah jumpa telefon yang macam ni. Selalu duk main hand-phone je. Macam-macam ragam la Afif...:)


Hmmm...Ok!! itu saja mengenai bercuti kali ini. Semestinya pantai-pantai di Kuantan mempunyai tarikan dan keunikan yang tersendiri. Seronok juga bercuti di Kuantan. Apa pun ianya meninggalkan seribu kenangan buat kami sekeluarga...;)



1 comment:

  1. Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...