Genius aulad


Followers

Wednesday, October 15, 2014

Dinner di Restoran Anna Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan

Sebelum ni Ida dan family sudah ke Kuantan untuk bercuti, namun lebih kurang seminggu kemudian kami ke Kuantan lagi atas urusan kerja suami. Bertolak dari rumah mertua di Terengganu, kami terpaksa bermalam di Kuantan sementara menunggu urusan kerja suami selesai sebelum menuruskan perjalanan balik semula ke Kuala Lumpur. 


Penat kian terasa dari hari membawa ke minggu kami asyik travel sahaja. Tapi, orang kata menyelam sambil minum air, sambil-sambil tu boleh la bercuti. Boleh kenal tempat baru dan boleh mencuba makanan yang popular di sesuatu tempat . 



Saat sahaja tiba di Kuantan, suami Ida terus mencari-cari dan survey tempat-tempat makan yang best di sana. Bab-bab mencari tempat makan, serah sahaja padanya yang sememangnya suka mencari dan mencuba makanan-makanan baru yang sedap-sedap. 


Kata suami, kat Kuantan ni ada satu tempat makan yang sedap di Tanjung Lumpur. Laju je memberitahu Ida ni, mana taknya dia sudah makan di sana bersama kawannya. 

Tempat makan yang dimaksudkan ialah Restoran Anna Ikan Bakar Petai. Restoran ni terletak di Kampung Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang. Setahu Ida cawangan restoran ini juga terdapat di Bandar Baru Bangi, Selangor. So, next time kalau tak sempat nak datang Kuantan, boleh la ke Bangi sahaja.

Melihat kepada nama restoran ini sudah pastilah menu popular di sini ialah ikan bakar petai. Berbeza dengan menu-menu di tempat-tempat lain, menu ikan bakar di sini sememangnya menjadi tarikan kepada pelanggan setempat mahupun pelanggan yang datang dari jauh. Tidak hairan lah, di sini sentiasa dipenuhi oleh pelanggan, lebih-lebih lagi pada waktu malam hujung minggu. 

Setibanya kami ke sini, memang sudah diduga ramai orang yang memenuhi restoran ini memandangkan hari tersebut adalah hari minggu. Kami terpaksa memilih untuk makan di ruang makan bahagian atas restoran yang dibina berkonsepkan makan bersila bersama 'meja jepun' yang disediakan. 


Seronok juga dapat makan di sini sambil melihat suasana malam dari pemandangan tingkat atas restoran ini. 

Menu pilihan kami sudah tentu la ikan bakar petai. Untuk ikan kami memilih ikan siakap di samping menu-menu lain untuk set nasi campur seperti tomyam, kailam ikan masin dan telur dadar. Manakala untuk minuman adalah minuman-minuman biasa sahaja, teh 'o' ais, teh ais dan nescafe 'o' ais.


Tidak lama menunggu, set hidangan nasi putih beserta dengan menu-menu pilihan kami dihantar ke meja makan. Cuma lama sedikit menunggu untuk ikan siakap bakar petai, mungkin kerana banyak sangat pesanan ikan bakar daripada pelanggan. Tak sabar untuk rasa ikan bakar petai yang dikatakan sangat sedap di sini. 




Sejurus beberapa minit kemudian, ikan siakap bakar petai dibawa ke meja kami oleh pelayan. Nampak fresh, ikan dibakar dalam daun pisangnya nampak masih panas-panas dan berasap lagi. Bismillah......dengan penuh berselera kami menikmati menu-menu pilihan tersebut. Urrrmmmm...rasanya boleh tahan. Sedap! Ikan bakar petai, tapi petai tu tak berbau sangat. Alhamdulillah nikmat rezeki untuk malam tersebut.



Harga makanan di sini boleh dikatakan mengikut standard. Maklum la, kalau ikan bakar mana-mana tempat pun mahal kan. Namun harga ikan bakar petai ini adalah bergantung pada saiz dan jenis ikan yang kita pilih sebelum ianya dibakar. So, untuk 3 orang makan RM67.50 termasuk sorang lagi adik Ida. 


InsyaAllah kami akan ke sini lagi untuk mencuba menu-menu yang lain pula.



4 comments:

  1. macam best je..tapi kalau tak nak petai tu boleh ke? coz saya dan husband memang x makan petai..

    ReplyDelete
  2. Urrmm...boleh tahan sedapnya..tak pasti la, boleh kot request x nk petai...

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...