Genius aulad


Followers

Friday, October 17, 2014

Resepi Nasi Ayam Simple ala KFC

Untuk memasak nasi ayam, selalunya menggunakan air rebusan ayam, manakala ayamnya pula akan digunakan untuk membuat lauk (ayam) mengikut cita rasa, dan lebihan air rebusan ayam pula akan dijadikan sup.  

Untuk resepi ini, Ida memerlukan stock ayam. Ianya mudah dan senang didapati di mana-mana pasaraya. 

Berbeza dengan penyediaan ayam ala KFC ni, ia adalah lebih mudah dan senang berbanding dengan nasi ayam biasa. Resepi ni Ida 'main' olah mengikut cita rasa sendiri sahaja. Lagipun Ida memang suka menu nasi ayam bersama ayam goreng di KFC tu. 


Walaupun rasanya tetap tidak sama, tapi rasanya ianya lebih berbaloi apabila memasak sendiri di rumah. Ok.....kalau sesiapa ingin mencuba, boleh la cuba yer...Resepi serba ringkas dan senang Nasi Ayam Simple ala KFC. 

Bahan-bahan:

Nasi
  • 2-3 pot beras (dibasuh bersih dan toskan)
  • 3-4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar/kuning (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 3-4 sudu mentega
  • 1 ketul stok ayam (chicken stock)
  • Air secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit 
Sup
  • 1/2 ketul stok ayam (chicken stock)
  • 1/2 inci halia (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Serba 1 rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
  • 5-6 bebola ayam/ikan
  • Sedikit minyak 
  • Air secukupnya
  • Garam, serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit daun bawang dan daun sup
  • Sedikit bawang goreng
Sos Chili
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji lada merah besar
  • 2 sudu cuka/limau nipis
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
* Alternatif lain boleh juga guna sos cili yang dalam botol macam dekat kfc tu....:) 

Sos Kicap
  • 3-4 sudu kicap manis
* Untuk nasi ayam ala KFC ni Ida tak buat pun sos kicap, tapi Ida just gunakan kicap je. Lagipun nasi ayam kat KFC tak de pulak letak kicap...:)

Ayam Goreng
  • Potongan ayam secukupnya.
  • Tepung menggoreng ayam serbaguna (salut dan perapkan pada ayam).
Ulam-ulaman
  • Timun batang (dihiris)
  • Salad
  • Tomato (dihiris)

Cara-cara:

Nasi
  1. Panaskan mentega. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. 
  2. Masukkan sekali seketul chicken stock biarkan larut dan hancur. Padamkan api.
  3. Kemudian masukkan semua bahan tumis ke dalam periuk beras yang dibasuh bersih tadi. 
  4. Masukkan air secukupnya (Selalunya 2 cawan beras, 2 cawan air).
  5. Masukkan hanya sedikit serbuk kunyit supaya nasi nampak kekuningan. Kalau tak nak letak pun tak mengapa, sebab mentega sudah memberi kesan kekuningan pada nasi, cuma agak kuning pucat. 
  6. Selapas itu masak nasi seperti biasa. 
Sup
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bahan-bahan kisar bersama rempah 4 sekawan. 
  2. Masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan stok ayam dan biarkan memdidih.
  4. Masukkan bebola ayam/ikan.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  6. Biarkan masak seketika dan boleh angkat.
  7. Semasa menghidang, tabur bawang goreng dan daun sup/daun bawang.
Sos Cili
  1. Kisar lada dan bawang putih bersama sedikit air.
  2. Tambah sedikit cuka atau air perahan limau nipis. 
  3. Tambahkan garam dan sedikit gula. 
Ayam Goreng
  1. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng ayam.
  2. Goreng ayam seperti biasa.
  3. Angkat dan toskan.



Penyediaan
  1. Hidangkan semangkuk nasi yang telah masak tadi bersama semangkuk sup bebola ayam.
  2. Letakkan seketul ayam goreng tepung bersama ulam-ulaman dan juga sos cili dan juga kicap.

Selamat mencuba....xoxo;)


1 comment:

  1. nasi ayam resepi ni sy dh cube buat ikut sis..sedap gilo..rse sebijik mcm nasi Uncle Jack..terbaikkk

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...