Genius aulad


Followers

Thursday, October 2, 2014

Santai Petang di Gua Damai, Batu Caves

Bagi penggemar-penggemar "rock climbing" atau dengan kata lain "aktiviti memanjat" boleh la ke Gua Damai, Batu Caves, Selangor. Di sini terdapat lebih 100 laluan mendaki yang telah disediakan dengan pelbagai kelengkapan yang disediakan. 


Lokasi Gua Damai, Batu Caves ini terletak tidak jauh dari bandar Kuala Lumpur dan hanya mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari pusat bandar. 


Kami ke sini bukannya untuk mendaki, tetapi untuk memenuhi aktiviti santai petang bersama keluarga disamping melihat sendiri peserta mendaki gua batu ini. 

Berkenaan dengan rate dan bayaran untuk climbing dan latihan-latihan yang disediakan kami kurang pasti, maklumlah kami ke sini untuk membawa Afif bermain-main sahaja. 


Di sini bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan untuk para pendaki sahaja, sebaliknya terdapat juga kemudahan-kemudahan lain seperti tandas, surau, dan juga taman permainan yang menjadi tarikan kanak-kanak dan juga ibubapa pada waktu petang. Jadi tidak hairanlah ramai pengunjung yang datang ke sini untuk beriadah dan memenuhi aktiviti santai petang dan hujung minggu mereka.



Sebenarnya Afif sudah bosan ke taman permainan yang biasa kami pergi. Jadi apa salahnya kali ini kami bawanya ke taman permainan yang lain pula. Seronok juga melihat kerenahnya bermain dengan suasana dan tempat yang baru.

Kalau nak beli aiskrim dan satay ikan pun ada dijual di sini. Ermm....sedap!! Penjual-penjual rugilah kalau tidak mengambil kesempatan untuk melariskan jualan bila ramai kanak-kanak serta pengunjung yang datang ni kan..;). 



Di sini kami boleh merasai suasana ketenangan dan mendamaikan kerana ianya agak jauh sedikit dengan kawasan pinggir kota. Kami dapat merasakan ianya seperti  sebuah perkampungan kecil, bersebelahan sebuah padang permainan dan berhampiran taman-taman perumahan. 




Di sini juga, kami tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri aktviti "climbing" yang penuh extreme!! Sekali sekala terasa juga ingin mencubanya, tapi macam tak sesuai pulak nak panjat-panjat ni. Lain la en. husband yang minat kot..


Walaupun cuma berada pada dasar bawah gua ni sahaja, kami dapat menyaksikan permukaan gua yang gelap menghadkan pandangan kami lebih dalam ke dalam gua tersebut. Kicauan burung dan bunyi-bunyi kelawar yang terbang di sekitar gua tersebut juga menggamit suasana dan perasaan kami di sana. 

Teruja juga untuk memanjat dan menyaksikannya keindahan suasana dalam gua tersebut. InsyaAllah lain kali kami boleh panjat ke dalam gua tersebut menggunakan tangga yang disediakan. 




Kalau macam ni kene tunggu Afif besar dulu la, baru boleh "climbing" sama-sama. InsyaAllah... Tak kisah la dapat "climbing" ataupun tak, yang penting Afif seronok ke sini dapat bermain.







3 comments:

  1. seronok dapat beriadah dengan family. tempatnya pun menarik

    ReplyDelete
  2. menarik tempat ni.. xpe dah besar nanti boleh le climbing pulak ye Afif.. =)

    ReplyDelete
  3. yerr...tempat ni best..yg penting Afif happy;))

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...