Ida ada beli terung, tapi tak tahu nak masak macam mana dengan terung ni. So, bila teringat resepi ni, terus nak buat pajeri terung.
Terung yang dibeli ni panjang betul. 1 biji ni boleh potong 3-4 bahagian. So, 2 biji cukup untuk sakali masak.
Dulu-dulu, tak tahu jugak macam mana la rupa dan rasa pajeri terung ni. Tapi bila dah tengok resepi dan cuba masak sendiri...huuurrmmm sedap pulak rasanya.
Pajeri terung atau dengan nama lain yang lebih difahami ialah kari terung yang pekat. Pajeri terung ni sedap kerana kuahnya yang lemak manis dan rasa kari yang pekat-pekat sedikit.
Okey...jom kita tengok resepi pajeri terung ni.
Bahan-bahan:
- 2 biji terung (panjang)/mengikut kesesuaian
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 3 ulas bawang merah (dikisar)
- 1 biji bawang besar/kuning (dikisar)
- 1/2 inci halia (dikisar)
- 3-4 sudu cili giling
- Santan pekat (1-2 cawan)
- 3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air-jadikan pes)
- 1 sudu besar kerisik
- Sedikit rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis)
- Sedikit udang kering (ditumbuk halus)
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit minyak (untuk menumis)
Cara-cara:
- Terung dibasuh bersih dan potong sederhana panjang dan dibelah sedikit ditengah tanpa putus. Panaskan sedikit minyak dan goreng terung tadi sehingga kulit terung tadi perang-perang sedikit. Angkat dan ketepikan.
- Selepas itu, minyak yang sama (sesuaikan minyak untuk menumis), tumiskan bahan-bahan kisar dan rempat 4 sekawan sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili giling dan rempah kari yang telah dijadikan pes. Kacaukan sehingga pecah minyak.
- Masukkan terung tadi dan gaul-gaulkan. Masukkan santan dan kacau sebati bersama terung dan rempah tumis.
- Masukkan kerisik dan air asam jawa. Perasakan dengan sedikit gula, garam dan juga serbuk perasa.
- Masak sehingga kuah pajeri ni pekat-pekat dan bersalut bersama terung.
Siap!! Pajeri terung sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)