Salah satu resepi nasi goreng berkuah ialah nasi goreng ladna. Selalunya menu ladna yang popular adalah seperti kuew teow ladna dan mee ladna. Setelah diubah suai dan dipelbagaikan resepi mengikut cita rasa tersendiri maka terbitnya nasi goreng ladna, bihun ladna dan bermacam-macam lagi.
Okey..bagi penggemar-penggemar nasi goreng boleh la mencuba nasi goreng ladna ni. Salah satu variasi dalam menu-menu nasi goreng.
Ida dan suami juga merupakan penggemar nasi goreng ladna ni. Jadi tanpa membuang masa, jom kita tengok resepi Nasi Goreng Ladna Special ni!
Bahan-bahan (untuk menggoreng nasi):
- Nasi sejuk (3-4 mangkuk)
- Sedikit minyak
- Kicap secukupnya
- Sedikit serbuk secukup rasa
- 1 ulas bawang putih (dicingcang-Ida tambah, kalau nak biarkan nasi tu kosong pun tak pe)
Bahan-bahan (untuk ladna)
- Sedikit udang, sotong, dan isi ayam (dipotong mengikut kesesuaian)
- Sayur campur - Sawi jepun, putik jagung, carrot, bunga kubis, cili merah (dipotong)
- 2-3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar/diketuk)
- Sedikit minyak (untuk menumis)
- Sedikit sos tiram
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit tepung jagung (mengikut kepekatan)
- Sedikit air (untuk kuah ladna)
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara (menggoreng nasi):
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau.
- Masukkan kicap secukupnya dan tambahkan serbuk secukup rasa.
- Kemudian gaul dan kacau sekata dengan nasi yang telah dileraikan.
- Matikan api dan ketepikan.
Cara-cara (Ladna):
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan udang, sotong, dan isi ayam. Tambahkan air secukupnya.
- Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam. Biarkan mendidih seketika.
- Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air sejuk. Kacau sehingga kuah pekat-pekat sedikit.
- Masukkan sayur campur. Biarkan masak seketika.
- Tambah gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Siap. Sedia dihidangkan bersama nasi goreng tadi.
Okey..macam mane? Senang tak, selamat mencuba!!
mcm best je, biasa mkn kue tiaw ladna je tp nasi goreng bleh tryla nt ikut resepi ni:)
ReplyDeleteboleh try..sila2..:)
ReplyDeleteSangat membantu simple dan awesome . dah cuba alhamdulillah . hasilnya sangat bagus .
ReplyDelete