Genius aulad


Followers

Thursday, September 25, 2014

Resepi Kari Daging

Kari daging!! Urrmmm..kari daging sedap dimakan bersama roti jala, dicicah dengan roti/roti canai mahupun dimakan bersama nasi putih. Cukup menyelerakan.


Jika selalunya menu kita adalah ayam dan ikan, apa kata kita cuba menu kari daging ni pula..

Jom tengok resepi simple untuk kari daging ni.




Bahan-bahan:
  • 1/2kg daging (dihiris tak tebal sangat, tak nipis sangat)
  • 2-3 biji ubi kentang - optional (dipotong)
  • Santan dan air secukupnya (1 biji kelapa)
  • 1 paket rempah kari daging (adabi)/mana-mana rempah yang sesuai (dibancuh dengan sedikit air)
  • 3 sudu cili giling
  • 1 sudu kerisik (optional-untuk lebih sedap)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 3-4 hiris lengkuas (dikisar)
  • 3 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 ulas bawang besar/kuning (dikisar)
  • Sedikit rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 1 keping asam keping/sedikit asam jawa
  • Sedikit minyak
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:
  1. Daging dibersihkan dan ditoskan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis cili giling dahulu (petua katanya nak bagi cili giling tu kemerahan). Selepas itu masukkan bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan. Tumiskan sehingga naik bau. 
  3. Masukkan rempah kari daging yang dijadikan pes tadi/dibancuh dengan air tadi. Kacau sehingga pecah minyak sedikit. 
  4. Kemudian masukkan daging. Gaul-gaulkan bersama rempah tumis tadi.
  5. Masukkan santan, kacau sekata. (lebihkan sedikit santan kerana santan akan berkurang sedikit sementara daging empuk). Biarkan mendidih.
  6. Bila daging dah separa empuk boleh la masukkan ubi kentang, kerisik, asam keping dan daun kari. 
  7. Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk secukup rasa secukupnya.
  8. Siap dan sedia dihidangkan. 


Selamat mencuba!!





1 comment:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...