Genius aulad


Followers

Sunday, September 29, 2013

Jus Tembikai: Resepi dan Khasiatnya

Panasnya kat luar tu. Cuaca cerah dengan suhu kepanasan (darjah celcius) yang boleh membuatkan kita berpeluh. Sedapnya kalau boleh minum jus sejuk. 

Haus dan dahaga, itu la yang boleh digambarkan time cuaca-cuaca begini. Wah...panjang lebar intronya:) 

Apa yang Ida nak beritahu, cuma jus yang Ida buat minggu lepas ni. Jus tembikai. Senang je cara nak dapatkan jus tembikai ni. Jom buat!

Anak Alahan Telur

Afif, 1 tahun 3 bulan. Rupa-rupanya alah pada telur. Ini kali kedua terjadi pada Afif. Kali kedua baru alert yang Afif betol-betol alah pada telur. Dulu pernah bagi telur masak separuh, badan dia naik ruam kemerahan-merahan. Ingatkan ruam-ruam biasa je, maklum la time tu dia kecik lagi. Bayikan selalu naik ruam-ruam panas ni. So, tak expect la dia alah pada telur.

Demam Suntikan 1 Tahun.

Sekarang baru tahu, ada juga alahan telur ni. Kesian anak mama.. Dah pening dah cari jalan nak bagi Afif makan. Sejak dia sembuh dari demam selepas suntik 1 tahun, dia tak nak makan. Makanan yang selalu dimakan seperti nestum, biskut tiger dan bubur nasi tidak lagi menjadi kegemarannya. Puas pujuk dia makan, tak nak jugak. Kalau paksa makan, masuk je dalam mulut, dia akan muntahkan semula. Kalau dulu badannya boleh dikata kan 'bam-bam' jugak la. Tapi sekarang dah kecik, berat badan maintain je tak naik (8kg lebih). Orang kata, budak yang baru nak berjalan memang macam ni, tak nak makan.

Friday, September 27, 2013

Resepi Maggi Kari Special

Pernah masak maggi tak? Sure ramai yang pernah kan. Mana taknya pengalaman kat hostel dulu-dulu masih segar dalam ingatan ni. Tapi dulu masak biasa-biasa je. Ambik air panas, just rendamkan dan masukan perisanya. 

Sekarang dah lain. Cara masak sebagai isteri la katakan.:p 1st time buat, main campak-campak je. Ikut selera dan bahan yang ada. Memang sedap. Lepas makan, husband request 'nanti buatkan lagi yer'. hehe....

Okeh..jom tengok cara Ida masak maggi..

Menu Diet: Salad Buah-buahan Dan Coslow Salad


Risau dengan berat badan yang tak menentu sekarang ni. Sekejap mantain, sekejap naik. huhu... Kene control. Sekarang dah ada anak sorang, tak macam zaman remaja-remaja dulu lagi dah. Kalau dulu, makan apa pun (banyak ke, sikit ke) berat badan ni mantain je. Tak risau pun. 

Itu la sebabnya terfikir nak diet ni. Kalau boleh nak amalkan cara pemakanan yang sihat. Nak kurangkan pegambilan karbohidrat atau kalori yang berlebihan dari sumber seperti nasi. Ramai yang juga berpendapat nasi boleh menggemukkan. eeeiii...macam mana ni? Hari-hari makan nasi. Nasi sumber pemakanan yang utama kan. Tambah-tambah lagi kita yang duk kat Malaysia ni, nasi dari sumber beras memang sumber makanan utama. 


Bukan tak boleh makan nasi, tapi kurangkan pengambilan kuantiti nasi (kata salah seorang rakan). Maksudnya kalau dulu makan sepinggan, sekarang kurangkan makan setengah je. Habis tu, kenyang ke makan sikit?? Kalau tak kenyang boleh gantikan dengan makanan yang rendah nilai kalori, tetapi mengenyangkan. Contohnya, perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Boleh juga gantikan nasi dengan roti, mee, dan lain-lain. (Ok, dah start cool balik.hehe....) Ingatkan tak boleh makan nasi langsung. 

Thursday, September 26, 2013

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam



Wednesday, September 25, 2013

September Giveaway By KasihLestariAbadi

Salam...

Kali ni nak join segmen yang di anjurkan oleh KLA, iaitu "September Giveaway By KasihLestariAbadiyang 100% disponsor oleh KLA sendiri. Apa yang istimewanya giveaway KLA ialah KLA mencari 100 pemenang. Sebab itu KLA buat giveaway ini selama sebulan,  supaya dapat mencapai 100 peserta. Tapi jangan bimbang, kalau tak cukup 100 peserta pun, giveaway tetap diteruskan.


Nak join? Klik banner ok....




Mini September Birthday GA


 Assalamualaikum .  Happy Birthday to Queen Typo, Anis . 
Semoga panjangkan umur dan dimurahkan rezeki..amin..



 Mini September Birthday GA ini akn berlangsung selama seminggu iaitu 21 September hingga 30 September . giveaway ini diadakan sempena meraikan Hari Lahir pemilik Queen Typo iaitu Anis lah yg ke 18 Tahun .alhamdulillah :) syart simple mimple je jd nk tnggu apa lg ? jom join ga ni cepat2 !!  

Cepat join..Klik gambar k....:)


Tuesday, September 24, 2013

Segmen 1st Mama

Salam...

Tahniah buat mama kerana berjaya melancarkan segment pertama ni. Kalau ini segment yang pertama yang mama lancarkan, ini pula segmen yang pertama Ida join. hehe....mood nak bersegmen dah datang. Rasanya belum terlewat lagi nak join segmen ni.


Kepada yang nak join jugak boleh join k. Klik gambar comel di atas =)


Sunday, September 22, 2013

Restoran Murni, Cawangan Kepong

Salam...

Rasanya masih belum terlewat lagi nak update pasal anniversary perkahwinan kami pada 1 September 2013 lepas. Baru berkesempatan menghadap laptop hari ni, tak sempat nak update. Tahun ni, genap 2 tahun usia perkahwinan kami. Afif pun dah 1 tahun lebih dan Afif tengah berusaha keras mengorak langkah untuk berjalan sendiri. Chayok...chayok anak mama. Bertambah busy la mama, bila Afif dah boleh berjalan nanti. huhu....

Pening juga mencari tempat makan yang best untuk celebrated anniversary kali ni. Lastly, suggested by my husband; makan di restoran Murni, Kepong. Kalau tak salah Restoran Murni terdapat beberapa cawangan lain lagi seperti di SS2 Petaling Jaya dan yang baru di Bukit Jalil. 

Friday, September 20, 2013

Satay Kajang Haji Samuri

Satay Kajang memang terkenal dikalangan peminat-peminat satay. Kat mana lagi kalau bukan kat Resoran Satay Kajang Haji Samuri. Bersempena dengan namanya, headquarters restoran ni memang terletak di Kajang pun (Kajang, Selangor). Restoran ini juga terdapat banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni.   

Resepi Kerang Rebus

Kerang rebus merupakan salah satu menu wajib time bulan puasa kiteorang. Sedap dimakan lepas balik terawih. 

Tapi kali ni, bukan time bulan puasa, time tak puasa pun terliur nak makan kerang rebus. Mana taknya, tengok kerang besar-besar kat pasar. Apa lagi, terus beli 1kg 4 ringgit. hehe...Cukup la, makan berdua dengan suami. Afif kecik lagi tak boleh makan kerang.

Senang jer nak rebus kerang ni. Orang kata campak-campak je, tak susah. Tapi perlu ingat petua rebus kerang dari en.suami yang selalu pesan "kerang tu jangan rebus lama-lama, tak sedap". hehe... 

Bagi peminat seafood seperti kerang ni, mesti la tahu khasiat kerang ni kan. Sesetengah orang masak kerang dengan hanya mencelurkannya sahaja. Pastu, terus angkat. Ini adalah untuk memastikan rasa manis serta khasiat isi kerang dapat dinikmati sewaktu kita makan kerang tersebut.

Macam mana rebus kerang? Jom tengok resepi ni. 

Resepi Ayam Goreng Berempah

Siapa penggemar ayam goreng macam Upin&Upin tu?? hehe...pengaruh anak yang minat watak animasi popular tu..=) Jom tengok resepi ayam goreng berempah simple dan sedap ni.

Thursday, September 19, 2013

Resepi Puding Roti Jagung Sos Kastard..Ermmm..^_^

Resepi yang Ida nak kongsi kali ni special sket sebab tak pernah buat sebelum ni. Excited nak buat, kerana nampak sedap. 

Kebetulan, nak pulangkan pinggan jiran kami, sebelum ni jiran kami ada hantar makanan. Segan nak pulangkan pinggan kosong, so Ida buatkan sedikit punding ni. Tak de la segan hantarkan pinggan kosong kan. hehe...

Cara nak buatnya simple je. Bahan-bahannya pun senang dapat dan rasanya pun sedap.

Resepi Nasi Goreng Cina Special dengan Ayam Goreng

Menu paling simple. Sedap dimakan waktu breakfast, lunch, juga dinner..=) Penat nak masak menu yang lain, kita makan nasi goreng pulak yer.

Emmm....sedap! Makan pulak dengan ayam goreng tepung ala-ala KFC gitu..hehe...Menyelerakan.

Okey, boleh tengok resepi nasi goreng cina yang Ida masak ni di bawah ni ek..=)

Resepi Nasi Beriyani

Nasi beriani memang popular kat sambutan rumah terbuka hari raya. Tak habis-habis lagi dengan jamuan rumah terbuka aidilfitri ni, sampaikan hidangan lunch hujung minggu kiteorang pun nasi beriani jugak. hehe...Tapi kali ni Ida buat special sket sebab dimakan dengan udang masak merah selain ayam masak merah dan juga acar timun.


Resepi Ikan Pari Bakar Berempah

Suami belikan ikan pari lagi. huhu.. Tak tahu dah nak masak menu apa dengan ikan pari ni. Bakar je la, tapi macam mana? Nasib la dapat mencari inspirasi memasak dari sumber google ni.hehe..Lupa dah resepi kat mana tapi resepi ikan pari bakar ni saya dah ubah suai mengikut cita rasa sendiri. Tapi rasa nya boleh tahan la..:)

Tuesday, September 10, 2013

Resepi Mee Kari

Hai..Selamat petang..:)

Mee kari, salah satu menu favorite Ida jugak tau. Rasa kuahnya yang sedikit pedas, lemak-lemak santan kuah karinya...perggghh...sedapnya. Ditambah pula dengan rasa isi kerangnya yang digigit-gigit time makan mee kari ni. Okey, ni resepi yang Ida selalu masak. Silakan untuk rujukan puan-puan dan cik-cik yang gemar masak sekalian =)



Sunday, September 8, 2013

Resepi Asam Pedas Ikan Patin (versi Kelantan)

Ikan patin. Mungkin tak ramai yang gemarkannya kerana penyediaannya yang rumit selain dari baunya yang hanyir. Sebut sahaja ikan patin, resepi yang paling sinonim dengannya  ialah Ikan Patin Masak Asam Pedas. 

Resepi asam pedas pula memang terkenal di Melaka, kerana kuah asam pedasnya yang merah menyala dan betul-betul pedas. Berbeza pula dengan asam pedas Kelantan. Kuahnya yang agak jernih sedikit dan rasa pedasnya mungkin kurang pedas. 

Resepi Ketam Masak Lemak

Salam..

Sape suka makan ketam? Mesti kecur air liur bila mendengar ketam masak lemak ni. Bagi peminat-peminat seafood, ketam ni mungkin menjadi salah satu favorite korang kan? 

Ini menu Ida dan keluarga minggu lepas. Boring dah dengan menu ayam dan ikan, kali ni suami belikan ketam pulak. Katanya nak makan ketam masak lemak. 

Okey..jom tengok resepi ketam masak lemak Ida yang boleh tahan la sedapnya. (hehe...perasan).

Thursday, September 5, 2013

Makan Malam di Mali's Corner


Salam bersua kembali. Dah lama nak update entry pasal jalan-jalan cari makan kat Mali's Corner ni. Tapi tak berkesempatan al-maklum la. Busy memanjang. Sape kata suri rumah tak sibuk kan? Kadang-kadang tak terkejar, nak buat itu la, nak buat ini la..Ok la, cari semula photo-photo time makan kat Mali's Corner. Nasib masih lagi tersimpan dalam camera tu.hehe...

Restoran Mali's Corner ni terkenal dengan menu char kuey teow dan nasi lemak. Seminggu yang lepas Ida sekeluarga menikmati makan malam di Restoran Mali's Corner di Danau Kota. Kalau tak salah restoran ni mempunyai beberapa lagi cawangan dan salah satunya di Wangsa Maju. 

Ida pernah juga makan di cawangan Wangsa Maju sebelum ni. Tapi kat situ terlalu 'open air' sangat. Kurang selesa sket, tapi kat situ pun sentiasa ramai orang juga. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...