Genius aulad


Followers

Thursday, September 19, 2013

Resepi Nasi Beriyani

Nasi beriani memang popular kat sambutan rumah terbuka hari raya. Tak habis-habis lagi dengan jamuan rumah terbuka aidilfitri ni, sampaikan hidangan lunch hujung minggu kiteorang pun nasi beriani jugak. hehe...Tapi kali ni Ida buat special sket sebab dimakan dengan udang masak merah selain ayam masak merah dan juga acar timun.




Bahan-bahan: (4-5 orang)
  • 3 cawan beras basmathi (basuh & rendamkan dlm 30 minit-1 jam dan toskan)
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan - disimpul & ikat
  • 100 gm kismis
  • 100 gajus - digoreng
  • 3 sudu besar minyak sapi untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
Rempah tumis:
  • 20 gm rempah briyani ADABI
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi, tumis semua bahan dikisar sehingga kekuningan. Masukkan rempah tumis dan biarkan sehingga wangi .
  2. Kemudian masukkan semua air dan susu cair , garam secukup rasa dan kacau daun pandan serta biarkan sampai mendidih.
  3. Seterusnya masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras. Masak nasi dalam periuk elektrik seperti biasa sehingga masak. 
  4. Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .
  5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk-lauk sampingan seperti dalca, ayam masak merah, acar timun dan kurma ayam/daging dan sebagainya.

Antara  lauk-pauk untuk dihidangkan bersama.


Sedia dihidang. Selamat menjamu selera=)

No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...